Dalam bertimbun-timbun buku baru yang saya ada, terangsang dan tergerak untuk membaca naskah Hadis Qudsi yang saya beli setahun lepas. Selepas satu topik, saya beranjak ke topik yang lain. Dalam beberapa hari, berpuluh-puluh hadis telah saya baca dan amati. Salah satunya menyebut yang dalam setiap 1000 umat/keturunan Nabi Adam hanya seorang sahaja yang akan terus ke syurga [Hadis Sahih Bukhari Jilid 3, Hadis Nombor 1470]. Dasyat – hanya 0.1%!
Saya gelisah. Sukarnya. Namun ia menggerak hati untuk melihat daripada perspektif yang berbeza. Saya mencari statistik penduduk dunia terkini di sini. Semalam, penduduk dunia di sekitar 6.8 bilion. Kalau dikira berdasar congak mudah, hanya 6.8 juta yang akan melangkah ke syurga dengan bergaya. Alahai tidak sampaipun 1/4 penduduk Malaysia.

Saya masih tidak berpuas hati. Saya cari statistik orang Muslim di dunia. Statistik tiga tahun lepas. Ia kelihatan seperti berikut, hanya 21 peratus! Marilah kita sedapkan hati sendiri: 79 peratus yang lain sah masuk neraka dan 6.8 juta yang sepatutnya terus masuk syurga adalah milik orang Islam yang jumlahnya di sekitar 1.4 bilion. Alahai masih sedikit – hanya 0.5% daripada jumlah orang Islam tersebut!
Saya termenung dan bermuhasabah diri. Bertanya, bolehkah aku termasuk dalam golongan yang sedikit itu?. Lalu pagi semalam saya memberi tazkirah kepada mereka yang solat subuh berjemaah di masjid.
“Saudara/i, bersyukurlah kerana kita dapat menunaikan solat subuh berjemaah di masjid. Mari kita jaga nikmat yang Allah bagi ini. Kita termasuk dalam golongan yang sedikit. Saudara/i mewakili statistik tidak sampai 0.5% yang Allah janjikan untuk terus masuk syurga. Kita seru, kita berdakwah dan kita ajak rakan-rakan kita untuk bersama, jika mereka tidak mahu – walaupun mereka berakal dan berilmu – tidak mengapa. Mereka mahu bersama dalam golongan 99.5% muslim yang lain. Janji Allah sentiasa benar”.
Semalam, bilal menghulurkan microphone untuk saya mengimami solat Zuhur. Saya tengok kiri-kanan-belakang, mencari-cari mereka yang lebih baik daripada saya. “Ya Allah izinkan aku menjadi imam solat zuhur pada hari ini. Aku mohon keampunanMu ya Allah”. Usai solat, saya berpaling kepada jemaah dan berkata: “Luangkan lima-enam minit untuk saya sampaikan apa yang telah saya nyatakan kepada jemaah subuh tadi…..”
Saya mahu siswa-siswi saya sedar dengan statistik tersebut, mengupas hadis Qudsi dari sudut yang berbeza. Mencabar mereka supaya menggunakan akal dan ilmu supaya membuat pilihan yang tepat.
Allah ya Allah, tempatkanlah kami dalam golongan yang sedikit itu, dengan rahmat dan kasih-sayangMu!
Prof
assalamu’alaikum.
…semoga cebisan maklumat yang dipaparkan itu menjadi luluhan hati untuk mengharapkan rahmat dan belas ihsan untuk ke syurgaNYA, insyaAllah.
salam hjSab2
Assalamualaikum
Begitu teliti Prof membuat kajian….
Ya Allah. Terasa betapa kerdilnya diri di sisi Allah.
salam,
saya juga nak masuk dalam “KAMI” dalam munajat Prof itu. amin…
Salam..
Jrg org membicarakan tentang hadis ini.. Tq prof.
Moga kita semua termasuk dlm golongan yg masuk syurga dengan rahmatNya..
amat menginsafkan!
Salam Prof..
syukran berkongsi artikel menarik..xpernah lg sy dengar ustaz2 or sape2 kupas tentang hadis tersebut..terasa diri amat kerdil..
TQ prof..
salam kamil…..would you mind giving your e-mail address. Ada sikit pertanyaan with regards to my son’s further studies, kena tanya the experts.
TQ.
Shima,
Salam sejahtera,
mkamil@johor.uitm.edu.my
Amin amin amin…. ya Allah tuhan yg satu, dengan Rahmat Mu tempatkanlah kami dalam golongan yang sedikit itu…………
salam prof…
saya melihat artikel prof ni sebagai sesuatu yg penting utk diketahui & disedarkan pd umat islam…bleh ke klu saya copy pastekn posting ni ke blog saya? harap prof dpt reply…
terimakasih dari saya yg dhaif ilmunya ini.
ramadhan mubarak.
Salam Prof,
Terima kasih. Kalau Prof berkesempatan mendapatkan booklet Bediuzzaman Said Nursi tentang Sunnah Nabawiyyah (ada dalam b.Inggeris juga), Prof dapat melihat keunikan penafsiran beliau terhadap ayat al-Quran dan hadith2 Nabi saw melalui kiraan math, ilmu geografi, statistik dan beberapa ilmu lain. Ada dalam beberapa topik, beliau menafsirkan dengan ilmu fizik dan biologi juga.
Saya teruja dengan ketepatan kiraan beliau, khususnya berkaitan ilmu hadith dalam mentafsirkan hadith…sehingga semakin dekat dengan kefaham kita dan membuatkan hati lebih yakin dengan janji Allah.
