Debaran Sang Kancil

BMW520i 1984

BMW520i 1984

“Mama, kalau dapat anugerah Dekan, boleh tak [tidak] bawa kereta BMW Atuk semester depan?,” soalan melalui SMS yang dihantar oleh anak bujang kami di UiTM Pulau Pinang.

Alasan beliau jelas. Semester hadapan kesemua pelajar semester dua tidak akan diberi kemudahan hostel. Mereka terpaksa menyewa di luar.

Saya tidak fikir Azrai berhajat untuk membawa BMW yang sudah lama tersadai di belakang rumah Abah. Ia kereta buatan tahun 1984 yang saya beli [nota: duit abah] semasa belajar di Dundee, Scotland. Kereta tersebut masih utuh, bergaya dan jarang meragam. Tinggal lagi ngaumannya boleh menyebabkan Gunung Ledang terbelah dua.

Ia tinggal terbiar kerana apabila saya dilantik sebagai Pengarah Kampus kami mempunyai lebihan kereta. Saya dibenarkan memiliki Perdana UiTM. Pada ketika itu saya memandu Wira dan Roza mempunyai Naza Ria. Saya hadiahkan kereta Proton Wira [nota: yang baru dibeli sejurus selepas tidak memegang jawatan pentadbiran] kepada Abah dan Mak. Kereta baru yang lebih selesa untuk mereka berulang-alik.

Kemudian, adik bongsu saya mengembalikan Sang Kancil yang dibeli ketika beliau belajar di UIA. Kenapa? Setelah bekerja – suaminya – menghadiahkan VIOS. Emmm… tentu lebih baik dan menarik walaupun Kancil itu baru berusia 2-3 tahun.

Sang Kancil

Sang Kancil

Hati saya berdetik: “Minta BMW, kehendak sebenar adalah Sang Kancil”.

Tentu sekali saya sangat berdebar untuk membenarkan permintaan ini. Adakah ia benar-benar diperlukan? Apakah kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika permohonan ini diluluskan.

Debaran seorang ayah!

26 Responses to “Debaran Sang Kancil”

  1. malimputih says:

    Salam Prof,

    Bertuah anak-anak sekarang. Memang patut Prof berdebar untuk meluluskan permintaan anak!

  2. YatiB says:

    Saya teringat satu cerita di IPT tempatan. Seorang ayah datang ke fakulti semata-mata untuk menanyakan kebenaran yang keperluan kereta di kampus. Kalau tak silap, anak tu kata memang perlu. Kasihan dan sedih dengan situasi ini. Anak meminta, tanpa memikirkan keadaan keluarga atau kerana desakan kehidupan.

    Ini kerana semasa kami belajar, saya rasa seronok sebab semua kawan-kawan sama-sama dengan saya untuk jalan kaki atau naik bas ke mana-mana. Tanpa saya tahu ada antara anak pemilik kilang, anak pengarah eksekutif bank dan anak mufti dan lain-lain. Kami seolah-olah tiada perbezaan darjat sebab semua anak miskin dan kaya semua jalan kaki dan menggunakan bas. Contohnya kawan saya, anak pemilik kilang perabot, semasa saya melawat beliau, rupa ayah memang menhadiahkan kereta tapi tak digunakan di kampus, beliau sanggup jalan bersama-sama kami. Tak pasti, kenapa beliau tidak membawa kereta tersebut ke kampus. Tapi bagi kami anak-anak orang miskin rasa seronok dan tak terasa tersisih. Sebab pengalaman anak sedara saya di sekolah asrama, rasa tertekan dengan kehidupan anak-anak orang kaya (biasalah semua ada), sedangkan beliau tidak mampu memilikinya. Ianya menjadi konflik dalaman.

    Tapi senario amat berbeza pada masa skrg, saya sendiri menjadi pensyarah di IPT, mendapat ramai siswa-siswi kita sekarang mempunyai kenderaan sendiri..samada motor atau kereta (mungkin di beli oleh keluarga mereka). Situasi, suasana dan keperluan yang berbeza.

  3. crew says:

    salam prof
    mungkin boleh galakkan anak prof itu berbasikal sahaja ianya murah, jimat, mudah, dan ‘cool’…

    prof kereta bmw 1984 tu tak mahu jual ke? kalau nak dijual, saya berminat….

