Sibuk

Di UiTM, musim yang sangat sibuk.

Peperiksaan sudah berada di minggu terakhir. Siswa-siswi ada yang stress. Mereka sibuk mentelaah di saat-saat akhir. Tidur berkurangan berbanding hari-hari biasa.

Itulah…. mereka lupa prinsip istiqamah!

Pensyarah pula gelisah mahu menyudah menanda markah. Ruang masa yang diberikan sangat suntuk. Apatah lagi jika kertas yang masuk bertindan. Mereka bukan seperti rakan sejawat di universiti lain. Jumlah skrip yang perlu diamati beratus-ratus jumlahnya.

Di UiTM Johor, pensyarah mengajar di antara 16 – 22 jam. Mereka juga sibuk dengan penyelidikan, seminar, bengkel, Inovasi, ISO, dan Kualiti. Malah mereka secara “paksa-rela” terlibat dengan kegiatan pelajar. Namun masa 24 jam yang dianugerah Allah itu lebih daripada mencukupi untuk mereka yang benar-benar sibuk.

Kata-kata perangsang yang dipinjamkan daripada Puan Ainon: “Hanya mereka yang sibuk mempunyai masa!”

Saya teringat akan Imam Ghazali yang meninggal ketika usianya di sekitar 50an. Beliau meninggalkan puluhan kitab yang menjadi rujukan sehingga ke hari ini. Tentu sekali beliau seorang yang sangat sibuk tetapi – saya fikir – setiap ruang masanya terisi dengan sesuatu yang sangat bermanfaat.

Saya fikir, bagaimana sibuk pun kita, solat berjemaah perlu diutamakan. Jangan jadikan ia sebagai satu alasan untuk menyenangkan hati. Ia tidak akan membuat hati terhibur dan teruja!

8 Responses to “Sibuk”

  1. Salam Prof,
    Setuju sibuk bukan alasan tak boleh solat jamaah.

  2. Ahmad Nawawi says:

    waduh.. terkena batang hidung…

  3. ummie's says:

    assalamualaikum

    saya setuju, sesibuk mana pun mesti/wajib berjemaah bersama keluarga. alhamdulillah, semua itu, suami saya terap bersama anak-anak bersolat jemaah

  4. ummulamirul says:

    Assalamualaikum..
    Betul pendapat Prof. Kalaulah kat M’sia dibudayakan spt. tempat tinggal saya kat sini(Yanbu KSA). alangkah bagusnya…..
    Setiap masuk je waktu solat kaum lelaki akan berlumba-lumba ke masjid .
    (tak tahulah terpaksa atau rela) tapi kalau tak nanti kena tangkapppp
    Anak-anak kecil pun dah kena ikut budaya orang arab gokk

  5. ummulamirul.blogspot says:

    Assalamualaikum….

    Alangkah bagusnya kalau kat M’sia dibuat undang-undang macam tempat saya tinggal sekarang ni(Yanbu KSA). Bila azan solat je…kaum lelaki terus berebut-rebut ke surau atau ke masjid.(tak tahulah terpaksa atau rela) tapi…kalau dilihat tak solat berjemaah nanti kena tangkap dek polis yg meronda masa tu…
    Sekarang anak-anak kecil pun dah terikut budaya pak arab kat sini…
    Insyaallah budaya tu akan menjadi budaya yg baik pd mrk. kelak.

  6. Sakinah says:

    Alhamdulillah. Oh Allah bukakan piintu2 hati kami untuk solat berjemaah dimana azan diazankan…

  7. Assalamualaikum

    Prof..

    Apa khabar?..lama saya tak meninggalkan jejak di sini.. :)
    Saya juga tergolong di kalangan pendidik yang sedang sibuk menanda kertas peperiksaan pelajar, adakalanya rasa penat tapi perlu sentiasa motivasikan diri..semoga segala usaha diberkati Allah…insyaAllah… :)

  8. siti says:

    Assalamualaikum wrt. wbt.

    Saya setuju sangat…memang saya sendiri telah merasainya. Apabila kita sibuk dan benar2 sibuk, barulah kita mempunyai masa yang berkualiti…dan apabila kita benar2 seperti tidak mempunyai masa, maka solat berjamaah adalah penawarnya…sebenarnya…hanya yang pernah mengalaminya saja yang akan mengerti…

Leave a Reply