Saya masih berminat memperkatakan tentang hidup infiniti hasil perbincangan dengan Dato’ Rashid, insan yang tidak pernah saya temui secara bersemuka.
Bayangkanlah bagaimana sesetengah manusia berhempas-pulas ‘berjuang’ untuk bersiap sedia menghadapi hari tua yang hanya 10-20 tahun tempohnya. Mereka yang berkhidmat dalam sektor awam – biasanya – memilih skim pencen berbanding KWSP dengan alasan ia lebih mudah dan selamat.
KWSP itu sendiri merupakan sebahagian daripada simpanan untuk hari tua.
Ironinya, mereka yang berada di alam tua [nota: selepas pencen] akan memperuntukkan hampir seluruh masa yang tinggal bagi melakukan amal ibadat khusus mempersiapkan diri bagi kehidupan infiniti tersebut.
Masa dihabiskan di surau dan masjid, mendengar atau memenuhi majlis ilmu, membaca buku-buku yang merapatkan jiwa dan perasaan kepada Dia yang Maha Berkuasa.
Soalnya, cukupkah amal ibadat yang menggunakan baki kehidupan di dunia untuk membawa diri kepada kehidupan selepas mati?
Di sinilah kehebatan Allah yang memberikan anugerah Kasih dan SayangNya kepada seluruh manusia.
Misalnya, bukankah seluruh perbuatan kita akan dikira sebagai amalan jika kena caranya? Sekadar menyebut contoh mudah, bekerja dengan ikhlas – semata-mata kerana Allah – tanpa melakukan amalan rasuah, curi tulang atau pilih kasih. Apatah lagi jika ia dilakukan tanpa “terlalu sibuk” sehingga melupakan waktu solat lima waktu.
Oppss…. kenapa tidak bersolat berjemaah di masjid? Tidak bolehkah kita berhenti bermesyuarat – sebelum zohor – seketika untuk berimam di masjid? Kemudian, sambunglah mesyuarat tersebut sehingga ke waktu Asar [nota: emmmm..... efektifkah mesyuarat yang sebegitu lama?]
Lihatlah dengan hati dan perasaan. Allah memberikan pelbagai kemudahan/insentif yang akan diambil kira sebagai mempersiapkan diri untuk terus kekal di syurgaNya.
Kenapa fadhilat beramal ibadat bagi mereka yang berkahwin dengan yang bujang berbeza? Kenapa ada hari yang bersamaan dengan 1000 bulan? Kenapa ada gandaan 10X, 100X atau 1000X? Ya Allah, ada yang gandaannya sehingga 100, 000X. Kenapa ada ibadat haji? Kenapa ada doa? Kenapa ada taubat?
Namun jangan pula yang beramal ibadat semata-mata kerana ganjaran. Beramal ibadatlah semata-mata kerana Dia yang sememangnya patut kita sembah. Kita bersyukur di atas nikmat yang telah dianugerahkan kepada kita. Selainnya akan datang mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh Dia yang Maha Berkuasa.
Allah tidak pernah memperkenalkan dirinya kepada sesiapa melainkan kepada yang memohon dan meminta. Tapi juga kepada sesiapa yang dikehendakinya. Allah sentiasa memberitahu, sama ada kekuatan atau kelemahan itu adalah dalam bentuk niat dan diikuti dengan perbuatan. Adakah kita pandai membaca niat sesorang dan perbuatan sesorang? Tapi bacalah.
Hanya Allah sahaja yang Mengetahui Segala-galanya.
Salam Prof,
Syukur, pagi-pagi lagi dihidangkan dengan ’sarapan rohani’ yang amat berkesan di hati… terima kasih, Prof.
Salam,
TQ prof…betul bukan pahala yg kita kejar bila beribadat… tp hanya kerana Allah semata.. kerana Allah sahaja.
Moga kita snetiasa di beri petunjuk untuk mengenal DiriNya Yang Maha Esa dan Maha Pengasih dan Penyayang, Amin…
salam,
tazkirah yang amat menyentuh qalbu.
Assalamualaikum
Terima kasih Prof.
Prof,
Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga setiap nafasmu, setiap langkahmu dan seluruh hidupmu diberkati Allah.