  4. Kajol says:

    Salam Prof,

    Teringat nostalgia silam ketika menuntut di UPM, berjalan kaki berulang alik ke dewan kuliah, ke ladang, pusat tapak semaian dll. Ke hulu ke hilir, membibit fail, cangkul dll peralatan ladang. Tapi cukup membahagiakan-mau taknya, macam Pahlawan Cangkul lagaknya. He he. he…Abah x mau belikan motorsikal, takut panjang langkah……

    Anyway, anak-anak sekarang cukup bertuah sekarang, mungkin sudah lumrah tuntutan alam, keadaan telah berubah..
    Saya juga kadang-kadang terkedu bila anak-anak meminta itu dan ini, sedangkan di zaman kita dulu, tidak pernah terlintas di hati untuk meminta dari kedua ibubapa kita….
    Benar-benar berubah……

  5. sab2 says:

    Prof,
    Salam pagi Jumaat…ingin berkongsi pengalaman sendiri, 3 anak (diberikan kereta, bukan motorsikal) yg menuntut di IPT tempatan:

    1. Sebagai tanda syukur, hadiah /motivasi untuk anak2 terus berjaya (di atas sedikit rezeki lebih yg dikurniakanNYA) – kerana kami tidak menikmati kemudahan serupa itu dahulu;

    2. Memastikan mereka tidak ada alasan untuk tidak balik menjenguk kami setiap minggu (kerana IPT dalam Lembah Klang), jika tiada kuliah /aktiviti kampus;

    3. Memberi kesempatan mereka membantu rakan serumah /sebilik /sekuliah (yang diperkenalkan kepada kami) dalam kemudahan pengangkutan untuk aktiviti2 kuliah /kampus;

    APA KESAN utama apabila telah berkerjaya dan berkeluarga?
    a. tiga nilai yang terapkan itu menjadi amalan;
    b. tahap mobiliti diri lebih bebas & berkeyakinan (berbanding dgn anak sulung yang tidak berkesempatan menikmati kemudahan yg sama kerana menuntut di luar negara).

    …itu cara sayalah (mendidik anak): Beri jika ada, kawal dimana perlu!

    salam hjSab2

  6. aliff says:

    Salam,
    Prof. Muhd. Kamil,

    Zaman saya belajar dahulu, kalau tiada bas komuter dari desasiswa, maka berlarilah kami ke kelas/dewan kuliah. Iyelah, duduk desasiswa tentera paling jauh dari bangunan kelas dan pentadbiran. Nak menangis rasanya kerana pusat pengajian terletak di atas Bukit Minden! Tahankan aja. Masuk kelas dengan baju basah disimbah peluh perkara biasa.

    Duit jadi askar simpanan disimpan berdikit-dikit selepas ditolak belanja mengurus diri. Mak ayah tak mampu beri belanja kerana sawit sedang ditanam semula (nasib anak Felda). Akhirnya beli sebuah basikal bukit berharga rm250. Sampai dengan tnc pun saya buat berlumba ha!ha! (waktu turun dari Bukit Minden selalulah terserempak kenderaan beliau keluar dari canselori).

    Rupanya pengalaman berlari dan berbasikal menjadikan saya lebih keras hati dalam mencapai cita-cita. Kini basikal diganti motorsikal dan kereta. Susah dahulu senang kemudian!

  7. rohani says:

    Salam,
    Anak zaman sekarang. anak saya pun begitu, macam2 alasan diberinya.

  8. Wati says:

    Assalamualaikum

    Pening juga kepala nak menangani anak remaja ni.

    Mungkin juga memang betul-betul perlu.

  9. Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Zaman saya belajar dahulu (7 tahun lalu), saya hanya berani meminta motosikal daripada abah. Saya percaya zaman sebelumnya, mahasiswa hanya mahukan basikal atau meminta wang saku lebih sebagai tambang bas. Kini sudah maju dengan meminta kereta. Entah-entah pada masa akan datang, mungkin ada yang meminta pemandu kereta pula.

