Subsidi makan

Ayah saya seorang guru lulusan darjah 5. Anak-anak beliau berjumlah 12 orang. Gaji akhirnya – seingat saya – hanyalah RM810. Bagaimana beliau membesarkan anak-anak sehingga ke Menara Gading merupakan satu catatan yang sangat menarik untuk diketahui.

Ketika belajar – peringkat diploma – di UiTM [dulunya ITM], saya hanya bergantung kepada subsidi makan RM3/sehari yang diberi oleh ITM. Saya hanya makan berat sekali/sehari. Itupun dengan kaedah nasi banyak, ikan goreng dan kicap. Kami juga berpakat-pakat membeli rice-cooker untuk memasak nasi. Jadi, nasinya boleh bertimbun dengan lauk sebiji telur goreng, kicap dan bawang.

Kemudian, ITM menukar sistem kepada sistem cafe. Kami semua diberi kupon yang boleh dilunaskan di cafe yang telah ditetapkan. Ia sistem yang sangat menguntungkan budak miskin. Sedap atau tidak, nasi sentiasa ada. Mereka yang kaya kerap memberi kupon kepada pelajar lapar tetapi miskin. Maka dapatlah kami makan dua hidangan serentak [nota: menambahlah tu..].

Kini, UiTM memberi subsidi RM4/sehari kepada golongan berpendapatan kurang daripada RM2000/sebulan. 40% daripada pelajar tergolong daripada kumpulan ini. Seorang sahabat membuat panggilan:

“Mil, anak aku tidak dapat bantuan makanan. Tu… yang RM4/sehari. Tolong Mil,” rayu beliau yang sekelas dengan saya ketika di peringkat pengajian sarjana muda.

“Mat, gaji berapa?,” saya bertanya pantas. “RM5500, kasar tetapi bersih hanya RM1900,” jawapan beliau menyebabkan saya ketawa. “Mat…. jangan main golf. Ambil wang main golf dan bagi subsidi kepada anak sendiri. Rumah mu besar, kereta besar… he.. he… “. Beliau terus berkata: “OK… OKlah…,” dan terus meletakkan ganggang telefon.

Kes RM4/sehari ini sangat menarik. Saya menerima e-mel dan SMS yang pelbagai sifat. Saya simpati dan sangat ingin membantu tetapi biarlah yang berpatutan.

29 Responses to “Subsidi makan”

  1. Kak Nab says:

    Betul sangat jawapan Prof tu…tak kan lah nak minta subsidi lagi! Biarlah mereka yang betul2 berhak mendapatnya.

  2. kakciks says:

    hmmm… yang bergaji RM5500 pun minta subsidi… bagaimanalah yang bergaji RM1500 dan menanggung pula anak yang ramai???

  3. MKI says:

    Kakciks,

    Bukankah jelas ditulis yang mereka bergaji RM2000 ke bawah boleh memohon?

    Selebihnya, pinjaman PTPTN ada disediakan.

  4. Ahmad Nawawi says:

    Kita dulu-dulu hidup simple, makan apa yang ada. Kami biasanya beli ikan kembung sekati, goreng dan makan sehari seekor semasa di rumah sewa dalam tingkatan 1 – 3. Kadang kala kutip kangkung di tepi longkang.. Hargailah makanan dan nikmat Allah yang seadanya pada kita..

  5. misi says:

    salam,

    bagus jawapan prof gitu.

    memberi nafkah kepada anak dan isteri selalu bapa bapa berkira kedekut, tetapi belanja kengkawan dan untuk kesceriaan dan hobi sendiri diberi lebih perhatian. kalau isteri bekerja lagi suami tak kisah. hehehe

    takutlah pada hari dihisab nanti. bila ditanya….
    kemana kamu belanjakan harta kamu, umur kamu dan masa kamu.

    saya tak pinjam PTPTN untuk anak saya, Alhamdulillah.. Allah yg mencukupkan.

