Salam Prof dan para pembaca yang budiman,
Terlanjur Prof sudah menyentuh isu ini, izinkan saya ingin menambah. Dengan sedikit latar undang-undang yang pernah saya peroleh dan juga pengalaman menjadi peguam syarie yang tak berapa lama (8 tahun), saya banyak kali berhadapan dengan situasi begini dengan anak guam.
Isu isteri bekerja, maka suami tak perlu bayar nafkah sudah lama berlaku. Ramai isteri yang redha dan mengambil pendekatan seperti Puan Eda di atas. Benar, isteri boleh bekerja apabila suami izinkan. Tetapi, pendapatan isteri itu khusus untuk dirinya (suami tak boleh ‘pau’ gaji isteri).
Namun, itu tidak menggugurkan tanggungjawab suami daripada memberi nafkah kepada isterinya. Walaupun suami sudah beli barang-barang dapur dan keperluan rumah, itu masih lagi bukan nafkah diri.
Memanglah, adakalanya rasa serba salah hendak ‘meminta’ daripada suami, apatah lagi hendak menyatakan bahawa nafkah diri itu wajib ke atas suami. Suami akan guna alasan, “awak tu kan sudah bekerja” dan “barang keperluan dapur/rumah semua saya yang bayar”. Suami akan terus beralasan lagi bahawa ansuran rumah, kereta dan sebagainya juga dia yang bayar (misalnya).
Hukum tetap hukum. Nafkah untuk isteri tetaplah hukum juga. Oleh itu, isteri boleh bantu menggugurkan tanggungjawab suami itu (kalau tidak, nanti suami berdosa), dengan mengambil, contohnya, RM50 dan katalah, “bang, ini saya ambil buat nafkah bulan ni. nak beli lipstick” (contoh saja)
Ertinya, boleh ambil sedikit daripada wangnya – buat syarat. Lalu, tanggungjawab suami untuk beri nafkah pada bulan itu gugur.
Ada hadis yang menyebut (saya tak ingat matannya dan nama sahabat). Apabila wanita itu mengadu kepada Rasulullah tentang suaminya yang kedekut, Rasulullah bersabda, ambillah jumlah yang perlu untuk nafkah diri dan juga untuk anak daripada harta suaminya.
Para isteri pula, usahlah minta melebihi daripada kemampuan suami. Kalau suami bergaji kecil, mungkin boleh ambil RM20, nak beli buku (contohnya). Tapi, buku itu haruslah untuk dirinya. Bukan untuk orang lain. Bukan untuk beli barang untuk suami semula. (kalau beli, dan kemudian niat hadiah kepada suami, itu lain cerita).
Wallahu a’lam.
salam Prof,
saya ambil entry ini untuk simpanan ya. Terima kasih.
Thanks for the info
[...] a’lam. di petik dari
rof http://muhdkamil.net/kehidupan/2009/11/11/pandangan-nisah-haron/comment-page-1/#comment-8413 Bookmark and Share: sociallist_ffc82aaf_url = 'http://blogs.iium.edu.my/asakinah/?p=108'; [...]
Prof,
menarik sungguh entri ni. Saya nak ambil dan letak di blog supaya blh berkongsi dgn rakan2 yang lain..ok???
Salam prof…
Saya pun minta izin utk memanjangkan entri ini utk dikongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain… saya akan letak link ke blog prof…
wassalam.
Assalamu’alaikum wbt.
Mohon juga untuk “copy paste” ke dalam blog saya
wassalam.
Benar. Saya teringat ketika membeli belah dengan suami, suami berkata “Abang belikan kain ni untuk nafkah bulan ini, boleh?” Walhal kain tu hanya RM50. Asalkan cukup syarat, saya rasa tak mengapa..
Salam.
Prof, terima kasih atas pengetahuan ini. Rupanya keredhaan seorang isteri itu tidak mencukupi yea… Saya minta untuk panjangkan maklumat ini pada kawan-kawan yea…
Salam Prof..
Islam itu Indah dan Maha Adil PenciptaNya
Jika kita sentiasa berpegang dan berada di landasan yang betul, tiada konflik yg seharusnya kita hadapi.
Subhanallah.
