Tadi yang seronok

4-5 saf solat subuh tanpa program wajib sangat-sangat menggembirakan. Semangat bersama, beramai-ramai dan berjemaah nyata mempunyai nilai yang sangat sukar hendak diceritakan. Bila melihat ke belakang, wajah “anak-anak muda” yang terpilih untuk bangun awal menyebabkan saya berkata: “Ya Allah, Kau kekalkanlah mereka dengan apa yang sedang mereka lakukan”.

Saya sampai di Masjid pada pukul 4.40 pagi. Sudah ada 2-3 siswa yang sedia cergas. Mereka bersiap untuk bersahur [nota: saya mengagak] setelah selesai solat malam. Tumbuhlah lebih banyak pohon yang dapat merimbuni kawasan UiTM Johor. Doa dan amalan mereka akan memberikan kesejahteraan dan kerahmatan Allah kepada penghuni yang lain.

Mudah-mudahan begitu.

Pagi-pagi lagi saya mengiringi Abah ke Pantai Medical Center, Melaka. Rawatan terakhir untuk kali ini. Dan saya berdoa supaya ia rawatan nokhtah buat selama-lamanya. Di hujung yang lain, saya menerima khabar yang Ayah Da [bapa saudara di sebelah ayah] meninggal di hospital Selayang. Satu persatu bapa saudara meninggalkan kami.

Mudah-mudahan Allah menempatkan Ayah Da di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Dua jam di Pantai, saya menulis entri ini dan menyempurnakan satu bab Travelog Umrah, Lintasan Hati Seorang Ibu.

Pagi yang seronok dan sedih. Namun kedua-duanya adalah nikmat yang diberi Allah!

6 Responses to “Tadi yang seronok”

  1. ambo.nih says:

    Salam.

    Semoga mereka terus istiqamah mengimarahkan masjid. Teringat pesan ustaz yang suruh bawa anak-anak ke surau atau masjid bagi meramaikan. InyaAllah nanti ada hati-hati yang terbuka/tertarik untuk ke masjid berjemaah bila melihat ramainya orang ke masjid.

    Kematian tidak dapat dielakkan. Peringatan bagi yang masih hidup. Rasulullah s.a.w ada bersabda iaitu orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati. Sama-samalah kita fikirkan.

  2. norashinita says:

    Alfatihah buat ayah saudara Prof.. Setiap yang hidup akan mati… Mengenangkan tentang kematian mengingatkan kita dengan sejauh mana ibadah yang telah kita lakukan dan juga dosa yang kita lakukan ….dosa yang kita sedari dan dosa yang kita tidak sedari….

  3. Norazamudin says:

    Assalamualaikum
    Saya ustaz Norazamudin, ustaz yang jadi Imam Isyak semasa ustaz berceramah di Surau Riyadussolihin, Taman Austral, Sabah
    Pertama takziah atas pemergian ayah saudara Prof ” Azzamallahuajrakum” -Moga Allah memberi ganjaran yang besar buat prof dan keluarga. Moga Allah menempatkan al-Marhum bersama orang-orang soleh. Marilah sama-sama kita merenung mutiara kata Saidina Umar bin al-Khattab r.anhu tentang kematian. Ujarnya: Setiap orang akan mengatakan setiap hari bahawa si fulan(nama orag) meninggal dunia dan suatu hari nanti orang akan mengatakan Umar meninggal dunia.”

    Kedua alhamdulillah ramai juga hamba Allah yang dipilih untuk menunaikan solat subuh berjemaah semoga Allah swt memilih kita semua untuk menjadi orang yang istiqamah solat subuh secara berjemaah.
    “Ya Allah bantulah kami untuk menghidupkan solat subuh secara berjemaah selagi mana kami hidup.”
    Layari blog saya artikel kempen solat subuh berjemaah yang menerangkan tentang kelebihan solat subuh berjemaah:
    http://abuawatif.wordpress.com/2009/04/24/“-kempen-solat-subuh-berjemaah”/

  4. misi says:

    salam,

    Nikmat Allah yang tak kita fahami kesemuanya.
    begitulah kebijaksanaan Allah.
    Allahu sami’un a’lim.
    smoga travelog umrah cepat siap.

  5. megat says:

    salam prof,

    ucapan takziah atas pemergian bapa saudara prof. semoga rohnya tergolong dalam golongan orang-orang yang beriman.

    semoga prof juga terus mencapai kejayaan apa bidang pun yang lalui.

  6. tukang jawab says:

    mudah-mudahan prof memperoleh kejayaan dunia dan akhirat dan siswa-siswi prof.bukan mudah mengajak untuk melakukan solat subuh secara berjemaah

Leave a Reply