Cinta dan kampus yang sunyi

Puasa Isnin-Khamis
Kami masih berbuka puasa di Masjid. Semalam giliran saya sekeluarga menyediakan makanan. Wah… kami buat sedikit kejutan. Berbuka dengan pisau dan garfu!

Roza menyediakan Roasted Beef, Lagsane, Kentang Rebus dan Coleslaw. Alhamdullillah, meskipun tanpa siswa-siswi kegiatan berbuka di masjid masih diteruskan pada setiap Isnin dan Khamis. Staf yang tinggal di dalam kampus nampak ceria dan bersemangat untuk terus solat berjemaah dan berbuka puasa.

Cinta dan Kasih-Sayang

Seorang staf menyambut hari kelahiran semalam. Beliau SMS saya: “Prof doakan saya. Hari ini hari jadi saya”. Saya tahu beliau kecewa kerana namanya tidak termasuk dalam senarai ucapan hari jadi yang saya hantar pada sebelah pagi. Emmm… kenapa tercicir?

Saya memberi ucapan melalui SMS: “Saya belanja makan. Datang ke masjid berbuka bersama saya. Tidak puasa pun tidak mengapa. Hari ini kami masak special”. Beliau menjawab: “Terima kasih prof, hari ini saya berpuasa….”.

Saya simpati kerana beliau dan isteri tinggal berjauhan.

Beliau muncul ketika kami bersiap untuk berbuka. Emmm… beliau tiba bersama isteri. “Prof…. saya berbuka jam 2.30 tadi. Isteri saya datang mengejut”.

Saya tersenyum dan berkata; “You tak ambil time-off?”

Begitulah kasih sayang seorang isteri kepada suami. Sanggup memandu daripada Putra Jaya ke Segamat semata-mata untuk berjumpa suami dan mengucapkan Selamat Hari Lahir. Ia lebih bermakna dengan keadaannya yang sedang sarat mengandung.

Sanggupkah saya melakukan perkara yang sama?

8 Responses to “Cinta dan kampus yang sunyi”

  1. epel says:

    hati isteri prof… :)
    Jika tak keberatan, boleh Prof. update bilangan pelajar yang mendapat 5A UPSR utk sekolah jiran UiTM Segamat tersebut? Terima kasih.

  2. yatie says:

    Prof, maaf jika satement ini akan menyinggung perasaan para isteri/ orang perempuan.

    isteri/ org perempuan lazimnya sayang / cinta suami terlebih2, sanggup buat apa saja, berkorban apa saja. Sebab itu bila ujian melanda, suami ada perempuan lain, nak kahwin lain, para isteri/ org perempuan jadi sasau tak tentu hala.

    Hilang pertimbangan dan rasional. Ada yang jadi gila. lepas tu berdendam dan dendam tu di transfer pula pada anak2 sebab sakit hati punya pasal.

    Masa tu lah nanti, semua benda akan diungkit dari sebesar2 perkara hinggalah sekecil2 perkara. Akhir sekali pahala yang dikumpul selama ini hilang begitu sahaja, sebab semuanya diungkit.

    Pada saya sayang pada manusia berpada2. sayang/ cinta pada Allah harus mengatasi sayang kita pada manusia. sebab Allah selalu ada disisi kita dan menolong kita pada bila2 masa.

    Jika ingn buat apa pun buat sebab kita sendiri yang suka nak buat, bukan sebab lain. Sebabnya nanti tak ada lah rasa terpaksa dan akan terjadi ungkit mengungkit.

  3. kakju says:

    Salam Prof.Terharu kak ju baca N3 ni.Dpt bayangkan mcm mana suami tu,mcm mana isteri tu…Moga Allah beri mereka kesabaran dan kasihsayang yg melimpahruah…Kepada Prof moga Allah sentiasa menambah rezeki dan bahagia keran prof baik dgn semua orang.!Saya cuba belajar jgn bersangka buruk dgn orang…dan sentiasa berdoa utk org lain dan diri kita…

  4. yatie says:

    prof, boleh tumpang sebarkan kursus ni di blog prof. Saya sekadar ingin berkongsi maklumat dengn orang lain. Saya akan hadir kursus ni sekaligus buat liputan.

