Bakal guru

Muhd Kamil berceramah di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Muhd Kamil berceramah di Institut Pendidikan Guru Malaysia

Malam tadi saya berada di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Bahasa Melayu. Pertemuan dengan bakal-bakal guru di Lembah Pantai ini mencatatkan satu pengalaman baru. Saya tidak pernah masukpun ke perkarangan kampus ini.

“Bagaimana Prof. membahagikan masa antara kerja, dakwah dan anak-anak?,” tanya Muhaimin. Saya termenung memikirkan bagaimana mahu menjawab setepat mungkin. Seperti biasa, saya tidak mahu orang salah sangka dengan rutin kehidupan saya.

“Kurangkan tidur!”. Itulah kesimpulan kepada sedikit penerangan kepada beliau. “Ikhlas, bersihkan hati dalam setiap tindakan. Mohon pada Allah. InsyaAllah susunan kehidupan kita akan terbahagi dengan teratur”.

Saya doakan mereka semua berjaya dunia dan akhirat.

18 Responses to “Bakal guru”

  1. SifuPTS says:

    Prof.,

    Gambar sedang makan selepas bercakap, tiadakah?

  2. SifuPTS says:

    Hadirat perempuan duduk nun jauh di belakang….

  3. MKI says:

    Salam sejahtera SifuPTS,

    1. Tiada gambar makan. Malas kena kutuk dengan SifuPTS.

    2. OK, duduk belakangpun tidak mengapa. Sistem Audionya bagus sekali. Mereka sepatutnya duduk kiri dan kanan. Kebiasaan kot, takut hendak ke hadapan!

  4. sab2 says:

    Prof, assalamu’alaikum.

    …dah baguslah begitu – kedua-duanya dapat dipandang sekali gus!

    salam hjSab2
    http://sab2.blogspot.com/2009/07/mindajumaat-keberkatan-rezeki.html

  5. crew says:

    salam
    nampak macam ramai bakal guru lelaki tu….

  6. misi says:

    salam,

    bercakap lagi. smoga doa prof dimakbulkan Nya. amin.

  7. ainiz says:

    tanpa guru siapalah kita…

  8. ainiz says:

    tanpa guru siapalah kita… hingga ke hari ini..

  9. yasser says:

    salam…
    saya salah seorang daripada bakal guru yang mengikuti ceramah malam tadi…
    Sememangnya saya begitu teruja dan seronok sebelum, semasa dan selepas ceramah yang disampaikan oleh prof…
    saya berharap agar prof dapat datang lagi ke institut kami..

  10. salam, prof, doakan kepada saya ea..insyaallah, saya berharap suatu hari nanti dapat menjadi prof..next year haraf prof dapat dtg lagi d ib..sthun sekali..he2..n kem salam pada abang azis n pn shamsiah yg banyak membantu..saya doakan kesihatan tubuh badan agar prof dapat menyampaikan sebanyak mungkin dakwah di seantero dunia ini…

  11. salam, prof, doakan kepada saya ea..insyaallah, saya berharap suatu hari nanti dapat menjadi seperti prof..next year haraf prof dapat dtg lagi d ib..sthun sekali..he2..n kem salam pada abang azis n pn shamsiah yg banyak membantu..saya doakan kesihatan tubuh badan agar prof dapat menyampaikan sebanyak mungkin dakwah di seantero dunia ini…

  12. yuyu says:

    salam…
    jawapan yang tepat dan padat….

    namun implementasinya cukup sukar….
    Hanya yang tabah dan cekal serta konsisten
    dapat meneruskan…..InsyaAllah…

  13. mohamadazhan says:

    salam

    terima kasih prof kerana sudi dtg ke IPGM saya baru2 ni. Ceramah yang sangat menyentuh hati semua pendengar. InsyaAllah mudah2an kami bakal guru dapat mengikut jejak langkah prof yang telah menjadi yang terbaik dan teristimewa.

    Semoga Allah terus memberi hidayah dan petunjuk, melorongkan prof sekeluarga ke jalan yang diredhai-Nya. Amin.

  14. ibnuahmad says:

    Prof kamil, sila tengok web: tranungkite, ada artikel pasal golf dan judi dan ada sebut tentang buku Prof.

  15. ibnuahmad says:

    http://www.tranungkite.net/

    ini alamat penuhnya – artikel golf telah dibuka lebih 1000 orang

  16. ibnuahmad2 says:

    http://www.tranungkite.net/

    ini alamat penuhnya – artikel golf telah dibuka lebih 1000 orang

  17. Dzia El-Deen says:

    Teringat masjid ni tatkala budak2 UM kolej Pantai Puri di bawah sana (turun bukit) berduyun2 dtg solat tarawikh dan berduyun2 juga makan murey..

  18. Sir Beyta says:

    kurangkan tido… betul tu…

    Beyta

Leave a Reply