Tauliah

“Prof, bagaimana kalau prof ditahan kerana berceramah tanpa tauliah?”

Tauliah untuk ceramah agama. Saya tidak pernah berceramah ugama [nota: kalau ugama ditafsir daripada sudut yang sempit] tetapi lebih kepada motivasi diri.

Saya bercakap berdasarkan dua naskah yang telah dihulurkan kepada khalayak iaitu, Travelog Haji dan Travelog Dakwah. Tidak lebih dan tidak kurang. Saya konsisten.

Di satu masjid, saya dijemput untuk memperkenalkan diri. Diberinya masa hampir dua jam. Hadirin ketawa dan saya senyum simpul.

Kalau saya tidak dibenarkan bercakap di masjid, saya akur. Jemputlah saya di dewan. Saya gemar dan boleh bercakap di auditorium atau di ballroom.

Akhirnya, saya hanya bercakap bila dijemput. Penguasa tidak akan terus membuat tahanan. Jika saya diberi amaran, saya akan minta maaf dan berhenti bercakap. Biar saya uzlah dan tumpukan perhatian kepada penulisan.

Mudah-mudahan tidak begitu. Terima kasih kepada yang prihatin.

5 Responses to “Tauliah”

  1. ayahzain says:

    Salam Proff,

    Semoga Proff terus memberikan motivasi kepada mereka yang menjemput Proff. Kami diluar ini amat-amat menghargai apa yang Proff lakukan sekarang ini. Proff mengingatkan kami sebagai hamba yang telah diciptakan oleh Allah swt. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Proff di dunia dan akhirat.

  2. abu muaz says:

    Salam tuan.Penulisan pun tuan kena hati-hati juga KDN (akta cetak) sentiasa berkeliaran dimana-mana.

    NotaMKI: Ia lebih terkawal berbanding dengan bercakap.

  3. ummumuhd says:

    Salam,

    Syabas Prof, yang penting Prof teruskan perjuangan. Orang suruh ambik tauliah, prof ambiklah walaupun mengembangkan ilmu Allah ni tak payah tauliah2, setiap mukmin ada tanggungjawabnya untuk memperingati yang lain, kalau tak jiwa kita akan kosong dan gersang!

    NotaMKI: Salam sejahtera. Jangan…. saya akan mohon kebenaran khas [walaupun bukan tauliah] untuk saya bercakap di masjid dan surau. Dunia sekarang berbeza. Ada orang tipu PhD, ada orang boleh mencuri di masjid, ada manusia sanggup “sagat” wang masjid dan pelbagai isu lagi yang memerlukan pertimbangan khusus. Itulah meriah zaman kita!

  4. joe pg says:

    Takpa prof. Selangor x bagi, Perak, Penang dan Kedah sanggup terima. Bagitau je bila nak mai. Boleh diaturkan, insya Allah.
    Sebaik-baiknya bg tau awal sikit. Nak bagi promosi sebanyak mungkin

  5. Anonymous says:

    semuga prof terus menulis.

    mencari jiwa yang tenang.

    Ya Allah berilah kekuatan dan ketenangan jiwa pada prof. amin.

Leave a Reply