Minggu yang bermakna

Tiga hari berturut-turut – selasa, rabu dan khamis – saya muncul di TV9 melalui siri Muqqadimmah. Siri yang dirakam lebih sebulan yang lalu sangat saya nanti-nantikan. Mereka membiarkan saya bercakap. Tiada “cut dan semula”.

Kemudian mesyuarat senat di Shah Alam. Lalu saya luangkan masa bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menceritakan tentang kebesaran Allah.

Petang semalam, dalam perjalanan pulang ke Segamat, saya bercakap dengan sekumpulan pelajar MRSM Alor Gajah yang akan menghadapi peperiksaan SPM. Hampir 300 pelajar. 4 hari lagi peperiksaan akan bermula. Mudah-mudahan saya berjaya mengurangkan sedikit tekanan menjelang saat-saat hampir tersebut.

“Saya suka berjumpa dengan saudara-saudari. Bagaimanapun saya terasa sedikit perasaan berdukacita. Kenapa? Pada ketika ini wajah saya muncul di ASTRO Oasis, Saluran 106. Saya tidak dapat melihat saya bercakap di TV. Tak apalah…. saya bercakap dengan saudara-i”.

Mereka bertepuk kuat!

Di antara pesan saya: “apa yang boleh kita lakukan dalam tempoh empat hari? Berdoa! Mari saya ceritakan kebesaran Allah melalui doa-doa yang dimakbulkan….”

Menunggu untuk Bergambar

Menunggu untuk Bergambar

MRSM Alor Gajah

MRSM Alor Gajah

Usai di MRSM, saya bersegera ke Surau Al-Islah, Cheng, Melaka. Kami sampai awal dan sempatlah saya melelapkan mata 10-20 minit untuk mengumpul kembali tenaga. Saya keletihan. Kemudian saya basuh muka dan kepala, bersalin pakaian dan berehat-rehat di surau sambil berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk saya bercakap semula.

Nun jauh di sudut hati saya memperkuat tekad untuk terus tidak berkira dengan Allah dalam menyampaikan ilmu yang sedikit ini.

Seorang wanita muncul dan bertanya, “Surau ini ada ceramahkah? Saya datang dari jauh untuk mendengar ceramah ini…,”. Saya tersenyum melihat kesungguhan beliau. Berapa jauh? Entah. Mudah-mudahan ia berbaloi dengan perjalanan yang jauh tersebut.

Imam Surau

Imam Surau

Surau Al-Islah, Cheng

Surau Al-Islah, Cheng

“Yang, awak ada di Oasis. Ulangan. Cepat tengok!,” Roza membuat panggilan daripada Puncak Alam. “Alahai Yang… saya dalam perjalanan pulang. Baru habis ceramah”. Roza tahu saya excited untuk menonton Liga Ilmu yang dirakam di Negeri Sembilan. Bukan apa… saya takut-takut ada ucapan saya yang tidak betul, tersalah atau tersasul. Maklumlah ia terlangsung tanpa skrip. Mudahlah untuk saya membuat penjelasan.

Hari ini saya kembali ke Alor Gajah. Ia tugas yang berbeza. Tanggungjawab seorang ayah kepada anak yang baru selesai peperiksaan semester di UiTM Melaka. Saya ingin menjemputnya pulang.

Benar, ia minggu yang sangat bermakna!

8 Responses to “Minggu yang bermakna”

  1. Assalamualaikum Prof.,
    Saya salah seorang jamaah surau al-Islah, Taman Bertam Jaya, Cheng, Melaka. Kami AJK surau amat berteima kasih atas kesudian Prof berkongsi ilmu dan pengalaman keagamaan Prof dengan penduduk Taman Bertam Jaya. Kehadiran Prof amat bermakna kepada saya khasnya dan juga jamaah surau ini. Jazaakallahu khairan kathiiraa …

  2. kakju says:

    Assalammualaikum.Lama tak baca N3 ni ,blk kg.Aah tuan sentiasa sibuk…Ya Allah permudakanlah tuan sekeluaga dan kami dalam segala urusan dunia dan akirat…amin.

  3. Salam Prof,
    Ceramah prof ada saya ikuti melalui Muqadimmah TV9 dan Liga Ilmu Astro Oasis. Sangat berkesan, tersentuh emosi, terbuka minda. Boleh saya katakan prof adalah “One in a Million’.

  4. misi says:

    salam,

    prof semakin terkenal dan menjadi terkenal adalah satu ujian dari Allah.

    berhati hatilah….. smoga prof dalam peliharaan Allah selalu.

  5. UmiUmairah says:

    Salam,
    Prof saya org Alor Gajah. Alangkah baik kalau saya tahu prof ke Melaka lebih awal. Saya akan mengerjakan haji insyaAllah hari Selasa ini 17/11. Setelah membaca Travelog Haji saya begitu ingin menunaikan haji. Alhamdulillah setelah rayuan saya diterima. Lebih tepat rayuan saya kepada Allah. Terima kasih atas buku yang penuh bermakna dan saya bawa buku itu untuk rujukan saya di sana kelak. Doakan saya suami dan mak mertua saya mendapat haji yang mabrur dan selamat pergi dan kembali.

  6. NORIAH BUSU says:

    Assalamualaikum,

    PROF, sepetang saya mencari buku TH:MSI di kedai buku di Temerloh untuk dihadiahkan kepada kakak yang akan menunaikan haji. saya hampir kecewa kerana buku habis. Tapi Allah Maha Mendengar, Allah lintaskan dihati saya untuk menghiubungi seorang lagi kakak di Bandar Baru Bangi minta dicarikan buku tersebut. Alhamdulillah , kakak saya berangkat ke Tanah Suci dengan membawa bersama buku yang belum dibacanya. Moga bermanfaat untuknya.

  7. kajol says:

    Salam Prof,

    Alhamdulillah, saya berkesempatan lagi mengikuti ceramah Prof melalui siri Muqadimah TV9 pada pagi ini, dan juga pada petang kelmarin – LIGA ILMU (Astro Oasis).

    Sedikit sebanyak ceramah nasihat Prof dan pembacaan saya (Travelog Haji, Travelog Dakwah,Tips haji Muda-Dr. Ridzwan Bakar),menjadikan diri saya seorang yg benar2 menghargai masa. Saya benar2 gunakan masa yg ada utk kerja, anak2 dan amal ibadat. Saya tidak biarkan masa saya berlalu begitu sahaja, setiap kesempatan waktu yg ada, saya gunakan sebaik mungkin.

    Benar Prof, Allah Maha Pengasih dan Penyayang. Musibah yg menimpa diri saya, rupanya inilah hikmahnya… Amin Amin, Ya Rabbul Alamin….

  8. Kajol says:

    Salam Prof,

    Alhamdulillah, pagi ini saya berpeluang mengikuti ceramah Prof di TV9. Begitu juga pada petang kelmarin melalui siri Astro Oasis – LIGA ILMU.

    Ceramah nasihat Prof dan juga pembacaan saya (Travelog Haji, Travelog Dakwah dan juga Buku Tips Haji Muda – Dr. Ridzwan Bakar), telah mengubah cara hidup saya. Saya menjadi seorang yg benar2 menghargai masa. Setiap waktu, saya gunakan sebaik mungkin, untuk kerja, anak2 dan juga untuk amal ibadat.

    Benar Prof. ALLAH Maha Pengasih dan Penyayang. Musibah yg menimpa diri saya, rupanya ini lah hikmahnya.Bersyukur saya kepadaNya, diberi kesempatan waktu, mengubah Sempadan Iman saya. Amin….

    ALLAH HU AKHBAR….

Leave a Reply