
Sebahagian daripada khalayak pendengar
UiTM Johor telah menganjurkan enam siri syarahan yang dibuka kepada orang ramai secara percuma. Semalam, Dalilah @ Raden Galoh menyampaikan syarahan bertajuk “Kanser: Ya Allah, tabahkan kami”.
Abah turut serta. Beliau memberitahu pendengar yang hampir dengan beliau: “saya datang sebagai pesakit kanser”. Tarikan utama adalah kerana tajuk hadapan yang tertera kanser!
“Mak, jomlah pergi,” Roza mengajak. Emak mengeleng-ngelengkan kepala. “Mak tidak mahu menangis… Mak pasti menangis,” barangkali beliau mengenangi penyakit yang menimpa Abah [suami] dan Ayu [anak keenam].
Dalilah bercerita: “Ayah saya tidak menerima apabila dikhabarkan yang saya sah mengidap kanser. Kenapa saya? Bagi Ayah, beliaulah yang patut pergi dahulu…. anak-anak saya masih kecil.. +++++”
Ramai orang salah anggap apabila tajuknya berbunyi Kanser. Alahai…. aku belum terlibat dengan kanser. Namun pengkongsian ilmu ini jauh daripada menceritakan kanser secara teknikal. Ia melibatkan soal akidah, keyakinan kepada Allah dan kanser hanyalah merupakan satu kejadian “kecil” yang menceritakan kehebatan dan keagungan Allah.
Barangkali, itulah sebabnya dewan kali ini tidak sepenuh majlis-majlis ilmu yang terdahulu. Ia kelihatan tidak penting. Namun buat yang hadir [100 - 120 orang], ilmu yang mereka perolehi tidak ternilai harganya.
Subhanallah!
… mendidik kita untuk sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingati-NYA …
… mendidik kita untuk sentiasa bersyukur dan sentiasa mengingati-NYA walau dalam susah atau senang…
sy slh seorg dari pendengar..bertajuk kanser tapi mencerminkan kekuatan penceramah sekuat kesan “kanser” kepada pesakitnya…ia satu rahmat..kata2 yang turut mrnginsafkan diri saya sebagai hamba yang kdang2 x mensyukuri nikmat yang dikurnia…
Assalamualaikum Prof….
Izinkan saya mengulas buku tulisan Prof berjudul Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dalam blog saya seperti tertera dibawah. Saya benar-benar teruja membaca buku tersebut…TQ
http://najyasyraf.blogspot.com/
Subhanallah….
Salam Prof,
Sayang sekali tak dapat hadir walau sebenarnya hati meronta-ronta nak ke sana. Nak drive sendiri suami tak benarkan padahal saya dah faham sangat jalan ke sana. Maklum anak pun belajar di sana. Dengan 2 orang kakak penghidap kanser tahap 3 dan 4, seorang baru pulang ke rahmatullah, saya sepatutnya hadir ceramah ilmu tersebut. Namun apakan daya kalau Allah tidak mengzinkan….
Salam Prof,
Sayang sekali tak dapat hadir walau sebenarnya hati meronta-ronta nak ke sana. Nak drive sendiri suami tak benarkan padahal saya dah faham sangat jalan ke sana. Maklum anak pun belajar di sana. Dengan 2 orang kakak penghidap kanser tahap 3 dan 4, seorang baru pulang ke rahmatullah, saya sepatutnya hadir ceramah ilmu tersebut. Namun apakan daya kalau Allah tidak mengzinkan….
Salam Prof,
Sayang sekali tak dapat hadir walau sebenarnya hati meronta-ronta nak ke sana. Nak drive sendiri suami tak benarkan padahal saya dah faham sangat jalan ke sana. Maklum anak pun belajar di sana. Dengan 2 orang kakak penghidap kanser tahap 3 dan 4, seorang baru pulang ke rahmatullah, saya sepatutnya hadir ceramah ilmu tersebut. Namun apakan daya kalau Allah tidak mengizinkan….
Salam Puan Damai Impian D’Bangi
La Tahzan (Jangan Bersedih)…nasib kita serupa…
Kalau tau aritu, boleh kita pegi sama. Tapi betullah…kita hanya merancang, Allah yang menentukan.