Bila menggoda….

Cinta merupakan mainan perasaan. Dalam kebanyakan kes ia di luar sedar.

Saya tidak mengingati yang saya pernah membeli subang perak sebagai hadiah pertama buat Roza. Ia tindakan spontan ketika beliau membelek-belek subang tersebut. Kisah 20 tahun yang lampau!

“Betul ke Yang saya lakukan begitu?,” saya bertanya Roza setelah membaca kisah Gubahan 3. Langsung tidak melekat di penjuru hati.

“Awak tidak ingat… hee…. teruk awak ni,” reaksi beliau. “Itu tandanya saya ikhlas. Bagi dan melupainya,” jawapan pantas. Saya agak saya sentiasa bersedia dengan jawapan yang menarik. Emmmm…. agaknya lelaki memang begitu. Pintar menggoda!

Malam tadi kami di Kota Damansara melihat preview Iktibar Hijrah terbitan ASTRO. Program khas 90 minit menampilkan 4 subjek akan disiarkan pada 1 Muharram. Khabarnya pada sebelah malam. Saya mendengar temubual Roza: “Perkhawinan ini adalah pilihan istikharah. Ya Allah adakah ini jodohku hasil istikharahku. Jika benar adakah aku rela untuk membenarkan dia mati dalam keadaan begini….”.

Itulah rintihan beliau satu ketika dahulu. Saya tahu ia benar kerana matanya bermanik halus ketika ia mengucapkan kata-kata tersebut. Ia bukan lakunan dalam lakunan semula.

Namun semalam saya masih menggoda. Cuma kali ini saya menghadiahkan 4 helai tudung yang comel-comel!

18 Responses to “Bila menggoda….”

  1. kakju says:

    Salam Proff.Muga anda berdua dirahmati dan bahagia berkekalan.Romantik juga Proff!

  2. Azi says:

    Salam Prof,

    wow…ayat-ayat cinta Prof memang kelas!!!!!, beruntungnya Pn. Roza..

  3. AinMaisarah says:

    Salam Prof,

    Kami di Johor Bahru hingga esok pagi.
    Kirim salam pada Kak Roza.

    Waduh, buku Kak Roza sempat keluar Pesta Buku tahun depan?
    Tajuk buku Ayat-Ayat Cinta atau Travelog Cinta.

    :-)

    ps: Ini spekulasi sahaja.

    Ain

  4. musdalipah says:

    Salam Prof,
    Suami isteri yang cemerlang

  5. Mimi says:

    ni leh tukar profesyen jadi Dr. Cinta ni…. :)

  6. albelurani says:

    Salam prof sekeluarga,

    memang benar dalam memilih jodoh kebnyakkan kita terlupa mengambil maksud yang tersirat dalam sabdaan nabi SAW bagaimana mana memilih jodoh.

    Sama ada tahu tapi buat – buat tak tahu atau memang tak mengambil tahu apa yang nabi SAW telah garis panduankan kepada ummahnya.

    Istikhorah adalah yang terbaik kerana keputusan itu merupakan panduan daripada Allah SWT dan itulah hikmahnya Solat Istihorah itu di syariatkan.

    Jangan lihat dari segi zahir sahaja, mungkin cantik tak semestinya cantik di dalam, nampak manis mungkin pahit disebaliknya. Sudah pasti kita manusia tidak mengetahui apa yang disebaliknya.

    Tetapi Allah SWT telah sediakan kepada kita satu amalan iaitu Solat Istikhorah untuk ketemukan kita sesuatu yang terbaik daripada Allah SWT.

    oleh itu, Solat Istikhorahlah bukan hanya soal memilih jodoh bahkan setiap perkara agar Allah SWT tunjukkan kita sesuatu natijah yang terbaik dan menandakan kita ini sentiasa meminta kepadaNYA yang pasti Allah SWT akan memberikan kepada mereka yang meminta (berdoa) kepada Allah SWT.

    Waallhua’alam.

  7. hanila says:

    Prof & Roza merupakan pasangan yg saling melengkapi… semoga Prof sekeluarga terus dirahmati dan diberkati Ilahi…

  8. Rohaya says:

    AinMaisarah,

    Semoga spekulasi itu menjadi realiti, ameen!

  9. hanim says:

    a’kum prof..

    comelllnyaaaaa prof ngan kak roza.. :)
    saya doakan semoga berkekalan begitu hingga ke akhir hayat..dan akhirat…Amin

  10. Supiah Ahmad says:

    Salam Prof,
    Bahagianya…..didoakan semoga berkekalan begitu hingga ke akhir hayat. Amin….

  11. Nordisham says:

    Salam Prof…

    Selama ini selalu jdi pengunjung senyap…berminat dengan tulisan prof ringkas tapi signifikan…
    Jodoh hasil istikharah…memang membawa rahmat, buat pasangan tersebut..
    cumanya ilmu, iman, amal ,akal serta tawakal akan memandu kita semua..pastikan AlQuran dan Hadis…menjadi panduan..

  12. Nordisham says:

    Salam…prof

    Pembetulan pada blog add sya.. shami2.blogspot.com

  13. Mama Nur Arissa says:

    Salam.. sedikit cadangan buat Prof.. Menerusi pemerhatian sy selama ini Prof gemar bekongsi yg baik bersama khalayak.. Memandangkan akhir-akhir ni topik penulisan byk berkisar kepada alam rumahtangga Prof.. apakata Prof berkongsi perihal peranan pasangan bagi membantu perjuangan akademik pasangan masing2.. Sudah pasti Prof telah melaluinya dgn jayanya bersama Pn. Roza… Buka apa Prof., setakat keizinan utk sambung belajar tak cukup- sbg isteri dan ibu kadang2 lelah memikirkan perjuangan melanjutkan pelajaran di peringkat PhD ni seorang diri…

  14. Anonymous says:

    prof,

    apa jadi pada entry

    http://muhdkamil.net/kehidupan/2009/12/

    http://muhdkamil.net/kehidupan/2009/12/02/3-tahun-yang-berlalu/

    sebab dia kata page error…..

    terpadam ke???

    3 tahun yang berlalu – Hari ketiga – 2006, saya menyelinap masuk sehingga beberapa meter daripada Kaabah. Saya tidak dapat bergerak…
    8 hours ago

  15. rizal says:

    eee.. apa ni..

  16. Kawan lama says:

    Istilah menggoda fitrahnya sememangnya menggoda..hehe

  17. misi says:

    salam,

    saya telah menonton siri Muqaddimah tv 9.
    penyampaian dengan cara yang mudah difahami dan ikhlas.
    prof memang hebat sebagai pakar motivasi. teruskan !!
    lepas ni prof akan jadi ikon astro plak. :D

    solat istikharah perlu dibuat setiap hari supaya Allah memberi ilham dan pertunjuk kepada kita untuk menjalani hidup ini pada jalan yang diredhai Allah. InsyaAllah.

  18. SifuPTS says:

    Lelaki romantis, sudah ‘tua’ tetap berjiwa romantis…..

Leave a Reply