Wakaf Lichong adalah sebuah kampung kecil di daerah Pasir Putih.
Semalam, nama kampong ini disebut-sebut oleh kami – saya dan Sabirin – sambil menikmati durian Kunyit di perkarangan rumah. Sabirin bercerita kepada Abah:
“Pak Cik, saya dengan Kamil ni hanya tinggal 3 peringkat lagi. Kalau tidak kami sudah boleh terbang,” kenyataan yang diakhiri dengan hilai ketawa.
Kenapa? Ketika kami di tingkatan empat, remaja tergila-gila dengan ilmu batin. Nasrul-Haq merupakan nama persilatan yang terkenal. Di MRSM, ramai yang ingin belajar silat batin dan bertanya kepada saya. Mereka fikir saya tahu.
Benar. Saya pernah mendengar tentang silat Panglima Sri Ulung yang berpusat di Wakaf Lichong, Pasir Puteh, Kelantan.
“Jom, kita pergi,” kata saya kepada Sabirin. Secara “curi-curi” ikut pagar belakang kami menyewa kereta sewa ke sana. Kami berempat!
Mulalah kami berguru dengan Abang Mie. Emmmm…..
Salam Prof..
abah saya pun dulu ikut jugak silat Nasrul-haq ni..yg saya ingat dia belajar jurus menjurus..bila dah sampai satu tahap jurus tu musuh kat depan dia boleh terpelanting..macam cerita otromen lawan dgn raksaksa tu..
Astaghfirullah!
Taubat!
Taubat!
Salam
Adakah Prof gunakan ilmu batin ketika bermain bola? Hehe
Salam Prof,
Elok juga kalau boleh terbang… Tak penat nak drive ke tempat ceramah.
Salam Prof,
Kena jumpa AP Dr Roslani… suruh dia ketuk Prof dengan ranting nona…
salam,
baguslah kalau dah taubat. hehehe….
Eheh….
Ehehe…..boleh terbang?
Sila rujuk ke laman web kami http://www.panglimaulung.co.cc , mungkin saudara tersilap nama pertubuhan di Wakaf Lichong turr Pendekar Ulung. Walau apapun tahniah saudara salah seorang yang dah belajar silat Melayu. Namun saya syorkan belajar dengan perguruan kami, nikmati perbezaannya jika sudi. Terima kasih.
Tak kenal maka tak cinta, terdap[at lebih 400 jenis persilatan di Malaysia. Apalah kiranya kami menjemput pihak siswa-siswi mengenali perguruan kami di pelopori oleh Guru Utama berkelulusan Master Pendidikan dan isteri berkelulusan PHd. Walaupun akademik kami sampai ke puncak kami memperjuangan seni dan Budaya Melayu, menyebarkannya dengan ikhlas agar Pencak Silat mampu bertahan di Zaman Moden dan amat berguna kepada masyarakat yang sudah semakin pupus akal dan budi. Semoga sesiapa yang membaca tulisan ini sedia untuk mengenali kami; lihat web kami, http://www.panglimaulung.co.cc terima kasih, kalau sudi hubungi kami.