  6. landak says:

    Salam Semua,

    Cerita ini menarik untuk d beri komen kerana jika mengimbau kenangan saya d thn 1996-1999 d ITM/UiTM S.alam. Menarik sebab masuk ITM grad UiTM..

    Kami hanya dpt hostel 2 semester, masa tu duduk Hostel Delima Siswa (Pun dah kenanan je sekarang sbb dah convert jadi Teratai)..Lepas tu tak dapat hostel dah sebab tak cukup hostel so kami sewa di Seksyen 7, serumah duduk 16 orang sebab sewa rumah RM1,400.00 masa tu..

    Ketika ini jugak subsidi untuk NR masih ada, saya memohon tp entah d mana silapnya tak dapat, hampair semua yang tinggal serumah juga tidaj berjaya. Tidak menyalahkan UiTM sebab alhamdulillah saya di beri pelung untuk merasa kepayahan agar saya lebih bersukur…so apa kami buat masa tu kami bergilir beli nasi..tempat tujuan kalau tgh hari tu pasti di Seksyen 6 sebelah pasar..situ best sebab masa tu amik nasi banyak2…amik ayam seketul amik sayur, RM3.00 so kosnya dibahagi 2….bahagia masa tu merapatkan ukhwah….hahaha sure semua yg penah bljr d UiTM sure ada pengalaman masing2…mlm apa lag

  7. MKI says:

    Salam sejahtera Landak,

    Ini cerita budak baik-baik. Yang nakal makan di mamakteria dan cabut lari!

  8. Eda says:

    Salam Prof,
    Beruntung sebenarnya jadi student UiTM or ITM… Saya & kawan2 yg belajar di UUM… Mana ada subsidi makan… Scholarship RM4090 setahun, tolak yuran RM1000+ (per sem), baki adalah kurang dari RM2000 untuk dibelanjakan selama setahun. Buku? Alat tulis? Fotostat? Kos print dan ‘bind’ assignments? Tambang balik kampung? Makan? Telefon ke kampung? Barang2 keperluan lain? Istilah ‘Ikat perut’ dah jadi kebiasaan & tradisi kami… Tapi Alhamdulillah… We all survived :) Pendek kata… pada mereka yang masih perlukan subsidi biarpun mampu… Belajar2lah bersyukur :)

  9. Anonymous says:

    Salaam Prof,
    Tahniah Prof kerana dapat menasihatkan kawan prof begitu rupa. Kengkadang, susah nak ’say no’ kepada kengkawan kan? Tapi Prof dapat melakukannya.

  10. ahmad haris azrai says:

    serious, anak prof pun takut-takut nak makan belebih.. hehe.. cuti sem mama wajib masak sedap :)

  11. SifuPTS says:

    Orang miskin sangat malu hendak meminta-minta.

  12. khalik says:

    Salam!!

    mm… saya sebagai ibubapa memang setuju kalau gaji mak bapak yang rm4-6k tak dpt subsidi makan… macamana ngan golongan yang pendapatan rm2k lebih sikit??? tolak epf. socso dll… kan naya dibuatnye???.. kalau nak buat peraturan guna akai sikit!!!,,

    jangan sekarang baru nak straight…kalau ye pun biarlah bertempat!!!.. janganlah sekarang baru nak tunjuk 1 Malaysia, nak mampuskan anak bangsa sendiri!!!,,…. jangan jadi pak turut.. bukan nak meminta2,,, ini kemudahan… duit rakyat!!!.. nak dapt undi bangsa asing sanggup buat peraturan bodohkan bangsa sendirii…. jangan terperanjat kalau keluar berita siswi uitm jual maruah kerana nak belajar ….. tampung kos hidup… bangsa lain tepuk tangan!!! mampus hang…. FIKIRKANLAH….

    Latitude: 3.1667
    Longitude: 101.7

  13. Ibnu Abas says:

    Salam Prof.

    Isu ni bangkit lagi semasa Malam MPP Bersama Mahasiswa tadi. Entah lah, saya sendiri pelik. Adakah pelajar sudah didoktrinkan seolah-olah subsidi ini adalah HAK?

