
Siri Iktibar Hijrah - 18 Disember 2009
Mulai besok – 10, 11, 12 dan 16 – rakaman Muqqaddimah akan ke udara. Saya rasa 7.30 pagi di TV9. Mereka yang sudah biasa mendengar ceramah dan VCD Motivasi Haji tidak perlu membuang masa. Isinya sama sahaja!
Mungkin saya kelihatan termengah-mengah mengejar masa…..
Liga Ilmu di Astro Oasis – siri pertama – akan ke udara pada hari Sabtu ini, 3.00 petang bertajuk “Jaga tepi kain orang”. Sayang saya sendiri tidak dapat menonton kerana berada di MRSM Alor Gajah bagi menyampaikan sedikit ceramah motivasi buat pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM.
Kemudian pada hari raya Aidil Adha akan ke udara program Al-Kulliyyah bertajuk Korban yang Makbul, 5.00 petang. Ia dirakam beberapa minggu yang lepas di Batu Kawan, Pulau Pinang.
Namun program yang saya nantikan ialah “Iktibar Hijrah” yang akan ke udara pada 18hb Disember, 2009 di Astro Oasis. Saya ketawa melihat Roza dipaksa berlakun di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu. Kami berpegangan tangan mengadap laut sambil merenung keajaiban dan kehebatan ciptaan Allah SWT.
Malulah shooting di hadapan khalayak ramai di kawasan yang tercantik di Besut!
Akhir sekali, Program Muqqadimmah akan ke udara pada bulan Disember bertajuk ” Perubahan Diri”. Ia akan ke udara 4 hari berturut-turut.
Saya juga diundang untuk menjadi penulis tamu untuk akhbar mingguan khusus buat remaja mulai Januari, 2009. Khabarnya akhbar yang dipenuhi dengan warna-warni bagi menarik golongan sasaran.
Saya menanti 2010 dengan tekad yang berbeza. Mudah-mudahan Allah memberi sejuta kekuatan untuk melakukan pelbagai perkara serentak!
Salam Prof,
Bagaimana dgn isu pendakwah di Johor @ Selangor mesti mendapat tauliah/kebenaran dari kerajaan negeri? Prof terlibat sama tak?
Take care & smile always….
Salam Prof.
Moga di berikan kesihatan yang baik untuk meneruskan kerja-kerja murni ini.
Assalamualaikum Prof.,
Saya suka perenggan terakhir itu. Amin!Amin!
assalamualaikum prof
pertama kali dengar ceramah prof pada rancangan muqaddimah tv9 pagi tadi. saya rasa sungguh bersemangat. macam prof cakap, saya rasa macam saya orangyang istimewa terpilih utk tonton ceramah prof. doakan saya agar say berjaya dalam hidup, dan suatu hari nanti saya juga terpilih utk menjadi tetamu Allah dan dimudahkan segala urusan. insyaallah saya berazam nak buat solat sunat tiap2 malam agar Allah makbulkan segala hajat saya. jazakallah prof!!!
Patutlah rasa macam kenal gambar pantai tu. Tak salah tekaan rupanya. Hehe lama dah tak pergi pantai bukit kluang tu..
Salam Prof,
Memang setiap pagi sambil bersiap pergi kerja, saya & suami akan buka channel 119. Alhamdullillah, baru pagi nie utk pertama kalinya berkesempatan mendengar suara Prof melalui rancangan Mukadimmah. Selama nie hanya membaca tulisan prof saja.
p/s: Ada telor Ganu.
Assalammualaikum prof,
pg td sy sungguh bersemangat menonton tv9 sms sdg bersiap pergi kerja..sy siap tulis dlm kalendar,harini prof akn ada d tv9,pg.huhu alhamdulillah..syabas prof, tulisan2 prof sungguh bermakna dan senang d fahami.setiap hari sy akan buka blog prof:) buku2 travelog prof btol2 mberi kesedaran kpd sy yg jahil ni.smoga prof dan seluruh keluarga d rahmati Allah,amin..
p/s: xsaba nk tgu next travelog tulisan prof
sy kagum,sbg anak UiTM..teehee :p
Assalamualaikum prof,
Saya x-student itm johor..saya grad sebelum prof menjadi pengarah..dan saya kenal prof melalui junior2 yang tinggal.. pg nie di rancangan muqaddimah saya dapat melihat sendiri prof dan mengikuti ceramah prof.. rasa terharu dan banyak pengajaran saya dapat..alhamdulillah.. teruja untuk menunggu slot prof pada bulan disember nanti.. moga prof n family sentiasa dirahmati dan diberkati…~
assalamualaikum
terlepas saya beberapa siri dikendalikan oleh prof ye.
disaat dan bermula saya mendengar ceramah dari prof, ‘wajib’ saya untuk mengikuti penulisan yang amat memotivasikan diri saya supaya menjadi insan yang sentiasa mengingatiNya dan memuhasabahkan diri dalam setiap detik pekerjaan.
Insyaallah, saya akan mengikuti program prof di tv…. 119 ye, channel kami sekeluarga amat menggemarinya. anak-anak pun sudah tahu channel ape yg ibu bapanya nak tengok, 106 dan 119.
Salam,
Tahniah Prof
selepas hantar anak kesekolah saya speed nak tonton mukaddimah pagi ni
trafffic jam..etc etc…tapi sempat jugak untuk dengar the last 15 minutes..worth speeding.
Salaam
Anak saya pelajar tingkatan 5 di MRSM alor gajah – Mohamad Amiruddin bin Adnan. Saya dah maklumkan pada dia yg Prof akan ke sana Sabtu ni. He is so excited – “Prof nak jumpa abang?” saya kata Prof nak jumpa abang & kawan2 abang yang nak ambik SPM…
Selalu nampak Prof kat luar Dewan Senat kalau ada mesyuarat Senat. Nak tegur…segan pulak. Prof tolong doakan kejayan anak2 saya dunia & akhirat, ye!
Assalammualaikum Prof,
Dengan kehendak Allah, saya terpanggil untuk menonton siaran Muqqadimmah di TV9 (pukul 7.30am) pada 9 Nov 09. Bila saya dengar topik haji, saya rasa mcm nak tukar siaran…tapi saya beri ruang untuk diri saya untuk mendengar selama 5 minit kerana saya tahu Prof bukannya Ustaz. Dlm masa 5 minit itulah saya rasa terpegun dengan cara penyampaian Prof. Saya terus mendengar sehingga tamat & sentiasa menunggu sambungan di hari berikutnya.
Saya benar-benar mendengar apa yang Prof sampaikan walaupun ketika itu saya tidak menonton TV kerana perlu bersiap untuk ke tempat kerja. Dengan hanya memperkuatkan suara TV saya menghayati apa yang Prof sampaikan……tanpa saya sedari air mata saya mula mengalir.
Saya terasa betapa kerdil & hinanya saya di sisi Allah….
Terima kasih Prof kerana membuat saya mula berfikir selama 33 tahun diberi nafas oleh Allah apa usaha saya untuk bersyukur dengan nikmat Allah dan apa usaha saya untuk menjadi umat islam yang bertaqwa…….
Saya begitu teruja untuk membeli buku Travelog Dakwah & Travelog Haji hasil tulisan Prof.