Amalan biasa untuk berpuasa pada setiap hari Isnin dan Khamis. Semalam juga tidak terkecuali. Pemandu saya juga sudah mula berjinak-jinak dengan amalan ini. Lalu ketiga-tiga kami – saya, Roza dan Hashim – tidaklah kisah untuk makan tengahari.
“Prof, makan tengahari di mana?,” tanya Haji Yusri. Mereka semua sedang menjamu selera selepas majlis pembentangan Anugerah Kualiti Naib Canselor. “Eh… bukankah saya puasa?,” saya memberi jawapan balas. Saya kehairanan kerana beliau bertanya soalan yang “main-main”. Apatah lagi saya telah menolak untuk makan pagi bersama.
“Prof, hari ini hari tahsyrik…. mana boleh berpuasa”. Alamak! Hampir setengah hari saya melakukan perkara yang diharamkan. Kebiasaan menyebabkan saya lalai dengan perkara yang lebih penting di sisi Allah. Lalu saya berbuka dengan gula-gula Mints di pejabat Tabung Haji, Shah Alam.
Hairannya, bila tahu yang tidak boleh berpuasa, perut terus menggigit-gigit terasa lapar. “Shim, jom kita pergi makan tengahari….”. Muka Hashim kehairanan. “Saya puasa Prof!”. “He… he… haram berpuasa pada hari ini”.
Kemudian, saya makan tengahari di restoren Arab di Plaza Massalam. Kebab untuk Roza dan lamb untuk saya. Saya melihat kelalaian diri dalam mengambil mudah isu-isu yang kelihatan asas.
saya pun mahu puasa tapi kawan kata 4 hari tak boleh puasa.
nasib ada kawan bagi peringatan…. huhuhu
Patut lah nampak Prof dan kak Roza kuar awal semalam waktu di Intekma lepas pembentangan AKNC… Tak mengapa, Khamis ini kita boleh sambung puasa…
Saya nyaris2 nak puasa nazar semlm sb anak dpt 5A UPSR. Saya nazar nak puasa 3 hari berturut2 mulai Isnin, Selasa & Rabu (bukannya ahri2 lain). Dah bersahur. Bila nak pergi kerja baru teringat semlm 13 dzulhijjah. Nampaknya tangguh ke Isnin depanlah jwbnya.
Suami pulak baru nak berjinak2 puasa Isnin, Khamis. Saya tak tahu dia berpuasa semlm. Bila masuk magrhib, dia kata dia nak berbuka. Nielah namanya amal tanpa ilmu.
Assalamualaikum….
Saya dan isteri juga sama prof. Selamba sahaja bersahur. Alih-alih selepas bersolat Subuh di masjid, jemaah bertakbir. Baru sedar!
uish, sungguh xsedar smlm xbley berpose…alhamdulillah, xtergerak plak nk berpose smlm sbb keletihan br pulang dr kampung..if not, sy mmg sdg berjinak2 pose isnin-khamis..huhu alhamdulillah..
setuju ngan prof, kalau puasa, perut cool je.. kalau tak puasa, kul 1130 je start la keroncong…
Salam,
Aliff kerja pada semalam, pergi pejabat separuh rasa sebabnya ‘mood’ raya (ini perangai buruk yang kena ubah). Hari diharamkan berpuasa ada diajar dalam mata pelajaran agama Islam semasa di tingkatan empat. Ya, beramal mestilah dengan ilmu. 10, 11,12,13 Zulhijjah = Hari Tasyrik.
salam,
ada 3 kategori amalan.
1- beramal tanpa ilmu
2- berilmu tanpa amal
3- beramal dengan ilmu adalah yang paling disukai Allah.
Wallahua’lam.