    Saya tidak ambil PTPTN, kos buku dan yuran kami (pelajar ijazah) lebih mahal sedikit daripada pelajar diploma, makan tanggung sendiri, tapi saya rasa malu hendak meminta-minta. Walaupun ayah gaji kurang RM1000, adik beradik yang masih sekolah ada 5 orang termasuk saya. Tapi tidak pula rasa terhegeh-hegeh sangat hendak subsidi makan.

    Malah saya sudah cukup bersyukur kerana masih diberi kemudahan kolej. Kalau hendak dibanding dengan pelajar universiti lain, pelajar diploma UiTM sebenarnya hidup ‘mewah’ lebih-lebih lagi mereka yang mengambil PTPTN.

    Yang jadi susah bila berbelanja mengikut KEHENDAK, bukan KEPERLUAN.

    Apapun saya harap akan datang pelajar ijazah yang duduk luar diberi pertimbangan memohon subsidi makan. Saya rasa pelajar ijazah lebih memerlukan berbanding pelajar diploma yang dah ‘mewah’ ni. Kasihan juga melihat kawan-kawan yang susah di luar tu.

    Sekadar melontar pandangan
    Wallahu ‘Alam

  14. khalik says:

    Salam!!
    buat Ibnu Abas, saya puji sikap anda yang tabah!!!perlu diingat ini bukan terhegeh2 meminta-minta!!Kenyataan anda itu lebih tepat dituju kpd golongan ELIT MELAYU …bagaimana yang senasib ngan anda???,,tiada beza yang ambik dip. atau ijazah!!!!..kita patut lihat apa agenda semua disebalik ini!!!..wang rakyat diagih tidak samarata!!!apa salah nye diberi ….ini memang bukan HAK…tapi jangan jadi hak orang lain!!!Demi 1 malaysia dan liberialisasi…orang sendiri didokrinkan…. FIKIRKANLAH…jangan terlalu jadi pak angguk…..

  15. Ibnu Abas says:

    Saudara khalik, memang saya tujukan kepada ‘golongan elit’ untuk perkataan ‘terhegeh-hegeh’ tu.

  16. Pemerhati... says:

    salam….sy sokong kamu wahai ibnu Abas…

  17. D says:

    Prof,
    kalau sekarang sudah 40% pelajar UiTM yang mendapat bantuan makan subsidi, saya tak dapat bayangkan berapa peratus pelajar yang akan mendapat bantuan subsidi sekiranya ia diberi kepada mereka yang berpendapatan lebih. Memang benar, RM2k tak banyak sekarang tapi sepertimana yang Prof kata, lebih ramai yang memerlukan.

    Rezeki di tangan Allah… siapa yang berhak atau tidak adalah ketentuanNya.

  18. MKI says:

    Salam sejahtera Tuan Khalik,

    1. Tuan bersetuju yang mereka bergaji RM4000 ke atas tidak perlu diberi bantuan.

    2. Tuan bersetuju atau tidak jika ibubapa yang berpendapatan RM2500 dan ke bawah [anak 1 atau 10] tanpa soal jawab diberi bantuan tersebut.

    3. Tuan bersetuju atau tidak jika mereka yang berpendapatan RM2501 ke atas, kita buat semakan dengan cara mereka membuat rayuan [tentu sekali mereka yang mempunyai anak 1 dengan anak 10 tentunya berbeza] sebelum diberi bantuan.

    Berakal atau tidak cadangan ini? Jika ia, inilah yang UiTM amalkan.

    Oh ya, Ibn Abas? Ibn Abas adalah seorang yang sangat warak. Lima waktu di Masjid. Sentiasa puasa Isnin dan Khamis. Kerap membuat solat malam. Beliau selalu bersyukur. Allah akan lapangkan dada bagi mereka yang menghampiriNya.

    Bahasa yang beliau gunakan tiada yang tidak enak didengar. Malah saya bersyukur kerana ia tidak berlindung di sebalik nama samaran. Ia adalah asas keperibadian seseorang.

    Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa kita dan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersyukur kepadaNya.

  19. salam prof…
    subsidi mknn…
    sy nk tanye pendapat prof…
    -org yg mmpertikaikan kerjaan smkn menarik kemudahan tuk bumiputera sedikit demi sdkit…dulu subsidi tuk sume, sekarang ade limitation…
    -orang yng memihak sebelah pemabangkang, die mengtakan kerajaan bagi amik, tp jgn sokong…
    -pendapat sy, sy mmg xdpt susidi mknn, xpela, sy bersyukur… sy kene cube jimat dgn ptptn sy… bg sy, kerajaan dh taja sy sejak kecik baru lahir lg.. (kat hospital) mase nk lahir sehingg msk tadika, msk sekola rndh, sekolah mengah, n sekang msuk u… alhamdullillah dengn sumbngn kerajaan sehingga sekarang kpd sy…

  20. aiyrie says:

    Assalamu’alaikum,

    Pertamanya, saya adalah salah seorang bekas pelajar diploma UiTM, Arau 2000/2003. Saya juga adalah bekas pelajar Ijazah S/M UiTM, Shah Alam 2003/2006.

    Ada perbezaan antara pelajar ijazah dan diploma.

    Semasa di peringkat diploma, hampir semua mendapat makan percuma dengan sistem dewan makan. dan hampir kesemuanya tidak bersyukur (termasuklah saya). Apabila menu agak kurang menyelerakan, maka gerai menjadi pilihan. Apa yang berlaku kepada makanan yang berlebihan di dewan makan tidak kami hiraukan. Natijahnya, generasi yang terkemudian mendapat balasan. Maafkan kami. Sekali lagi saya memohon maaf.

    Semasa di peringkat ijazah, sememangnya tidak mendapat kemudahan asrama kecuali jika membuat rayuan permohonan. Saya hanya memohon kemudahan dewan makan. Dapat. Dan beralasankan agak jauh dari rumah sewa, kemudahan itu tidak saya gunakan. Apa yang berlaku pada makanan yang telah disediakan tidak saya hiraukan. Bahkan, rata-rata mereka yang mendapat kemudahan ini tidak memanfaatkannya dengan baik. Maaf sekali lagi.

    Apa yang saya kesalkan ialah sikap saya sendiri pada waktu itu. Andai masa boleh dikembalikan, tapi itu tidak mungkin.

    Hendak menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku, itu memang mudah. Tetapi, apakah sumbangan kita? Mungkin kitalah penyumbang kepada permasalahan.

    Apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah rasa kekesalan akibat kejahilan diri. Dan permohonan maaf atas kesilapan lalu.

  21. aiyrie says:

    @Liwauddin (UiTM Pahang)

    Maaf, saya bukan Prof MKI. Tapi saya ingin berkongsi pendapat.

    Pada pendapat saya, bukan kerajaan hendak menarik balik bantuan tersebut. Bantuan kerajaan ada hadnya. Negara kita bukanlah kaya-raya sangat. Ditambah dengan pembaziran yang dilakukan oleh orang yang macam saya sewaktu dulu, memanglah kerajaan terpaksa menarik balik subsidi makan di UiTM. Tetapi, mereka tak tarik 100%. Masih ada bantuan buat golongan yang tidak berkemampuan.

    Keduanya, kerajaan adalah pemegang amanah. Sebagai rakyat, kalau kerajaan bagi apa-apa, ukurlah baju di badan sendiri, anda berhak atau tidak. Tidak kisahlah anda kumpulan mana-manapun. kalau bukan hak anda, kenapa mesti ambil. Berlainan dengan ADUN. Jika anda ADUN pembangkang, dan kerajaan nak beri sesuatu di kawasan anda, anda tidak boleh jual mahal menolak. Itu hak penduduk di tempat anda. Jadi kena terimalah.

