Hidup yang Infiniti

Manusia bersiap secara bersungguh-sungguh menunggu hari tua. Barangkali kita mahu masa tua tidak terlalu bergantung kepada anak-anak. Pandangan umum melihat saat kehidupan tidak kekal. Ia terputus apabila tiba saat kematian. Itulah nokhtah yang difikirkan oleh ramai manusia.

Hakikat sebenar, kehidupan manusia kekal selamanya. Infiniti! Kematian di dunia hanyalah pemisah sementara yang menjadi sempadan laluan yang kekal abadi. Syurga atau neraka.

Mungkin ada yang bermula dengan neraka dan dengan rahmat Allah akan dipindahkan ke syurga. Alangkah beruntungnya mereka yang terus bermula di syurga dan kekal selamanya. Alangkah ruginya mereka yang kekal selama-lamanya di neraka.

Dato Abd Rashid Md Amin [nota: kami berkenalan selepas beliau bertemu saya di Muqqadimmah, TV9] memberi sedikit renungan:

“setiap manusia yang dilahirkan ke dunia – sama ada suka atau tidak – akan didaftarkan oleh Allah SWT untuk ‘hidup’ kekal selama-lamanya. Cuma perjalanan kehidupan ini “berehat” seketika semasa berada di alam barzakh menunggu hari kiamat. Akhirnya manusia dibangkitkan kembali untuk dilaksanakan perhitungan atas amalan baik buruk yang dilakukan di dunia.

“Allah yang menciptakan kamu, kemudian memberimu rezeki, lalu mematikanmu, kemudian menghidupkanmu (kembali). Adakah diantara mereka yang kamu sekutukan dengan Allah itu yang dapat berbuat sesuatu yang demikian itu? Maha suci Dia dan Mahatinggi dari apa yang mereka sekutukan” – Ar-Rum (40).

“Dan kesejahteraan bagi dirinya pada hari kelahirannya, pada hari wafatnya, dan pada hari dia dibangkitkan hidup kembali” – Maryam (15).

“Dan sungguh, (hari) kiamat itu pasti datang, tidak ada keraguan padanya, dan sungguh, Allah akan membangkitkan siapa pun yang didalam kubur” – Al-Hajj (7)”.

Bayangkan bagaimana persiapan kita menghadapi hari tua yang hanya 10-20 tahun sahaja berbanding dengan hidup yang kekal buat selama-lamanya. Nyata ia tidak sepadan!

Pertimbangkan pula maksud firman Allah ini…..

(14) Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.

(15) (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

(16) Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

(17) Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun) [Adh-Dhariyat].

Ia salah satu persiapan yang boleh kita lakukan.

5 Responses to “Hidup yang Infiniti”

  1. benludin says:

    hidup tanpa noktah….

    t/kasih atas peringatan prof…

  2. Honeytar says:

    Salam Prof, seronok baca tulisan2 yg sentiasa mengingatkan saya dengan visi yg nyata! Semuga kita akan sentiasa berada dalam keadaan penuh sedar tentang visi ini. Terima kasih.

  3. misi says:

    salam,

    syukran.

  4. Kak Ija says:

    yes, begin with the end in mind

    jzkk Prof

  5. Aisyah says:

    Salam Prof.,
    Terima kasih atas peringatan, tidak dinafikan sukar untuk bermujahadah, apatah lagi dengan mengorbankan waktu tidur, melawan syaitan yang tidak kelihatan. Semoga Allah mengurniakan kita semua kecekalan hati yang tinggi demi mengejar cintaNya….

Leave a Reply