    ————————-

    Adakah anda merasakan sukar untuk Khusyuk Dalam Solat? Percayakah anda kalau saya katakan bahawa Khusyuk Itu Mudah? Sukar juga saya mempercayainya sehinggalah saya mengikuti Kursus Solat Khusyuk di bawah bimbingan Ustaz Abu Sangkan, penulis buku Best Seller Pelatihan Solat Khusyuk (Buku ini telah diulangcetak sebanyak 11 kali). InsyaAllah Kursus ini akan diadakan seperti berikut:-

    Tarikh : 21 – 22 November 2009 (Sabtu dan Ahad)

    Masa : 9 pagi – 5 petang

    Tempat: Balai Islam TNB, Jalan Bangsar Kuala Lumpur

    Yuran : RM250

    Saya menjumpai buku Pelatihan Solat Khusyu’ oleh Pak Ustaz Abu Sangkan ketika mencari buku-buku untuk pergi menunaikan haji di Mekah pada tahun 2008. Dari perjalanan pergi (dalam kapalterbang) saya mula membaca sehinggalah tempoh saya di sana. Apabila saya membacanya saya mencuba dan saya dapati ada perbezaan. Kembali dari Mekah saya mula menulis blog dan saya dapati apabila saya cuba menyampaikan sesuatu melalui penulisan, ada kalanya saya tidak dapat impart knowledge more than 50% dari apa yang terbuku di fikiran dan di hati saya ketika menulis. Maka ketika itu Allah ilhamkan di hati saya bahawa saya tidak dapat 100% dari Pak Ustaz Abu Sangkan, maka saya bertekad mengikuti kelas beliau di Jakarta.

    Mac 2009, saya dan semua ahli keluarga pergi ke Solat Center Jakarta dan mula mempelajari terus melalui Pak Ustaz, pastinya lebih mudah saya memahaminya dan lebih mudah saya mempraktikkan.. Penghayatan solat saya jauh meningkat alhamdulillah berbanding dari saya melakukannya ketika di Mekah dahulu. Kemudian alhamdulillah kami menjemput Pak Ustaz ke Malaysia pada Julai yang lepas untuk dua hari training dan saya dapati kursus 2 hari lebih memberi kesan dari kursus sehari yang saya hadiri di Jakarta. Selepas itu saya terus menikmati kelazatan solat dan waktu solat adalah merupakan waktu yang ditunggu-tunggu, Sangat indah dan tidak dapat saya hendak menceritakan dengan kata-kata kerana ianya adalah pengalaman dan rasa.

    Kehidupan dan hari-hari yang berlalu selepas itu sangat berbeza dan penuh kenikmatan. Diberikan dan dibimbing Allah menemukan solat yang khusyuk ini antara hadiah yang terbesar dalam hidup saya.

    Sebaik saja kelas berakhir pada 27 Julai yang lepas, peserta-peserta menelefon saya meminta next class lagi kerana mereka tak puas … sangat menyeronokkan dan terkesan di hati sehingga kita tak sedar kursus sudah berlangsung 2 hari. Alhamdulillah … Itulah kami buatkan kursus ini untuk memberi peluang lebih ramai yang mendapatkannya.

    Jom join kursus ini sebab jadual Pak Ustaz Abu Sangkan agak padat. Singapura perlu menunggu setahun untuk mendapatkan Pak Ustaz datang ke sana.

    Salam Ukhuwah
    Nora
    http://www.ummuayman.blogspot.com

  5. yatie says:

    Prof, boleh tak war-warkan kursus ni di blog prof. saya sekadar ingin berkongsi maklumat dengan pembaca. saya akan hadir dan sekaligus buat liputan mengenainya.

    ——————————-

  6. ijoi says:

    satu maklumat yg menarik.

  7. syafiqa says:

    hUH pRof bguS r ciTer ne HRp jD ikTIBar olEH Kaum isTEri Di luAr sANa..

  8. [...] kisah ini. Saya mahu kongsi pada ‘Suri’ dan pembaca. Saya kutip dari laman ini [...]

Leave a Reply