05-05-05

Muhd Kamil Ibrahim dan syarahan profesor

Tarikh yang sengaja dipilih bagi menyampaikan Syarahan Utama Profesor atau dikenali sebagai Professorial Lecture.

Syarahan ini merupakan budaya akademik seorang profesor. Sekali dalam seumur hidup, seorang profesor perlu menyatakan kepada umum bidang kepakaran mereka. Mereka perlu bersyarah tentang apa yang mereka lakukan sehingga berhak digelar profesor.

Selesai syarahan, rakan sejawat akan datang bersalam: “Tahniah Profesor Dr Muhd Kamil Ibrahim,” itupun jika mereka mengiktiraf apa yang telah disumbangkan.

Saya terkenang tarikh tersebut kerana ia sangat bermakna kepada saya dan keluarga. Anugerah profesor dan tunggakan gaji hampir RM80000 menjadi penyebab untuk saya berangkat ke Tanah Suci. Saya lebih dekat kepada Allah SWT. Malah corak kehidupan bertukar hampir 360 darjah.

Kemudian, lahirlah pula buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang ternyata menyimpang jauh daripada kepakaran bidang.

Saya fikir ia adalah anugerah Profesor yang dianugerah Allah. Ia menjadi penyebab kenapa saya berpeluang membuat syarahan terbuka yang bukan hanya sekali tetapi beratus-ratus kali.

Maha Suci Allah.

Muhd Kamil Ibrahim dan syarahan profesor

Hari ini, pagi-pagi lagi saya meninggalkan kampus Segamat kerana ingin meraikan Profesor Dr Mustafa Zin yang akan menyampaikan Syarahan Profesor bertajuk Corporate Social Responsibility in Malaysia. Perhubungan kami nyata berbekas di hati sanubari. Banyak projek-projek penyelidikan dan penerbitan dilakukan bersama. Beliau adalah profesor perakaunan kedua – selepas saya – yang memberanikan diri untuk menyampaikan syarahan di hadapan umum.

Tahniah!

Saya turut berasa bangga melihat Abah dan Ma Dr Mustaffa turut serta meraikan kejayaan anak kedua mereka. Saya pasti mereka tidak memahami sedikitpun isu yang dibentangkan oleh anaknya tetapi kehadiran mereka membawa seribu makna. Tambah-tambah lagi datangnya beliau bersorong di sebalik keuzuran yang dimamah usia.

Hari ini 14-07-09 tetapi 05-05-05 yang menjadi kenangan. Ia kekal begitu bersama catatan kehidupan ringkas tapi signifikan.

10 Responses to “05-05-05”

  1. Eda says:

    Salam Prof,
    Salam saya pada Prof. Dr. Mustafa. Kalau boleh, saya mahukan text pembentangan beliau… Macam mana nak dapat?

  2. Sakinah says:

    mmmmmmmmmsungguh teruja saya mendengarnya

  3. Sakinah says:

    sorry saya membacanya

  4. zany says:

    05-05-05 juga menjadi sejarah dan kenangan tersendiri dalam hidup saya. dikatakan kegagalan adalah satu permulaan kejayaan? kejayaan bermula pada hari itu. InsyaAllah.

  5. SifuPTS says:

    Syarahan Profesor Melayu dalam bahasa orang lain….

  6. Anonymous says:

    Salam…. Tahniah Prof. Mungkin keterpaksaan utk memperdengarkan ilmu.

  7. misi says:

    salam,

    tarikh adalah ketentuan Allah. 050505 juga tarikh yang ditentukan Allah untuk saya bersara awal. kita hanya merancang……

    Alhamdulillah.

  8. Zairi says:

    Salam

    Sedikit komen pada ayat Prof:

    “Saya lebih dekat kepada Allah SWT. Malah corak kehidupan bertukar hampir 360 darjah.”

    Seingat saya, 360 darjah adalah sama dgn 0 darjah (tiada perubahan. Mungkin Prof maksudkan 180 darjah

  9. MKI says:

    Salam sejahtera,

    Saya hendak kembali ke 0 darjah ketika manusia dilahirkan. Istilah perjalanan bukan pengakhiran. Saya senyum-senyum menulis kerana saya sudah menjangka akan ada orang yang akan bertanya.

    Mungkin saya silap tetapi falsafahnya begitu!

  10. Abd Rahman says:

    Salamun;alaikum, syabas dan tahniah di atas kejayaan Prof menyampaikan ceramah Syarahan Utama Professor..

Leave a Reply