30 tahun nanti

30 tahun nanti saya berumur 75 tahun. Samada saya masih berada di sini atau menanti dibangkitkan daripada alam kubur hanya Allah yang tahu. Pada ketika itu mungkin mereka yang sedang mendaftar dengan Tabung haji [photo] sedang bersiap sedia untuk berangkat ke Tanah Suci.

Doakan saya dan keluarga semasa berada di sana!

Muhd Kamil menghadiahkan buku Tabung Haji kepada siswa-siswi 2009

Muhd Kamil menghadiahkan buku Tabung Haji kepada siswa-siswi 2009

6 Responses to “30 tahun nanti”

  1. zaidah says:

    ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang. Sumbangan Prof yang murni akan dikenang pelajar-pelajar itu sepanjang zaman. Usaha-usaha menuju kebaikan akan sentiasa diiringi dengan Rahmat ALLAH yang melimpah ruah. Mudah-mudahan orang lain teruatama pembaca blog Prof akan menurut apa sahaja usaha yang baik.

  2. Salwah Che Mat says:

    Subhanallah…semoga usaha Prof akan mendapat balasan di dunia dan di akhirat…

  3. IbuShaMuIm says:

    Salam Prof.,
    ..walau pun dah hampir sebulan yang lalu..tapi ingin saya tuliskan disini. Sebelum ke tanah suci, saya ada terbaca yang Prof juga akan kesana. Cuma date saya awal sedikit.

    Saya ada ternampak Prof n 2 anak lalu di depan ruang lalu ditingkat atas dari dataran Kaabah yang betul2 menghadap ke Multazam kerana disitulah ruang yang saya sentiasa solat dan bila maghrib dan isyak, saya akan turun keruang solat wanita di depan Kaabah.

    Kali kedua, saya ternampak Prof n family sedang berdoa di ruang bahagian belakang maqam Ibrahim. Saya lihat aje.. ada la niat di hati ingin menegur, tapi dipendamkan saja hasrat hati memandngkan saya hanya berseorangan (suami tak dtg bersama).. Saya adalah peminat setia blog Prof..salam buat Kak Roza..

  4. misi says:

    salam,

    smoga berjaya dengan selamat.

  5. ibu aminatulhawa says:

    alhamdulillah.. saya amat bertuah kerana terpilih menjadi pembaca travelog haji. sebelum ini saya juga masih ragu-ragu untk memulakan langkah bg menunaikan rukun islam ke-5. selepas panduan yang Prof berikan sy berasa lega dan akan cuba mulakannya dari hari ini…
    ilmu bermakna dari travelog haji akan dikongsi bersama suami. moga Prof dapat mendoakan kami menjadi tetamu istimewa Allah…..

  6. Citratus says:

    Assalamualaikum,

    Dear Prof,

    Finally I found your ‘Travelog Haji’. Saya mengambil masa hampir sehari untuk menghabiskan.

    Ada ketika airmata saya tergenang dikelopak mata. Ia mengimbau kembali kenangan saya menunaikan haji pada tahun 2007.

    Semoga hidup prof dalam rahmat Allah sentiasa. Terima kasih atas buku-buku prof yang mengubah cara saya melihat ‘kehidupan’ yang sebenar.

Leave a Reply