  10. IbnuAbas says:

    Salam

    Erm… jalan terbaik ialah buat istikharah Prof.
    Kalau Prof tenang apabila hendak menyerahkan kereta Kancil tu nanti, insyaAllah itu keputusan yang terbaik. :)

  11. rahamah says:

    salam Dr

    Kalau BMW tu tak nak guna, juallah kat kami ngan harga kebajikan. Kat umah ada 1 1978 kawan punye…….masih utuh lagi……esok rindu-rinduan boleh jugak tengok2……

  12. Salam Prof,
    anak sulung sy pun mcm anak prof jgk,sem akan dtg dah tak boleh tinggal di asrama,tu yg sy bimbang…tp bila pk2 balik kebimbangan sy sampai bila..sblm sambung belajar anak sy pakai wira lama abah nya,sb takut tgk remaja2 yg bwk motor ni…bila dpt sambung belajar,rasa nya pihak U tak benarkan studen baru bwk kenderaan…
    tp disebabkan sem akn dtg kena ada kenderaan sb rumah sewa jauh dari U..dimintanya moto tp dlm hati nk bwk kereta wira abhnya…

  13. Eda says:

    Salam Prof,
    Kalau saya; saya bagi guna BMW yg dah lama tu… Nanti sure takde girlfriend nak tumpang… hehehehe… :)

  14. tuty says:

    bijak..bijak..hehe
    Pandai Azrai berkias

  15. Shakila says:

    Di kampus UiTM seksyen17(fakulti pendidikan berkongsi dgn intec) , student biasanya letak kereta di kawasan apartment berhadapan dengan kampus. Sang kancil saya yang barusia 11 tahun selalunya akan tertunduk2 malu bila duduk sebelah BMW, Vios berkilat2 budak2 intec yang muda remaja ,baru tamat sekolah, sedangkan tuan kancil tu cikgu tua yang dah kerja bertahun-tahun yang sedang cuti belajar separuh gaji.

  16. lina says:

    penting juga kenderaan utk ulang alik kelas,library, cari makanan,kedai fotostate, aktiviti, balik kampung.Saya rasa dia bijak nak menfaatkannya. Boleh buat pahala pulak tolong angkut kawan2 serumah pi kelas. Sekali sekala apa salahnya bawa makwe. Kalau naik motorsikal lagi bimbang.

  17. nWAR says:

    student kalau ada transport langkahnya panjang sikit. tambah pulak uitm pulau pinang. keliling uitm tersebut terdapat banyak shopping complex. itu baru di kawasan seberang perai. blm dikira di bahagian pulau. kita bukan sengaja nak menyusahkan student tapi nak mengajar mereka bersyukur dengan apa yang mereka miliki. bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

  18. cikMilah says:

    kalau diambil kira lokasi kampus induk dengan kampus kejuruteraan yang agak jauh, dengan kawasan rumah sewa.. mmg patut Azrai dapat kereta. ehemmm.. bagi nombor plate, saya tolong pantaukan. hehehe

  19. SifuPTS says:

    Beri salah, tidak beri pun salah……….

  20. hehe… erm…sulit juga nie, ada byk baik dan buruknya… prof lbh mahir

  21. Dato' Zakee says:

    Saya rasa Prof. mampu memberikan lebih dari Kanncil. Kalau Azrai mampu buktikan kebolehan akademiknya, apa salahnya dihadiahkan sebuah kereta (baru lagi baik). Rezeki Prof. pun rezeki anak-anak juga.

  22. rizal says:

    jgn bagi. jgn…

  23. misi says:

    salam,

    agaknya kaki Azrai akan bertambah panjang kut. :D

    bagi dengan bersyarat. bolehkan?? :(

  24. ems says:

    dua2 ada baik atau buruknya..cuma kena selalu peringat maklumlah anak2 muda

  25. ex mpp uitm says:

    bagi saya..perlu… bukan mudah nak kehulu kehilir tanpa kenderaan… lagipula.. bila memikirkan perlu naik bus untuk ke kelas (terutama awal pagi/waktu hujan/ terik matahari).. terus berlenggeng.. sambung tdo.. hahahahahaha…

    pendapat saya : belikan motor.. lebih praktikal.. jimat n mudah. sekrang kancil dah tak jual (yang baru)..dah ditukar dgn viva..

    prof.. belikan! musti! hahahahaahahaha….

    ps: saya pakai kancil turun temurun.. mak kata.. sumer yang sedang belajar..musti pakai kancil tu…. dari pada kakak ..kepada kakak satu lagi.. kepada abang..dan kepada adik sementara.. dan saya.. hahahahahah….

    kini kakak2 dan abang sumer dah berkenderaan sendiri.. segan juga pakai kancil.. but.. what to do… heheheeh

  26. intan says:

    Salam,

    saya pernah terbaca “didiklah anak mengikut zamannya, bukan mengikut zaman kita”…. [x silap saya, kata2 saidina omar, kalau salah sila perbetulkn!] tapi yg penting bg saya… apa niat kita.

    saya dulu pn, arwah ayah belikan motosikal… terima bebyk…

Leave a Reply