Salam Ramadhan, Maaf Zahir dan Batin dari kami di Sudan
salam..
terima kasih ats perkongsian. copy paste di blog peribadi bleh??
[...] 1. kita berada pada akhir zaman 2. hanya segelintir sahaja yang akan memasuki syurga bersama Rasullullah daripada kumpulan akhir zaman [lihat golongan ketiga... surah Al-Waaqiah] 3. Allah menyukai mereka yang istiqamah 4. Ilmu, cakap dan amal mesti selari 5. Allah selalu menegur manusia yang mengingati Dia ketika susah dan lupa ketika senang 6. Hanya 1 dalam 1000 yang akan memasuki syurga daripada keturunan Adam [...]
tidakkah bilangan tersebut perlu dicampurkan lagi dengan yakjuj dan makjuj?
Andaian Bilangan Penghuni Syurga dan Neraka penduduk dunia tahun 2007
=============================================
Tahun : 2007 [a]
Anak Adam bukan keturunan Ya’juj Ma’juj : 6,671,000,000 [b]
Anak Adam keturunan Ya’juj Ma’juj (90% dari anak Adam) : 60,039,000,000 [c]
Jumlah semua anak Adam : 66,710,000,000 [d]
Jumlah semua penghuni Neraka (99.9% dari anak Adam) : 66,643,290,000 [e]
Jumlah penghuni neraka keturunan Ya’juj dan Ma’juj (99.9% daripada penguni neraka) : 60,039,000,000 [f]
Jumlah penghuni neraka bukan keturunan Ya’juj dan Ma’juj (0.1% daripada penguni neraka) : 6,604,290,000 [g]
Jumlah penghuni Syurga tulen yang tidak akan singgah di Neraka (0.1% dari anak Adam) : 66,710,000 [h]
Jumlah Muslim sedunia (23% dari anak adam) : 1,534,330,000 [i]
Peratus Ahlus Sunnah Wal Jama’ah (89% dari Muslim sedunia) : 1,365,553,700 [j]
Peratus Syiah Rafidhah (11% dari Muslim sedunia) : 168,776,300 [k]
Peratus Ahli Syurga tulen (dari Muslim Ahlus Sunnah Wal Jama’ah ) : 4.89% ~ 5% [l]
Nisbah Ahli Syurga tulen (yang tidak akan singgah di Neraka) : Hanya 5 orang daripada 100 Muslim Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
Kesimpulan : Adakah kita berpeluk tubuh dan merasakan kita telah terjamin di kalangan ahli syurga?
RUJUKAN
[a]
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_religious_populations
[b]
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_religious_populations
[c]
Dari Abdullah bin Umar r.a. beliau berkata bahawa Rasulullah bersabda “Allah telah membahagikan manusia kepada 10 bahagian. Sembilan bahagian ialah Yakjuj dan Makjuj sementara bakinya (iaitu bahagian kesepuluh) ialah manusia biasa (yang di atas muka bumi)”
Rujukan : http://suhaimy.org/ilmu/yakjuj-dan-makjuj-satu-kajian/
[d]
Jumlah [b] + Jumlah [c]
[e]
Petikan daripada hadith riwayat Abu Sa’id ra yang panjang,
Dari Abu Sa’id ra berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Adam, “Wahai Adam!” Adam menjawab, “Saya penuhi panggilan-Mu serta segala kebahagiaan dan kebaikan ada pada diri-Mu.” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, ‘Allah berfirman, “Keluarkan (para calon penghuni) utusan neraka.” Adam bertanya, “Siapakah utusan penghuni neraka?” Allah menjawab, “(yaitu) sebanyak 999 orang dari tiap-tiap 1000.”
(Muslim 1/139-140, dikutip dari Mukhtasar Shahih Muslim 1)
Rujukan : http://www.facebook.com/profile.php?v=app_2347471856&ref=profile&id=573487752
[f]
Petikan daripada hadith riwayat Abu Sa’id ra yang panjang,
Para sahabat bertanya,”Ya Rasulullah! Siapa di antara kami yang termasuk calon penghuni neraka?” Rasulullah menjawab, “Bergembiralah kalian, karena (perbandingannya penghuni neraka) jika dari kaum Ya’juj Ma’juj ada 1000 orang, maka dari kalian adalah satu orang.”
[Muslim 1/139-140, dikutip dari Mukhtasar Shahih Muslim 1]
Rujukan : http://www.facebook.com/profile.php?v=app_2347471856&ref=profile&id=573487752
[g]

[h]
Petikan daripada hadith riwayat Abu Sa’id ra yang panjang,
Dari Abu Sa’id ra berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ‘Allah Azza Wa Jalla berfirman kepada Adam, “Wahai Adam!” Adam menjawab, “Saya penuhi panggilan-Mu serta segala kebahagiaan dan kebaikan ada pada diri-Mu.” Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata, ‘Allah berfirman, “Keluarkan (para calon penghuni) utusan neraka.” Adam bertanya, “Siapakah utusan penghuni neraka?” Allah menjawab, “(yaitu) sebanyak 999 orang dari tiap-tiap 1000.”
(Muslim 1/139-140, dikutip dari Mukhtasar Shahih Muslim 1)
Rujukan : http://www.facebook.com/profile.php?v=app_2347471856&ref=profile&id=573487752
[i]
http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_religious_populations
[j]
Rujukan : http://islamicweb.com/beliefs/cults/shia_population.htm
[k]
Rujukan : http://islamicweb.com/beliefs/cults/shia_population.htm
[l]
[h] / [j] * 100 = …%