Air dari gunung

Pasangan yang Menjemput saya

Pasangan yang Menjemput saya


Saya baru selesai berceramah di Surau Kg Jergoh, Lanchang. Surau kayu terletak di hujung jalan. Maksudnya, tiada lagi kampung selepas kampung ini. Penduduknya adalah mereka yang berhijrah daripada Tangkak, Segamat dan kawasan sekitarnya.

Di kawasan ini air minumannya terus daripada air terjun yang berada 2-3 KM daripada kampung mereka. Airnya nyaman sekali. Sangat jernih.

Selepas ceramah, saya dijamu dengan masakan “pot-luck” orang kampung. Saya sangat berselera. Bertambah makan walaupun masa menghampiri 10 malam. Barangkali itulah kebahagian yang Allah berikan.

Saya berjalan sebegini jauh atas undangan yang mahu penduduk kampung mereka berubah. “Prof, saya mahu jiran tertangga saya terbuka pintu hati untuk menunaikan fardhu haji. Mereka ada duit. Inilah yang mampu saya lakukan,” beliau memberi penerangan.

Saya juga begitu. Apa yang saya lakukan semata-mata kerana Dia telah memberi banyak nikmat dalam kehidupan kami sekeluarga. Nikmat yang tidak mungkin terbalas dalam ruang kemampuan sendiri.

Saya teruja meninggalkan Lanchang. Jauh di sudut hati terpahat “aku pernah sampai di sini kerana Allah!”. Dan Lanchang ditinggalkan dengan sebotol air dari gunung sebagai bekal.

6 Responses to “Air dari gunung”

  1. hanila says:

    Salam Prof,

    Rupa-rupanya Prof berceramah jauh ke Lancang hingga lewat malam … patutlah entry KRTS lambat masuk hari ini. Tadi tertanya-tanya juga setelah beberapa kali ‘menjenguk’…..

    Syukur kerana Prof terus diberi kesihatan yang baik dan ruang waktu oleh Allah s.w.t untuk Prof meneruskan misi dakwah. Pasti ia akan memberi manfaat kepada penduduk di kampung tersebut.

  2. SifuPTS says:

    Perkataan ‘lanchang’ itu nama perahu besar Melayu. Teringat lagu “Lancang Kuning” (belayar malam)….

  3. kamalia says:

    Assalammualaikum Prof, saya Kamaliah Azhar, pelajar Ijazah Penyiaran Semester 3 dari Fakulti Pengajian Komunikasi Media. Saya sedang mebuat assignment dokumentari radio yang bertajuk ‘Tokoh Peneraju UiTM’, di mana assignment ini akan disiarkan di UFM insyallah tahun depan seperti yang dirancang. Selain itu, kami juga merancang untuk membukukan dokumentari-dokumentari ini. Saya memilih Prof sebagai salah seorang tokoh peneraju UiTM. Saya telah dapatkan cerita dan profail peribadi Prof dari blog Prof dan juga membuat rujukan dari senior. Saya harap Prof dapat membaca hasil dokumentari saya (saya telah emailkan ke email pengarahjhr@johor.uitm.edu.my) agar saya tidak tersalah maklumat mengenai Prof. Di samping itu, Prof boleh menambah maklumat yang kurang dan apakah harapan Prof di akhir dokumentari ini?

    Kerjasama Prof amat saya hargai. Terima Kasih.

  4. nur says:

    prof begitu ikhlas dlm ‘kerjaya’ baru prof dan sudah tentu keikhlasan itu sentiasa terpancar di wajah prof yang sentiasa ceria…terima kasih kerana prof sudi berkongsi pengalaman dan berkongsi kisah Kehidupan prof untuk menjadi santapan minda saya dan pembaca2 lain setiap hari….

  5. mystery says:

    prof, saya terbaca entry prof yang mengatakan prof akan berceramah di Lanchang, saya terus telefon ibu saya dan beritahu dia pasal prof. Ibu saya tinggal di kawasan Lanchang. Ibu saya pergi ceramah prof di kg jergoh. Dia kata dia sempat berbual dgn prof ketika solat isyak.

  6. MKI says:

    Salam sejahtera Mystery,
    Ibu saudari sangat menyayangi. Beliau asyik bercerita tentang mystery di Segamat. Mudah-mudahan mystery akan menjadi anak yang dibanggakan oleh ibu dan keluarga.

Leave a Reply