Pagi ini saya benar-benar mengamuk. Astaghfirullah!
Saya meninggalkan Masjid Shah Alam di sekitar 6.25 pagi. Sampai di Vila Firdaus, 8.25 pagi. Saya dimaklumkan yang anak lelaki dan anak-anak saudara di bawah jagaan membuat tempahan penghantaran McDonald.
“Azrai bukan budak-budak lagi. Jangan fikir keinginan kita semata-mata. Hidup ini ada perjuangan. Ketika ayah menyokong tindakan staf dan pelajar UiTM Johor, anak ayah sendiri yang melakukan sebaliknya!”
Hampir lima minit saya bersyarah dengan suara yang tinggi. Azrai tunduk.
Mood

Secara keseluruhannya saya sangat bersemangat apabila berceramah. Perubahan mood ketika berceramah nyata tidak signifikan. Bagaimanapun, saya sendiri tahu apabila saya berada di kemuncak perasaan yang berbeza, mengikut suasana tempat dan khalayak pendengar.
Malam tadi saya berada di Surau Al-Khiriah, Bukit Beruntung. Surau kecil, baru siap dan tandas pun belum sempurna terbina. Katanya bajet masih belum mencukupi. Bilangan saf hanyalah disekitar 5-6 saf untuk lelaki dan 2-3 saf untuk wanita. Kiut!
Setiba saya di sini, hati terasa sangat sukacita. Saya rasa amat bersemangat untuk bercakap walaupun saya fikir bilangan audiennya sedikit. Realitinya tidak begitu. Kemudian, kelihatan kereta bersusun di sepanjang jalan. Motor memenuhi kawasan lapang depan masjid. Jemaah wanita terpaksa berkerusi di luar surau.
Bertambah lagi kenalan dan rakan-taulan yang mendoakan kesejahteraan hidup saya sekeluarga. “Prof, boleh kami jemput prof semula?,” tanya Faizal. Saya ketawa: “Faizal, biar saya habis berceramah di kesemua surau dan masjid. Saya hendak ceritakan tentang kebesaran dan kehebatan Allah, sebagaimana yang telah saya lalui”.
Saya meninggalkan Al-Khiriah dalam seribu kepuasan. Di dalam kereta, saya membaca komen-komen yang tertulis di dalam blog. “Ya Allah, jauhilah daku daripada mereka yang berburuk-sangka dan suka membuat fitnah. Ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa mereka”.
Salam Prof,
Memang besar cabaran membesarkan anak-anak di zaman serba maju ini, apatah lagi di bandar-bandar besar….semasa anak-anak kecil dan remaja masih berada di lingkungan masa dan keadaan yang masih kita boleh pantau, kita boleh mengawal mereka.
Tetapi apabila mereka telah dewasa dan keluar dari linkungan jagaan ibu-bapa, mula bergaul dengan masyarakat sebenarnya, hanya pendidikan agama yang telah dibaja sejak dari kecil mampu menjadi pendinding dan panduan buat anak-anak ini…. itupun jika mereka masih berpegang dengan segala yang telah dipelajari.
Dan yang paling utama do’a dari ibu bapa semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, dilimpahi Rahmat dan Hidayah dari Allah, sentiasa berada di jalan yang lurus dan benar, dan terhindar dari segala mala-petaka yang memudaratkan.
Ibu-bapa tidak boleh lupa untuk sentiasa mendoakan anak-anak setiap kali bersolat.
Salam Prof. ,
Semalam sewaktu di Kuantan seperti biasa masih ramai yang berbaris di McD dan KFC , Alhamdulillah anak-anak saya yang ada di sini memang tekad berjuang dan setakat ni memang masih bertahan . Bila anak saya yang menuntut di luar negara yang baru-baru ni bermusafir di Eropah dengan senangnya singgah makan di McD, saya terus kata kami kat sini boikot McD , rasa frust jugak waktu tu, suami saya pula yang bertugas di UAE bagitau di sana pak dan mak arab serta keluarga tak de nya boikot -boikot ni, sentiasa penuh je restoran segera berjenama made in the US .
Apa yang penting kita perlu sentiasa menasihati anak-anak tak kira mereka tinggal jauh atau dekat kerana mereka adalah remaja-remaja yang sentiasa dahagakan kata-kata peransang dari kita ibubapa mereka. InsyaAllah sama-samalah kita mendoakan kejayaan mereka dunia akhirat. Amin.
Assalamualaikum… Biasa lah Prof, anak-anak dan isteri memang ujian daripada Allah.. Doa-doa lah Radix Fried Chicken dibuka di Segamat secepat mungkin
salam prof.
saya pun dah lama tak makan kat McD, walaupun teringin benar dgn prosperity burger yg sgt lazat (hanya ada time CNY pulak tu).
saya sebenarnya ingin sangat bertanya pasal boikot2 nih…konsep boikot kita ni macamana bila akhirnya saudara sesama Islam kita jugak yg hilang pekerjaan…
********************************************************
(ingatan buat diri ini agar tidak terlupa)
Ketika saya sebaya Azrai dahulu, jangan harap nak makan McD, nak sebut pun tak pandai, apatah lagi nak buat ‘ order-order” ni… waktu itu, saya mengambil upah bergelumang dengan pokok kelapa sawit, menebas semak-samun, meracun rumput di kebun, dan lain-lain lagi…sementelahan tunggu keputusan SPM. Sekarang, apabila melihat gelagat anak-anak muda lepasan SPM, saya tersenyum sendirian…. segelintir mereka begitu asyik mengecap nikmat kesenangan dan kemudahan yang serba-serbinya mencukupi.
