Hadiah hujung minggu

Hadiah 1

Mereka yang mendengar ceramah muhd kamil ibrahim di Serendah, Selangor - 22 Nov 2008

Surau Al-Taqwa, Desa Melor, Serendah nyata sangat jauh jika bertolak daripada Segamat. Namun undangan untuk berkongsi pengalaman yang hampir sebulan direncanakan memberi peluang untuk saya menyusun jadual mengikut urusan rasmi universiti yang lain di Shah Alam.

Surau kecil molek ini mempunyai roh yang luar biasa. Ia penuh sesak. Saya sendiri berasa terharu melihat begitu ramai jemaah yang memenuhi ruang solat. Saya terasa begitu kerdil sekali. Alahai… pengalaman yang sebegitu kecil mahu diheboh-heboh!

Saya tahu, mereka yang berada di surau tersebut terdiri daripada mereka yang sangat berilmu, baik hati dan sangat ikhlas. Hati saya memohon keampunan Allah. Ya Allah, berikanlah manfaat kepada apa yang ingin aku sampaikan!

Saya bercakap lebih sejam. Berpeluh-peluh. Saya sampaikan apa yang terpendam di hati. Mudah-mudahan ada manfaatnya!

Di hujung program, saya menerima hadiah daripada Tuan Haji Zaidi Nordi berupa Tafsir Al-Quran Al-Khatier [nota: saya perlu semak nama]. Alahai…. hasrat hati kecil yang mahu memiliki Kitab Tafsir yang ringkas, mudah difahami dan berkesan terlaksana kerana berkunjung ke Serendah.

Saya mula membaca Jilid 1 dan nyata ia sesuai dengan jiwa dan perasaan saya. Inilah hadiah hujung minggu yang sangat signifikan.

Hadiah ll

Saya menulis melalui Travelog Dakwah:

Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha itu adalah waktu dhuhamu, kemegahan ini adalah kemegahanmu, keindahan ini adalah keindahanmu, kekuatan itu adalah kekuatanmu, kekuasaan itu adalah kekuasaanmu dan perlindungan itu adalah perlindunganmu.

Ya Allah, sekiranya rezeki masih di langit, turunkanlah, jika berada di perut bumi, kau keluarkanlah, jika sukar, mudahkanlah, jika masih haram, kau halalkanlah, jika jauh, kau dekatkanlah dengan berkat waktu dhuha, kemegahan, keindahan, kekuatan, kekuasaan dan perlindunganmu.

Limpahkan kepada kami sebagaimana yang telah kau limpahkan kepada para hambamu yang soleh.

Petang semalam, saya menerima panggilan daripadai pegawai perpustakaan negara Malaysia [PNM]. Beliau membawa khabar gembira: Pihak PNM telah bersetuju memilih buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman untuk pembelian terus daripada pihak penulis. Jumlahnya 961 naskah. Kalau ditukar dalam bentuk jualan kasar, ia bernilai RM24986! [Nota: Ia bukan milik penulis semata-mata].

Hari ini - pagi Ahad - saya menandatangani perjanjian di pejabat Perpustakaan Negara. Ia adalah hadiah hujung minggu yang tidak disangka-sangka.

Mereka yang mendengar ceramah muhd kamil ibrahim di Serendah, Selangor - 22 Nov 2008

Hadiah lll

Saya tidak mengenali Rozaina Ismail. Beliau adalah petugas di bahagian dobi/cuci kering hotel Concorde. Semalam, beliau menghubungi saya: Prof, ada wang di dalam seluar. Nanti saya serahkan kepada pengurus bertugas.

Saya tidak ambil kisah [nota: kebiasaan saya, wang di dalam saku seluar hanyalah RM10 - RM50 sahaja].

Hari ini saya menerima panggilan daripada bahagian keselamatan: Prof, wang sebanyak RM450 ada bersama saya. Boleh dituntut di kaunter.

Masih ada manusia yang jujur dan tulus bekerja. Saya bersyukur kerana menginap di Concorde Shah Alam yang mempunyai petugas sebaik dan semulia Rozaina. Mungkin hadiah yang saya berikan tidak sepadan dengan nilai keperibadian yang beliau tunjukkan.

Saya berdoa agar beliau dipermudahkan, dunia dan akhirat!

13 Responses to “Hadiah hujung minggu”

  1. mumtazah Says:

    Bagus sangat tafsir ibnu kathir tu. Sungguh memberi inspirasi dalam untuk kita memahami al-Qur’an

    Selepas membaca tafsir, prof akan rasa mahu belajar bahasa arab pula..

  2. Aida UiTM Says:

    Alhamdulillah Prof… Syukur ke hadrat Ilahi.. Selamat maju jaya Prof..

  3. Roshanilawatey Says:

    Semoga Prof dan keluarga sentiasa dilimpahi rahmatNya dan terus dimurahkan rezeki.

  4. Sab2 Says:

    Suhanallah! Alhamdulillah! Allahuakbar!

  5. Sab2 Says:

    Subhanallah!
    Alhamdulillah!
    Allahuakbar!

  6. SifuPTS Says:

    Nota 1: Apabila leher-leher audiens itu condong dan senget-senget belaka, itu buktinya merek khusyuk mendengari ceramah Prof itu!

    Nota 2: Merahnya baju! (Mood baguslah tu….)

  7. hasnah Says:

    Alhamdulillah…mudah2n Prof sentiasa dimurahkan rezeki….

  8. Mulia D Says:

    Syukur Alhamdulillah.

  9. wati Says:

    Alhamdulilah

    Membaca entry ini….amat terharu dengan kejujuran Puan/Cik Rozaina Ismail. Semuga di berkati Allah kehidupan beliau.

    Subhanallah.

  10. misi Says:

    nampaknya orang-orang baik dan jujur sentiasa dekat dengan prof. masyALLAH.

  11. Dunia blog yang hangat | Hidup Biar Sedap Says:

    […] melalui negaraku.net atau Beras Terpilih. Saya baca tazkirah Ustaz Nik Abduh dan saya ikuti ceramah Professor Dr. Muhd Kamil Ibrahim di surau tempat saya minggu […]

  12. Mahathir Says:

    Ada sesuatu yang menarik dan menyentuh hati saya pada tulisan prof ini biarpun kisah yang dipaparkan adalah biasa. Namun, kebiasaan itulah yang menjadikannya luar biasa apabila coretan tersebut terhasil dari hati yang ikhlas dan jujur. Selamat maju jaya.

  13. stokinpinang Says:

    salam Prof,
    semuga saya juga akan menjadi sejujur Rozaina, semuga Allah menempatkannya di Jannah.
    semuga ramai lagi insan di dunia ini seperti Prof..jihad dgn cara Prof
    sendiri…sumbangan yg sukar ditafsirkan dgn kata-kata…

Leave a Reply