Pendakwah Muda

Saketeriat Pendakwah Muda

Saketeriat Pendakwah Muda

Pendakwah Muda berkumpul di USIM

Pendakwah Muda berkumpul di USIM

Pendakwah Muda

Pendakwah Muda

Semalam saya membentangkan kertas kerja bertajuk Kesedaran Berdakwah kepada pendakwah muda daripada seluruh IPTA di USIM. Menariknya, perjalanan pergi – Segamat-Nilai – hampir dua jam. Pergi balik hampir empat jam. Menunggu majlis 40 minit. Bercakap 20 minit!

Saya pastikan masa saya tidak melebihi 20 minit sebagaimana yang diperuntukkan. Otak saya berfikir, Jika ketiga-tiga ahli panel menepati masa maka mereka yang berada di kawasan boleh bersolat Zuhur berjemaah di masjid yang berhampiran. Saya OKlah… boleh jamak dan Qasar.

Saya nyatakan kepada mereka, pendakwah perlu berdakwah kepada diri sendiri terlebih dahulu. Amal dan cakap. Jangan jadikan dakwah sebagai satu profesyen, bisnes atau punca pencarian. Ia satu ibadah yang perlu dilakukan secara berterusan.

Emmm…. 20 minit yang laju dan pantas!

Saya berdoa agar pendakwah muda ini akan diberkati Allah SWT.

6 Responses to “Pendakwah Muda”

  1. hanila says:

    Salam Prof dan selamat pagi,

    Kagum dengan apa yang Prof lakukan dalam usaha membawa perubahan kepada masyarakat….sesungguhnya tidak semua orang dapat ‘berdakwah’ spt. Prof.

    Semoga Prof terus diberi kekuatan… untuk bercakap selama 20 minit, Prof mengambil masa hampir 300 minit kesemuanya …. Allah s.w.t sahaja Yang Maha Mengetahui…

  2. kakju says:

    Pendakwah perlu berdakwah kepada diri dulu,satu renungan…..muga pengorbanan dan susah payah tuan diberkati…

  3. SifuPTS says:

    Banyaknya pendakwah muda perempuan!

  4. malimputih says:

    Salam Prof,

    Aamak macam mana nak jadi pendakwah, ketepatan masa pun tiada? Kena pergi kursus Wal- Asr dulu kot

  5. sumi says:

    saya seorang guru. saya tak ada kedudukan dan kuasa seperti prof. saya sedang berkira-kira untuk berdakwah di sekolah saya..rasa2 macam dah ada idea. maybe ada idea lain di luar sana?

  6. pendakwah muda.. says:

    salam prof, sy memang teruja nk dengar ceramah secara life aritu,
    selama ni bc buku je..
    tp memang terkesan,

    jazakallah..

Leave a Reply