Prof..
masih ingt saya..anak murid Prof yg selalu mengacau Prof dgn msg2nye…heheheheh(^-^)
dah lama saya tak baca blog Prof..
walaupun dh 2 tahun Prof tinggalkan shah alam, namun ingatan dengan Prof tak pernah padam..
khabar terbaru, saya sekarang tengah praktikal di SUK Kelantan (balik kampung…hehehehehe)
Prof masih segak walau kini dah berkopiah…
you are still handsome,Prof..
assalamualaikum prof,
itulah yg saya lakukan, dimana gaji sendiri guna beli belah diri sendiri dan niat ia adalah sebahagian nafkah dari suami.
**saya nak copy artikel diatas letak di blog saya sebagai rujukan masyarakat diluar sana***
terima kasih
Prof,
perkongsian cerita dan pendapat yang amat bernas. terima kasih. mohon kebenaran utk sy cut paste dalam blog saya ok.
Prof,
Terima kasih kerana mengangkat komen saya di dalam entri terdahulu, sebagai entri. Mohon maaf atas kelemahan penjelasan saya. Semoga ada manfaatnya untuk semua.
Salam,
Nafkah memang wajib diberikan kepada isteri walaupun isteri bekerja atau juga isteri banyak harta dan kaya.
Namun ia tidak perlu berakad di dalam memberi nafkah. Buat masa ini saya belum berjumpa firman Allah SWT dan hadith mengatakan perlunya berakad ketika memberi nafkah kerana nafkah itu perbuatan dan niat dan tidak semestinya lisan. Jika ada mohon kongsikan dengan saya.
“Dari Aisyah bahawasanya Hindun bin Uthbah pernah bertanya kepada baginda Rasulullah : Hai Rasulullah, sesungguhnya Abu Sufiyan adalah orang kafir. Ia tidak mahu memberi nafkah kepadaku dan anakku, sehingga aku mesti mengambil daripadanya tanpa pengetahuannya. Maka Rasulullah SAW bersabda : Ambillah apa yang mencukupi dirimu dan anakmu dengan cara yang baik.
Apa yang mencukupi dirimu dan anakmu itu adalah termasuk makan dan minum.
Di dalam hadith yang lain Rasulullah Saw bersabda:
“Ketahuilah bahwa, hak mereka atas isteri dan anak adalah supaya kalian berbuat baik kepada mereka dalam hal memberikan pakaian dan makanannya (nafkah).” [HR. Tirmidzi].
Maka jika isteri menganggap sendiri apa yang suami berikan seperti membayarkan apa yang dimakan isteri itu sebagai nafkah, maka ia sudah terlaksana. Termasuk membeli semua keperluan dapur untuk di makan serta tempat tinggal untuk didiami dan sebagainya.
Ia tidak sahaja khusus seperti yang tertera di dalam artikel di atas di mana pembelian keperluan dapur tidak termasuk sebagai nafkah isteri. Pembelian barangan dapur dan sebagainya juga dikira nafkah kepada isteri dan anak-anak kerana akhirnya ia akan pergi ke individu juga.
Untuk difahami dengan mudah: Beli beras. Akhirnya isteri dan anak akan makan dan menjadi milik peribadi nasi yang masuk ke dalam perut masing-masing.
Bayarkan duit kereta isteri juga nafkah kepada isteri kerana ia keperluan isteri.
Nafkah akan terlaksana apabila masing-masing faham bahawa suami memberi nafkah di dalam apa jua bentuk dalam kategori nafkah zahir kepada isteri. Ia juga seharusnya mengikut kemampuan suami bukannya mengikut hawa nafsu.
Perkahwinan itu adalah hidup persefahaman suami isteri. Selagi isteri bersetuju sesuatu itu diberikan sebagai nafkah, maka ia sudah terlaksana.
Riwayat Abu Masud Al-Badri ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya seorang muslim, jika memberikan nafkah kepada keluarganya dan ia mengharap pahala darinya, maka nafkahnya itu menjadi sedekah baginya. (Shahih Muslim No.1669)
Jiwa Positif Hidup BerTuhan
Fuad Latip
mohon untuk disebarkan dalam info al-kuliyah kami.
