Beberapa tahun yang lampau saya berkenalan dengan Jamal. Perkenalan yang menjalin hubungan yang berpanjangan.
Malam tadi kami berjumpa di Concorde Shah Alam sebelum beliau berlepas ke Tanah Suci bersama ibu dan isteri. “Mal, berdoa bersungguh-sungguh agar Allah mudahkan hubungan you dengan mak, dengan isteri dan hubungan isteri dengan mak. Ia cabaran biasa bagi mereka yang membawa ibu bersama. Apatah lagi ibu yang berusia 70 tahun”.
Saya berpesan tanpa diminta. “Mal, ramai orang menasihati saya yang pukul 4.00 masih OK untuk pergi ke masjid. 30 minit sebelum waktu subuh. OK tetapi mereka akan dapat apa yang patut mereka dapat dengan jangka waktu tersebut.
Bayangkan jika kita sudah sampai di masjid pada jam 2.00 pagi, 40 minit untuk tawaf, bersolat sunat yang berselang-seli dengan doa dan munajat hanya tinggal 1 jam 50 minit sebelum subuh. Ia masa yang singkat. Di Mekah, kita tidak terasa masa bergerak perlahan. Buatlah yang terbaik!”.
Musim haji adalah musim yang memberi ingatan manis kepada ramai orang. Saya tidak terkecuali. Malah ia semakin segar dengan rasa syukur yang mendalam. Dengan izinnya, saya mengenal erti kasih-sayang Dia yang Maha Berkuasa.
Di celah-celah perjalanan harian, saya terkenangkan Mak dan Abah. Sudah 3X saya membuat panggilan kepada mereka: “Mak sihat?”. Saya terdengar suara ceria di hujung ganggang. “Abah sihat?,” pada hari dan panggilan yang lain. “Abah dengan mak sihat. Jangan risau Mil, kirim salam pada yang lain”.
Kami doakan agar semua jemaah haji mendapat yang terbaik di sisi Allah.
Salam,
Semoga kita sentiasa dibawah lindunganNya. Alhamdulillah, pagi ini saya sempat bersama Prof dalam Muqadimah. Alangkah bertuahnya kalau saya dapat mengalami hal yang sama macam Prof dipermudahkan dalam mengerjakan haji. Masa mengerjakan umrah baru-baru ini, kedua orang tua saya ikut sekali, memang doa sentiasa saya panjatkan kepada Allah supaya saya dapat menjaga mereka sebagaimana mereka menjaga saya. Alhamdulillah Allah permudahkan walaupun semasa di Madinah, semalaman saya mengelilingi Masjid Nabawi bagi menjejaki abah yang sesat sejak asar lagi. Tapi Allah lebih mengasihi Hambanya ynag bersabar.
Assalamualaikum
Berkesempatan menonton muqadimah pagi ini.
Prof begitu bersemangat. Tersentuh hati dengan doa2 Prof walaupun
telah membaca di THMSI.
Sayang sungguh, 16 hb nanti tidak berkesempatan menonton Prof
sebab akan menghantar mak ke Senai.
assalamualaikum prof,
berkaitan dengan haji ini, hati saya tidak sabar untuk ke sana, entah kenapa tahun ini semangat untuk ke sana berkobar-kobar dan awal tahun lagi kami (suami isteri) tekad untuk menyimpan ke TH untuk pergi menunaikan haji.
bulan lepas prof bagi ceramah di uitm pahang, bertambah lagi semangat saya untuk ke sana dan sekarang ini saya dlm proses pembelian (online) dengan PTS buku Travelog Haji, tak sabar saya untuk membacanya. semoga menambahkan lagi pengetahuan saya dalam menunaikan fardhu haji ini .
wassalam
Salam Prof,
Sudah 2 hari saya berkesempatan mengikuti rancangan ‘Muqadimah’ di TV 9, alhamdulillah.W’pun saya telah membaca 2 buah buku karangan Prof dan juga mendengar ceramah Prof di Mesjid Seb. Jaya, Pg, tidak ada rasa jemu/bosan untuk terus mengikuti ceramah nasihat Prof. Syahdu dan menitiskan air mata…Benar kita insan yang kerdil dan jahil…
Rasa bersemangat berkobar-kobar untuk menjejakkan kaki ke sana, menjadi tetamuNya.
Doakan semoga saya dan juga saudara-saudara kita yg lain berkesempatan menunaikan rukun haji yg ke 5 ini. Amin.
YA allah,selamatkanlah mereka yang pergi haji dan kami di sini dunia an akhirat.
Aduhai tak tahan sunguh berbicara pasal haji ini…rasa nak terbang ke mekah madinah sekarang juga
Didoakan mereka yang naik haji dapat haji mabrur. Amin….
Salam Prof…
semoga Prof & keluarga berada di bawah lindungan Allah…
Sya bersyukur kehadrat Allah dgn izinNYA pd tahun ini, emak sya dpt menunaikan Haji wlaupun dlm keadaan kelam kabut krn panggilan ke tanah suci mengejut. hanya dlm masa 3 hari, kami membuat persiapan emak…
Alhamdulillah pd 1Nov, emak selamat berangkat ke Tanah Suci dan sekarang emak tlh berada di Tanah Suci Mekah.. hanya menunggu saat-saat untuk menunaikan rukun yg wajib… semoga emak akan diberi petunjuk yg sebenar-benarnya…..
Emak tidak berapa sihat, batuk-batuk dan serak-serak suaranya.. Alhamdulillah setiap hari sya dpt berhubung dgn emak tercinta.. semoga Allah memberi perlindungan buat emak dan dipermudahkan urusan haji emak…juga para jemaah haji, smga sgla urusan dipermudahkan dan mendapat Haji Mabrur…
Buat shabat Prof, saudara Jamal & keluarga semoga kalian selamat menunaikan ibadah haji dan dipermudahkan sgla urusan oleh Allah dan mendapat Haji Mabrur…
Prof, sya terlalu teruja agar dpt bertemu dgn Prof krn dpt bertanya banyak persoalan…
Bolehkah Prof memberi tunjuk ajar bagaimanakah doa yg sebaik-baiknya yg dipohon untuk jodoh? Dan apakah ayat puji-pujian yg terbaik? tlh banyak ikhtiar yg sya lakukan untuk jodoh tp sampai hari ini masih blum termakbul…
harap Prof dpt memberi tunjuk ajar kpd sya… Wasalam…
Salam Prof…
semoga Prof & keluarga berada di bawah lindungan Allah…
Sya bersyukur kehadrat Allah dgn izinNYA pd tahun ini, emak sya dpt menunaikan Haji wlaupun dlm keadaan kelam kabut krn panggilan ke tanah suci mengejut. hanya dlm masa 3 hari, kami membuat persiapan emak…
Alhamdulillah pd 1Nov, emak selamat berangkat ke Tanah Suci dan sekarang emak tlh berada di Tanah Suci Mekah.. hanya menunggu saat-saat untuk menunaikan rukun yg wajib…