
15 tahun yang lalu, saya melihat imam-imam Pakistan menyampaikan ilmu di pusat-pusat Islam di UK. Tempat duduk mereka kelihatan sama dengan apa yang ada di Surau Al-Taqwa, Shah Alam.
Tapak punggungnya lebar, ada pelapik kaki dan di hadapannya tersambung pula dengan ruang bagi meletakkan kitab, pembesar suara dan air minuman.
Saya melihat tempat duduk ini sebagai sesuatu yang unik seiras atau setanding dengan mimbar Jumaat. Lintasan hati saya [nota: 15 tahun yang lampau] menyatakan: “Mustahil untuk saya berada di situ!”.
Logiknya mudah. Masa lampau, tidak memungkinkan saya menyampaikan ilmu kepada jemaah masjid. Saya yang perlu mendengar. Saya yang perlu bertimpuh atau bersila dan mendongak melihat guru yang sedang mengajar.
Saya sampai awal. Bila melihat kerusi ceramah, saya rasa sangat teruja dan berdebar. Lintasan hati 15 tahun yang lalu muncul kembali. Sebab itulah, satu-satunya photo yang saya ambil semalam ialah gambar kerusi ceramah yang bakal saya duduki.
Ia kelihatan kecil tetapi sangat signifikan. Hati saya sangat berdebar memikirkan kekerdilan diri. Layakkah aku untuk berada di sini? Allah Maha Besar!
NotaMKI: Gambar yang saya ambil sendiri tidak dapat dimuatturun kerana masalah server. Gambar ihsan Nurazzah8.
Assalamualaikum..
Prof…
Alhamdulillah nikmat Allah memberi Prof peluang untuk merasai pengalaman berceramah sambil duduk di atas kerusi itu…insyaAllah jika Allah izinkan sesiapa sahaja berhak dan layak untuk di situ…semoga Prof dapat meneruskan dakwah ini, dalam mencari redha Allah di dunia dan akhirat..insyaAllah…Allah Ma’ana…:)
comelnya ler prof…
hihi
kak roza pun muat lagi nak duduk sekali…
Assalamualaikum Prof,
Inilah kebesaran IIahi. Niat Prof yang ikhlas dan tidak pernah berasa jemu untuk terus berdakwah pasti diberkati-Nya sentiasa. Teruskan usaha murni itu.
Salam Prof, bila ada ceramah prof kat surau2 sekitar shah alam, jgn lupa bgtau dlm blog prof ni ya. Saya nk ajak kengkawan lain sama2 dengar. Terima kasih prof.
assalamualaikum prof
tak berkesempatan ke shah alam & bkt beruntung.
semoga prof sihat walafiat.
saya kena athritis pulak ni!
Assalamualaikum Prof,
Sekarang saya sedang menonton Prof sedang menceritakan pengalaman menerusi siaran ulangan Ikhtibar Dari Tanah Suci (12.00 – 12.30 mlm) Seronok mendengar dan tak pernah jemu walaupun dah banyak kali menonton. Diri terasa dekat dengan Kaabah.
dah tersurat prof terpilih untuk duduk kat kerusi tu…semoga prof terus sihat untuk menyampaikan dakwah.Amin!
********************************************
Apabila kita berasakan bahawa diri kita kerdil,
maka kita sebenarnya memang kerdil.
apabila kita berasakan betapa hebatnya diri kita,
mungin benar diri kita hebat.
tetapi
janganlah kita berfikir hanya sekali,
kerana yang sekali itu terdapat muslihat di dalamnya…
***********************************************
comelnya prof , naik lagi satu darjat. alhamduluillah. saya makin teruja nak dengar ceramah prof. salam.
Pengisian yang bersahaja dan bernas. Next time kena bawa camcorder rakam siri ceramah ni…
Salam Prof,
Blog Prof ada diwar-warkan dalam majalah i terkini.
Nampaknya bertambah luaslah dunia tanpa sempadan untuk Prof nanti…
Teruskan usaha dakwah..semuga keikhlasan yang ada menjadi dagangan yang di beli Allah di akhirat nanti….amin….
Tengok gambar Prof atas kerusi tu, teringat di Masjidil Haram. Prof pun tentu ingat kan? Cuma kerusinya lagi besar, sesuai dengan saiz orang Arab.
Assalaamu’alaikum WW
Prof,
Khalifah Umar RA semasa menakluki Masjid Aqsa dari yahudi ditegur oleh panglima tenteranya supaya memakai pakaian yg lebih baik dari pakaian jubah yg bertampal 13..beliau berkata antaranya..” kita dimuliakan oleh Allah dengan Islam….”
Bilal RA yg sebelum Islam adalah hamba abdi, setelah Islam menjadi muazzin masjid nabawi dan pernah melaungkan azan di atas kaabah ketika fatah makkah ( kalau tak silap )..
Abu Hurairah RA salah sorang ahlussuffah yg miskin di masjid nabawi di zaman Rasulullah SAW, pernah menggelepar kebuluran di raudhah..tetapi di zaman Umar RA ( kalau tak silap ) telah dilantik menjadi gabenor sebuah wilayah Islam..
Apabila kita beriltizam dengan Islam, maka Allah SWT pasti akan membela kita dan memuliakan kita di dunia dan akhirat.