Salam,
Saya amat bersetuju dengan Fuad Latif tetapi saya sebagai seorang hamba yang lemah dan naluri seorang wanita adakalanya tetap mengharapkan nafkah yang berupa RM…walaupun ada duit gaji sendiri. Tapi apa2 pun kena redha meredhai untuk kesejahteraan dunia akhirat…InsyaAllah…
Salam sejahtera,
Cuba renung kenyataan ini: “Ia berlalu begitu sahaja tanpa pun ada perbincangan antara suami dan isteri”
Suami membuat andaian yang isteri redha…
Salam kembali,
Cuba renung kenyataan ini: “Ia berlalu begitu sahaja tanpa pun ada perbincangan antara suami dan isteri”
Suami membuat andaian yang isteri redha…
* * * *
Memetik kembali komen Prof MKI. Perkara ini selalu diambil mudah oleh sesetengah pasangan (take for granted).
Bayangkan : setiap bulan suami beli barang keperluan dapur, untuk dimakan suami, isteri, anak-anak. Kalau ada pembantu rumah, dia pun akan diberi makan sama.
Semua itu dinamakan nafkah untuk anak dan isteri. Oleh sebab, pembantu rumah tadi sebagai pekerja di dalam rumah. Dia tetap mendapat gaji setiap bulan walaupun dia juga dapat makan di dalam rumah yang sama.
Bandingkan: menjadi isteri bukanlah suatu kerja bergaji (tidak disebut dalam akad semasa berkahwin), tetapi sebagai isteri dia cuma dapat makan minum, dibayarkan kereta dan sebagainya.
Lantas, bezakan kedudukan isteri dengan pembantu rumah tadi. Wajar sangatlah, jika isteri juga diberikan suatu bentuk pemberian mengikut kemampuan suami (bukan ikut hawa nafsu isteri) sebagai sesuatu yang menggembirakan hati isteri kerana statusnya sebagai isteri.
Sebab itu, di dalam hadis yang disebutkan oleh Sdr Fuad Latip, isteri boleh ambil daripada harta suaminya sekadar cukup untuk keperluan. Isteri juga manusia yang ada kehendak dan keinginan. Isteri bukan malaikat yang hanya cukup dengan makan minum dan dibayarkan ansurannya.
Untuk membayar nafkah, saya fikir suami boleh berkreatif. Yang penting, isteri faham kedudukan suami dan redha menerima satu jumlah yang wajar atau satu barang yang dibelikan suaminya. Nafkah yang tertunggak adalah hutang. Jika tidak selesai di dunia, akan ditanggung sampai di SANA.
Benarkah isteri mampu redha dengan apa yang telah diterima selama ini?
Saya doakan semua pasangan di dunia ini mampu untuk hidup dengan penuh persefahaman dan saling berbincang untuk menyelesaikan setiap perkara.
Marilah kita cari jalan terbaik di dalam hidup berkasih sayang.
Wallahu a’lam.
owh,macam tu
dah semakin faham…
trimas pasal entry kali nih
senang2 singgah blog saya yer
Assalamualaikum
kalau seseorang itu tahu tanggungjawabnya kepada Allah, insyaAllah dia juga akan tahu tanggungjawabnya kepada orang lain (suami/isteri/anak2/ibubapa/rakan/…..dll). Cuma kadang2 manusia ni cuma sibuk fikirkan apa hak dia, tapi tak fikirkan apa tanggungjawab dia.
Terimakasih kepada Pn.Nisah Haron kerana memberi penerangan yang cukup mudah untuk difahami tapi besar nilainya di sisi hukum Islam.
Prof,
mcm kes saya..semua gaji saya… hatta tak tinggal walau satu sen pun… disumbangkan utk semua keperluan… bayar rumah, hutang ptptn suami isteri, allowance parents dan ibu mertua… belanja dapur… semua yg mampu di bayar dengan gaji saya.. yg tak dpt nak cover tu.. from gaji isteri skit.. and balance gaji isteri semuanya utk saving family… mcm tu kira mcm mana yer?
Salam sejahtera,
Buat suami – isu yang saya cuba kemukakan ialah sikap tidak peduli, tidak ambil kisah dan yakin pada diri sendiri tentang nafkah pada isteri. Bagaimanapun ramai suami yang bercerita saya buat itu, saya buat ini, saya bayar semua, duit habis licin……
Emmmm…. bincanglah dengan isteri…. metodologinya pelbagai… janji dua-dua bersetuju. Akhirnya berkomunikasi!