    Yang ketiga tu saya kurang bersetuju. Ini kerana penduduk Israelpun boleh menggunakan alasan yang sama untuk menyokong kerajaan Israel dan Amerika. Apa yang betul dari kerajaan, kita sokonglah. Apa yang jelas salah, kita tolak. Jika tidak tahu, kita kaji.

    Itu hanya pendapat saya.

  22. YatiB says:

    Kami di UTM, tiada kemudahan macam itu. Kami perlu berjimat cermat untuk menanggung perbelanjaan makanan. Masa tahun 1 (tanpa biasiswa), terpaksa makan sekali sehari (untung masa tu hanya RM1.++) utk sekali makan. Biasa makan dalam kul 11++ untuk menampung sarapan, tghari dan malam.

    Masa Tahun 2 di KL, kadang-kadang makan petang dengan RM1.00 (untuk separuh nasi goreng). Nasiblah makcik tu baik, bagi beli separuh aje. Biasiswa setelah ditolak segala yuran, biasanya tinggal 600utk 6 bulan (sebelum semester akan datang). Dengan duit RM600 inilah, digunakan utk makan, belanja buku, peralatan untuk assigment dan belanja lain-lain.

    Walaupun cuti akhir semester akan balik kg, tapi tak ada juga duit belanja sebab adik beradik ramai 12 orang dan hampir semua masih kecil2 (adik ada 8) dan masih bersekolah. Ayah hanya bekerja kampung dengan gaji yang tidak menentu. Mak biasa menolong menambah pendapatan dengan menoreh getah. Menanam sayuran, lada (kadang2 utk keperluan sendiri) dan jika berlebihan kami akan jual.

  23. Anonymous says:

    BAHASA JIWA BANGSA

  24. liwauddin says:

    thanks pendpt dr aiyrie…

  25. leenadawiyah says:

    Alhamdulillah.. syukur kehadrat ILLAHI.. suatu ketika dahulu ALLAH menguji kesusahan dan serba kekurangan dalam menuntut ILMU… tanpa kita sedari, itulah pelajaran dan pengalaman yg sgt bernilai.. ia mengingatkan kita agar sentiasa bersyukur kerana kini ALLAh memberi sedikit rezeki dan sedikit kesenangan.. Allhamdulillah. Thank You ALLAH….

  26. uitm's student says:

    salam prof..bayangkn sejenak..

    subsidi masuk dlm akaun is RM108..bmakne kami rugi rm 12 tau..

    if mcm sem lepas blh dikira RM120 per month..cuti pn still dapat lagi..its not fair..

    even salary family over rm2000 x semestinye anak yg blaja di UITM ni anak bongsu..ader juga anak sulong…

    mmg wujud konsep bsyukur but mst kne tempatnye..plz

  27. yunosh says:

    Salam Prof

    Bersyukurlah kita kepada Allah semuga Allah akan tambah lagi nikmatnya yang tidak terhingga. Perut terkadang mengundang banyak masalah kepada kesihatan. kerana perut badan binasa. wassalam.

  28. kuje says:

    alhamdulillah dpt subsidi..
    biar ada daripada tiada.
    sekurang-kurangnya mengurangkan beban keluarga.
    berapapun nilainya,rezeki dari Allah.
    RM108 mungkin boleh menjadi sepuluh kali ganda
    apabila kita bekerja nanti.
    barakahnya…

  29. Hasbullah Bin Hamid says:

    Anak saya Bernama Siti Arfah Binti Hasbullah K/P 900910105768 dari UITM ARAU mengadu tidak dapat kelulusan subsidi Rm 4.00 sedangkan telah hantar secara manual. Saya rasa sedih kerana entahlah dimana nak mengadu punya anak 7 orang 2 IPTS 1 IPTA isteri tidak bekerja pendapatan bawah 2000.00 hampir 8 kali pinjam along kerana nak beri makan anak tapi entah mencammana penilaian merika setiap permohonan bantuan anak anak saya ketujuh-tujuh masih belajar saya pun tak tahu yang saya tahu kerajaan laungkan utamakan rakyat hanya ting laungan sahaja .

Leave a Reply