Jangan aniayai orang!
Itulah salah satu prinsip asas dalam mengurus manusia. Ketika orang dalam kesempitan, hulurkan bantuan bagi membantu mereka bernafas semula. Mungkin ada yang terlupa dan mereka perlu diingati. Saya fikir, perasaan simpati dan kasih sayang dalam diri seorang pemimpin kepada anak buahnya boleh mengubah hati yang sekeras batu.
Namun dalam sudut yang berbeza, membawa perasaan “simpati dan kasih-sayang” dalam urusan pentadbiran dikatakan sebagai lambang kelemahan seorang pemimpin. Keputusan berdasarkan emosi “simpati dan kasih sayang” menyebabkan proses membuat keputusan menjadi lambat dan tidak tergesa-gesa.
Membuat keputusan dikala hati panas membara mungkin menyebabkan keputusan tercapai dalam keadaan pantas. Namun dalam kebanyakan kes, akan ada orang yang teraniaya. Jika begitu, ia bersangkut pula dengan soal dosa dan pahala yang akan dibawa pergi di hari pengadilan.
Mengetuai organisasi sebegini besar maka lumrah untuk saya membuat keputusan yang memberi kesan kepada organisasi dan warganya. Salah satu doa yang saya pohon hampir setiap hari – 3 @ 4 kali sehari – ialah berkait dengan soal pentadbiran.
….. Ya Allah, sesungguhnya aku manusia fakir, tidak berilmu, tidak pandai ya Allah dalam urusan pentadbiran ini. Ya Allah, Kau bantulah aku. Permudahkanlah. Ya Allah berikanlah perasaan kasih-sayang di antara aku dan kakitanganku ya Allah. Kau ampunilah kami ya Allah ….
Hakikatnya, pemimpin perlu berfikir panjang sebelum membuat keputusan. Akal-fikir yang dipandu oleh Allah SWT. Maksudnya, berhati-hati dengan memohon kerahmatan dan keredhaan Dia yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Mudahan-mudahan segala keputusan yang dibuat memberi kebaikan di dunia dan akhirat.
Salam Prof,
Setiap kali membuat tindakan/keputusan yg berkaitan dgn org lain, itulah yg saya fikirkan. Seringkali juga org tidak dpt menerima keputusan yg tidak memihak kpdnya (misalnya naik pangkat) menyebabkan keputusan saya dianggap sebagai satu penganiayaan.
Namun sebenarnya tiada sesiapa yg menganiayai sesiapa melainkan diri sendiri (ada firman Allah mengenainya).
Seperkara lagi (tak kira sesiapa), hendaklah kita cuba mempermudahkan sesuatu urusan/seseorg. Jgn disusahkan benda yg mudah tetapi mudahkanlah perkara yg susah.
Assalamualaikum wrh wbt.
Sbg mana byknya ucapan “…aku dipilih oleh Allah..” sy dengar dr program Muqaddimah di TV9 pg ini, mmg saya rasa “..aku pun dipilih oleh Allah utk dengar cerita seperti ini..”. Sy sdg menaip dan membelakangi TV pg td, bila tgk TV, mmg saya tak pernah nampak penceramah ini. ini bukan ceramah, tapi kisah pergi haji.
Ok, sy bangun dan mengadap TV, “..sapa nie yer..???” TAHNIAH 10K x Prof!!. Sy mungkin ke berapa juta rakyat di dunia nie yg baru mengenali Prof. Cerita tak sampai 1/2 jam saya dengar itu saya susuli dengan search kat Yahoo. Sy akui saya amat ketinggalan utk baca tulisan2 blog insan2 celik IT.
Di saat2 konflik dlm diri mula mencetus, serabut di kepala, Insya-Allah, sedikit tips dr penceramah Muqaddimah pg ini membantu sy. Ketika sy menulis ini pun ada sahabat yang sedang dlm proses mempertahankan thesis PhD nya.
Ya Allah!, walau apa pun agamanya, engkau permudahkanlah, kerana dia pernah memudahkan urusan hamba Mu!. Jgn sekali2 engkau berikan kaffarah melalui viva voce ini Ya Allah!!..
Semoga Allah kuatkan diri sy utk beribadah padanya menjelang tiba saat Viva voce saya sendiri dan selagi hayat di kandung badan. “walau apapun caranya jua, engkau mendaki gunung yg tinggi, engkau merentas lautan api, namun tak dpt jua dimiliki, jika tidak kembali pada Allah..” Iman Mutiara- kumpulan Raihan. (saya nak kejar kawan yg br siap viva, byk ker kena tembak??..)
ingat saya pada seorang pakcik yang berpesan…
“tak tolong orang-takpe, jangan aniaya orang”
astaghfirullah…
assalamualaikum
‘kerdilnya diri ini’ apabila baca artikel ini.
dapat saya muhasabahkan diri ini supaya sentiasa menghulurkan bantuan tanpa menunggu balasannya
salam ziarah prof.
Apa indicator kehidupan seseorang itu signifikan?
salam prof.
sy sgt terkesan dgn ape yg prof kongsi di blog prof ini..sy baru mdpt info psl blog ni sbnrnyer, dan sy sgt teruja nk lihat blog prof krn pnh mdgr perkongsian perjalanan haji prof di astro..sy baru bekerja selepas grad bulan june yg lalu dan sy product uitm:)
jadi, tulisan2 prof mengenai alam pekerjaan dn hidup ini sgt membantu sy utk menaikkn smgt bekerja..syukran..semga sy dpt berkgsi ilmu bersama prof
Macam mana agaknya kalau Prof jadi Perdana Menteri Malaysia ya?
))) Saya pasti sokong. Undilah Muhd Kamil Ibrahim
))
Salam Prof,
Kita ni kalau tak dapat menyenangkan orang tolong jangan menyusahkan orang.
Contoh: Kalau tak dapat nak membantu ibu ayah di kampung dengan wang ringgit, janganlah asyik buat hal menyusahkan fikiran mereka, menyakiti hati dan tak sudah-sudah menimbulkan masalah kepada mereka.