Terfikir juga dalam hati, beruntung benar saya memiliki ibu bapa yang sama sekali tidak pernah memanjakan saya dengan kemudahan dan kesenangan, segala-galanya hidup dalam segala kepayahan dan kesukaran… kerana disitulah sebenarnya terselit nikmat kehidupan.
*********************************************************
Salam Prof,
One more thing Prof… yang berjuang untuk rakyat Palestine disini majoritinya bukan Islam pun. Mereka mengenepikan perbezaan bangsa, kaum dan agama demi melihat hak2 kemanusiaan terus kekal terbela.
Just to share this with you. Saya menyertai beberapa pertubuhan NGO di Strathclyde Uni & di Scotland (Stop War Coalition (Scotland), SUMSA, Libyan Societies, Scotland Against Criminalising Communities etc) mengadakan demonstrasi & occupation di McCance Building pada 4 February yang lepas. Dalam masa 24 jam, setelah mengadakan 3 kali rundingan, salah satu permohonan kami iaitu agar syarikat pembekal air Eden Springs ditamatkan kontraknya di University of Strathclyde telah dipenuhi oleh pihak pengurusan universiti. Syarikat ini milik penuh Israel. Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk turut sama membela nasib Palestine. Biarpun sedikit, tetapi bila semakin banyak universiti memboikot barangan Israel, impaknya kini nampak besar. Alhamdulillah… Free Palestine & Aid for Gaza
Salam Prof, miss yr kuliah maghrib at Surau Al-Khiriah because my neighbor Hj Munir invite me to join him to go to Masjid ‘tabligh’ Sri Petaling that nite. Teringat satu kuliah oleh Ust Azhar dari UM di surau Al-Faaizeen pada bulan lepas, katanya umat Islam hampir mustahil untuk bersatu. Justru katanya jangan di tunggu untuk umat Islam bersatu untuk bertindak keatas rejim zionis itu. Kita bertindak segera semampu kita. Dan boikot McD itu adalah salah satu dari kemampuan kita sebenarnya. Katalah jumlah yg disumbang McD kpd rejim zionis itu USD1Billion. Dan katalah dgn umat Islam termasuk kita yg memboikot itu berjaya mengurangkan sumbangan sekadar 1% maka sebenarnya kita semua telah berjaya mengurangkan USD1Million. Katalah setiap biji peluru dlm M16 tentera zionis itu berharga USD1 maka my friend, kita telah berjaya mengurangkan 1 juta biji peluru M16 yang boleh membunuh 1 juta umat palestin (dari penembak tepat). Itulah signifikannya kita memboikot McD atau any other USA & Israel produk. Jazakallah.
prof,
sabarlah prof, merekakan masih remaja dan perlu diasuh. salah kita juga yang tua-tua ni mengajar meraka makan makanan tu. walau pun kita hanya reti makan ayam percik saja satu masa dulu.
Salam.. saya nak menjawap persoalan cik cloudy dengan perumpamaan mudah. Ok, di Segamat ada Burger Segamat dan McD. Kita boikot McD dan makan burger Segamat. Perniagaan Burger Segamat berkembang dan McD merudum. Burger Segamat (BS) mesti kena ambil pekerja baru bila busines bertambah besar. McD Bankrup dan BS berkembang. Positifnya, kempen boikot membantu mengukuh ekonomi umat Islam dan mengurangkan pergantungan terhadap US. Pasti akan ada jalan alternatif kalau kita yakin bahwa rezeki Allah yang tentukan, bukan makhluk!
Kepada sesiapa yang rasa tak tahan sangat nk makan McD (bagi saya tiada lah special sangat pun) ingatlah, setiap sen yang dibelanja untuk syarikat Yahudi akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. Adakah nafus makan anda lebih besar nilainya daripada nyawa anak-anak Palestine? Tepuk dada tanya IMAN!
ook… thanx ibnuabas..
Assalaamu’alaikum WW
Prof,
Di jalan dakwah, kejian cemuhan umpatan makian adalah ibarat baja yg subur dan ubat yg mujarab..dengan semua itu kita akan dapat menafikan semua daya usaha kita dan berserah 100% kepada Allah..sememangnya kita pendosa yg kerdil dan hina lagi tidak berdaya upaya..hanya Allah SWT memberi hidayah kepada sesiapa yg dikehendakiNya..
Kemudian kita akan dikurniakan kekuatan dan kemanisan untuk bangun malam dan menangis di depan Allah SWT dan mendoakan hidayah dan keampunan buat seluruh manusia..