Salam Prof dan Puan Nisa,
Mohon untuk saya panjangkan entry ini untuk renungan bersama.
Semoga ada manafaatnya….terima kasih.
Salam Prof dan Puan Nisah,
Saya mempunyai seorang kawan yg berada dalam situasi yang berikut.Dia mahukan penjelasan supaya suaminya tidak berdosa tanpa disedari berkaitan dengan nafkah isteri ini.
Macam mana dengan isteri yg bekerja tetapi dgn rela hati menyerahkan semua duit gaji kepada suami untuk urusan rumahtangga kerana beliau memahami bahwa gaji suaminya seorang tidak mampu memenuhi semua keperluan asas sebuah keluarga. Beliau hanya memperuntukkan duit gaji sendiri untuk makan, tol dan minyak kereta ke tempat bekerja sahaja. Beliau telah redha untuk mensedekahkan duit gaji beliau untuk keluarga dan tidak meminta nafkah setiap bulan seperti yg disarankan Puan Nisah. Bagi beliau, suami telah menyediakan nafkah dgn menjaga semua keperluan makan minum isteri dan anak, menyediakan keperluan2 asas yg lain. Adakah berdosa seorang suami kerana tidak memberikan nafkah khusus kepada isteri seperti menghulurkan duit sebanyak RM5O setiap bulan utk keperluan peribadi isteri? Apakah itu juga dikatakan sebagai nafkah yg tertunggak setelah berbelas2 tahun berkahwin tanpa pernah suami melafazkan inilah duit nafkah untuk bulan ini?
Mohon maaf. Beliau hanya musykil kerana sebelum ini beliau tahu bahawa duit gaji isteri adalah hak isteri tetapi sekiranya isteri dgn rela hati bersedekah untuk keluarga dan suami, maka tidak berdosa ke atas suami tersebut.Tetapi baru pertama kali ini beliau membaca komen Puan Nisah berkenaan nafkah khusus ini.
Saya mohon penjelasan Puan Nisah dan mungkin juga rakan2 yg lain yg lebih mengetahui utk clarify this things supaya tak adalah kaum suami yg berdosa tanpa sedar.
Terima kasih.
Assalamualaikum,
Pandangan Saudara Fuad Latip sangat jelas dan menarik. Ramai yang tidak tahu maksud dan definisi sebenar nafkah dalam perkahwinan. Elok juga kalau ada mereka mahir dalam perkara ini memberi pandangan untuk kita sama-sama belajar.
Salam, janganlah begitu berkira. Di zaman ini Allah mengurniakan banyak kemampuan kepada kaum wanita, dan kewangan mereka sudah cukup untuk menampung perbelanjaan satu keluarga. Yang diharapkan adalah suami yang menyanyangi dan bertanggung jawab. Masalah terjadi apabila wanita terlampau mengikut kata hati dan nafsu.
Salam Prof,
Saya mohon untuk “copy paste” entry ini untuk berkongsi dengan kawan-kawan di pejabat.
Salam prof,
gaji saya 2x ganda lebih dr gaji suami tapi Alhamdulillah so far 9 tahun kahwin tak pernah ada issue/conflict pasal kewangan sebab saling faham memahami. Suami tetap beri saya sejumlah wang tiap bulan utk makan minum, sekolah anak anak, rumah, kereta dan biaya lain ikut kemampuan dia. tapi setiap urusan, dia tetap beri portion dia walaupun sedikit. Saya akan top-up dimana perlu dan tambah dgn duit saya sekiranya saya mahu yang lebih baik, termasuk urusan insuran, simpanan,umrah dan haji utk kami berdua. kos balik kampung rumah mak ayah saya, holiday dan baju raya saya dia insist keluarkan wang dia utk saya walaupun serendah RM10. bagitulah juga utk hadiah harijadi kami sekeluarga.dia keluarkan apa yang dia mampu, saya akan tambah seadanya. yg penting kami selalu bawa brbincang. Syukur Alhamdulillah, walaupun kami tidaklah kaya raya…tapi tak ada kekurangan pun, sentiasa cukup semuanya.
Salam Prof,
Mohon izin “copy paste” entry utk dikongsi.
note: will credit or link it to ur blog.