Ayah oh Ayah

Seorang pelajar membuat rayuan akibat hukuman tatatertib.

“Prof, sekarang ini pun saya telah dihalau oleh keluarga. Saya sangat-sangat menyesal,” antara isi surat rayuan. Dikenakan hukuman merupakan satu isu. Dihalau daripada rumah merupakan isu lain. Benarkah begitu?

Saya membaca rekod peribadi pelajar. Hati tergerak untuk menghubungi kedua-dua ibu bapa beliau. Sayang, panggilan saya tidak berangkat. Lalu saya hubungi kakaknya, penama yang boleh dihubungi ketika kecemasan.

“Benarkah, adik puan dihalau daripada rumah?,” saya bertanya. Beliau menangis sambil berkata: “Saya tidak hairan kalau ayah menghalau dia daripada rumah. Saya pun sudah lama tidak balik ke rumah. Ayah halau saya. Abang dia pun kena tindakan yang sama”.

Di sebelah petang ibunya menghubungi saya. Saya bertanya: “Malam tadi anak puan tidur di rumah?”. “Ya, kenapa?”.

Saya lega. Ia memudahkan saya untuk membuat keputusan.

7 Responses to “Ayah oh Ayah”

  1. yatie says:

    zaman remaja saya memang best iaitu menjurus kepada alam persekolahan, alam universiti. Di rumah tak best tapi di sekolah memang best. At least saya ada pilihan. (entri zaman remaja)

    Jika di rumah tak best, kat sekolah tak best lalu di mana remaja sekarang mencari yang best?

    Saya percaya waktu zaman saya dan sebelum zaman saya, kebanyakan ibu bapa garang2. Anak dihalau dirumah perkara biasa, dipukul juga biasa.

    Walaupun dihalau tapi anak tetap diam di rumah. Saya pernah dihalau dan dicampak baju keluar rumah oleh ibu, bukan sekali tapi beberapa kali atas kesalahan yang sangat kecil. (nota: ibu saya sangat-sangatttttttttttt garang, kalau zaman tu ada teledera, dah lama dia ditangkap :) )))

    Namun anak-anak sekarang jangan dicabar, tidak dihalau pun mereka lari dirumah, inikan pula dihalau.

    Orang ramai sering menyalahkan ibu bapa atas gejala sosial para remaja tetapi saya percaya tiada seorangpun ibu dan ayah mahu anaknya menjadi penyumbang masalah pada negara dan masyarakat.

    Tugas ibu dan ayah zaman sekarang lebih berat daripada zamah dahulu di mana kebanyakan ibu hanyalah suri rumahtangga. Dan saya percaya pendekatan pukul, halau, mengherdik, tidak sesuai lagi digunakan untuk anak-anak zaman sekarang.

  2. `atikah says:

    Assalamualaikum , prof.

    Rasa macam nak tahu sangat bagaimana prof membuat keputusan.
    minggu akhir persekolahan saya menghadapi kes yang serius tentang salahlaku beberapa pelajar. Ibu bapa mereka telah dihubungi. Pelbagai reaksi diterima.

  3. SifuPTS says:

    Salah satu ciri individu yang banyak ‘masalah’ adalah mereka amat pandai story-telling….

  4. Ros says:

    Salam Prof dan pengunjung blog ini. Saya setuju dengan fakta yand Sifu bagi. Saya kerap berhadapan dengan orang-orang begini.

  5. inamohamed says:

    Apa yg menyebabkan pelajar tu dihalau ye? Kurang 5 tahun yg lepas, saya dan suami diuji hebat oleh Allah s.w.t..berkaitan masalah anak remaja skrg. Berlatar belakang pendidikan agama yang baik dan suasana rumah yang harmoni , semua ahli keluarga tidak pernah menyangka samasekali anak sulung saya melakukann apa yg telah dilakukannya.

    Apapun, seluruh keluarga (iparduai, atok, nenek) memberi sokongan moral & tenaga kpd kami utk mengatasi masalah yg dihadapi. Walaupun sedih dan luka dgn apa yg berlaku, kami bermuhassabah diri dan cuba memperbaiki kekurangan kami. Tidak putus2 kami berdoa agar Allah sentiasa melindungi diri kami sekeluarga dari segala musibah. Alhamdullillah, kini anak sulung kami dah matang dan tahu membuat penilaian baik & buruk sesuatu perkara.

  6. yunosh says:

    Salam Prof,

    Sayangkan anak tangan-tangankan sayangkan isteri tinggal-tinggalkan.
    Pukul anak semasa umur di bawah tujuh tahun bukan anak umur 17 tahun. tinggalkan isteri seminggu bukan berminggu-minggu. Wasssalam

  7. Zarina Binti Mohamed @ Ayub says:

    Salam Prof.,

    Saya Zarina, anak kepada salah seorg peserta @ bakal jemaah haji di Segamat Johor… ibu dan ayah saya sangat bermotivasi utk menunaikan haji selepas mendengar ceramah Prof., sejak tahun lepas mereka asyik sebut2 hal prof. pade kami semua… sejak tahun lepas tu juga lah ibu dan ayah sy berusaha memohon supaya dpt menunaikan haji secepat mungkin… dgn takdir Allah masih belumberhasil, pihak tabung haji memberitahu ibu dan ayah sy yg paling cepat pun mereka hanya bole menunaikan pd 2012… yg paling membuat sy rase ingin menulis pade prof hari ni kerana, minggu lepas ayah sy diserang angin ahmar… die ingin benar pulih kerana ingin menunaikan haji… namun kadang2 nampak seperti die perlukan lebih motivasi utk teruskan perjuangan nye utk melawan stroke….. Jika tidak menjadi keberatan prof., jika prof ade sedikit kelapangan, sudi kah prof menziarahi ayah sy di rumah kakak sy di segamat? manelah tahu, dgn ziarah prof. menambah semangat ayah sy utk melawan penyakitnya. Jika prof., sempat membaca msg ini, dan sudi menziarah ayah sy prof. boleh lah menghubungi sy di no 013-6836883 – zarina. Sy sekarang di Melaka utk menyelesaikan sedikit tanggungjawab pejabat dan akan pulang ke segamat secepat mungkin minggu ini.

Leave a Reply