Semalam, UiTM Johor menganjurkan pertandingan golf, Master Johor yang diasaskan oleh saya ketika menjawat jawatan Timbalan Pengarah pada 2000. Ia terus berkembang sehingga ke hari ini.
UiTM Johor mengadakan majlis makan malam bagi meraikan mereka yang hadir. Nasi berlauk ikan baung, ulam dan sambal lada. Kemudian makan durian Segamat yang segar dan enak. Jenis kunyit, 101 dan durian kampung yang lain.
Ketika berucap, saya nyatakan kepada para hadirin: “Golf membawa kenangan manis buat saya. Di sinilah Kelab Golf UiTM Johor dilancarkan oleh Dato’ Halim pada tahun 2000. Namun hari ini, saya perlu memberitahu yang saya sudah bersara daripada permainan golf……”.
Ketika mereka bermain, saya berada di Muar menyampaikan ceramah kepada guru-guru sekolah. Pilihan yang tersangat jelas.
Di sebelah petang, saya sudah berada di Shah Alam bertemu Tan Sri Naib Canselor untuk membincangkan pelbagai isu universiti. Tan Sri bertanya: “Mil, sekali lagi saya hendak tanya, daripada mulut you sendiri, betul you tidak mahu sambung kontrak sebagai pengarah kampus?”
Hampir dua jam kami bersama. Saya teringat kisah lampau ketika menjawat jawatan Pegawai Khas. Pada ketika itu, pandangan saya sering ditanya apabila membabitkan isu-isu semasa. Saya sering teruja dengan kerja-kerja tersebut. Dan saya lakukan tanpa memikirkan kepentingan sendiri.
Petang semalam, saya utarakan perancangan yang ingin saya lakukan. Tan Sri memahami apa yang terkandung nun jauh di hati sanubari. Saya pulang dalam kelegaan.
Dan malam ini, saya teruskan berceramah di sebuah surau di Kelang, Selangor!
salam prof,
pepatah Melayu ada berkata
tepuk dada tanya selera.
tanya pada Qalbu
ia adalah cetusan rasa yang mulus
tanya pada akal
tanya pada hati
dan
jangan lupa tanya pada buahati
kuasa vito pada tuan empunya diri
diri bukanlah sebatang lilin
yang merosakan diri
untuk orang lain
jaga diri dan hati
seiring menabur bakti
hehehe… semoga selamat kesemuanya.
Assalamualaikum Prof,
Karya Travelog dakwah dan haji karya prof memang punyai sentuhan tersendiri. saya yakin dan percaya ianya lahir dari tulisan letaknya di hati dan pastinya sesiapa yang membacanya mudah untuk meresap ke dalam hati.
saya tertarik mengenai sambungan kontrak sebagai pengarah kampus. Wallahua’alam apa keputusan prof. tapi, jika mengikut penghayatan pembacaan saya melalui karya travelog haji dan dakwah prof, mungkin itu petunjuk untuk prof lebih aktif dalam mewakafkan dan menginfakkan diri prof untuk agama Allah SWT.
Saya yakin Prof adalah pilihah Allah SWT untuk memikul amanahnya berbaki sisa umur yang ada berbekalkan kelebihan yang Allah SWT kurniakan.
Saidina Umar yang terkenal dengan kebengesan dan kesamsengannya serta kejamnya membunuh anaknya yang masih kecil dan menentang dakwah Nabi SWT, akhirnya Allah SWT campakkan hidayah yang mengubah segala2nya. Hidupnya diwakafkan untuk Islam, pembela Islam, seterusnya nabi SAW mengiktirafnya dan memberi jaminan kepadanya bahawa Umar adalah antara sahabat yang di jamin SYURGA.
Moga Allah memberikan kekuatan, kafiatan, kerahmatan, maghfirah kepada prof untuk memastikan Islam tertegak di muka bumi Malaysia ini.
Siapa milik kita?
Kita Allah Punya, Semua Yang Ada Allah Yang Punya, Mengapa Kita Sombong Memiliki Allah Punya, Bersyukurlah Kepada Allah dan Gunakanlah Nikmat Allah Itu Untuk Khidmat KepadaNya.
al-Faqir ila Allah,
albelurani.blogspot.com
Sabah di bawah bayu.
Salam Prof,
Saya teringat pada kenyataan sdr Nazrey of Raihan semasa program Ikhtibar Tanah Suci. Beliau meninggalkan Raihan beberapa tahun lepas semasa nama Raihan berada dikemuncak dan ingin kembali berdakwah di perkampungan beliau dan kawasan2 pedalam yg lain.
InsyaAllah segala usaha yg bermula dgn niat ikhlas dihati akan membuahkan hasil yg tak terkira nilainya.
Dulu menggalakkan orang bermain golf, sekarang menulis buku dan menjadi pendorong orang naik haji dan berdoa.
Jauhnya perubahan sempadan iman….
Salam Prof…saya berasa sedih apabila Prof mengatakan tidak mahu sambung kontrak sebagai pengarah kampus…UiTM johor akan kehilangan seorang pengarah kampus yang dekat dihati mahasiswa/si…Harap Prof sambung kontrak sebagai Pengarah kampus.
Salam Prof..
Bila prof tamat berkhidmat di uitm Johor? Harap2 sempat la jadi anak buah prof. saya dah pass interview lecturer di uitm jhr tapi masih menunggu tawaran rasmi. dari dulu teringin nak ada bos macam prof yang selalu bermotivasi dan memotivasikan orang lain.