Ujian penyelia

Saya mengadakan temu janji dengan penyelia disertasi sarjana. Bagaimanapun, hari yang dijanjikan hujan turun dengan lebat sekali. Ketika itu musim sejuk. Cuaca di Dundee, Scotland langsung tidak membantu. Ketika musim panas pun sejuk apatah lagi ketika salji mungkin turun bila-bila masa sahaja.

Hujan? Saya tidak hadir bertemu Allex Russel. Beliau mengeleng-ngelengkan kepalanya apabila saya memberi alasan hujan lebat yang menyebabkan saya gagal menyempurnakan temu janji tersebut. Dalam diam-diam saya terasa malu yang menusuk kalbu.

Pertama, janji yang tidak ditepati. Kedua, saya tidak mengambil langkah bersungguh untuk memaklumkan kepada Alex yang saya tidak dapat hadir. Beliau menunggu hampir sejam.

Saya fikir Alex mula tidak mempercayai saya. Setiap tugasan disertakan dengan deadline. Bahasa tubuhnya jelas begitu. Aroma persahabatan rasa terpisah. Ia seolah-olah perhubungan biasa antara supervisor dengan supervisee.

Saya belajar sesuatu yang sangat berharga. Jangan lunturkan kepercayaan orang. Lalu saya bertekad, saya mesti jadi yang terbaik. Jika tempoh masa yang diberikan untuk menyiapkan tugasan seminggu, saya sempurnakan dalam masa 3 hari. Begitulah hari-hari berikutnya. Saya mendahului waktu.

Akhirnya beliau menerima saya semula!

6 Responses to “Ujian penyelia”

  1. SifuPTS says:

    Episod yang menarik untuk buku baru….

  2. Kawan lama says:

    Kekuatan berkorban terjana kerana sifat malu yang ada pada setiap insan.

  3. Ariff says:

    kisah ni cukup berguna pada saya dan dijadikan sebagai pelajaran/pendoman dalam kehidupan saya seorang pelajar… nasihat/kisah ini menjadi kekuatan pada saya untuk jadi yang lebih baik dan lebih baik pada masa hadapan…

  4. yatie says:

    tidak dapat datang tak mengapa, tidak dapat jumpa pun tak apa, tak dapat markah yang baik pun tidak apa, tetapi yang penting ialah usaha. Usaha untuk beritahu, usaha untuk dapatkan yang baik, usaha untuk tunaikan janji. It’s all about EFFORT. :) )

  5. eda says:

    Salam Prof,
    Selalu dengar, pelajar PhD dapat baby masa buat PhD… tapi bagi saya pulak… SV saya kini sedang bercuti, baru mendapat baby pertama setelah sekian lama berusaha…. Saya tumpang gembira… Mana tahu next year saya plak dapat baby….hahahahahaha…. Moga dia terus bahagia, sihat & good mood till saya pass my VIVA… Amin…. :)

  6. ashikeen says:

    sebagai pelajar kisah ini memang satu pengajaran.
    yang lebih menyesalkan sebab saya sendiri telah melakukan kesalahan yang sama kerna ada beberapa kesulitan. kerna rasa malu menyebabkan saya segan untuk muncul kembali dihadapan cikgu tersebut…

    nampak gayanya saya kena berhadapan juga dengan cikgu tersebut dan menerangkan hal yang sebenar…

Leave a Reply