Leicester

January 24th, 2010

Saya tiba di Leicester. Train terlambat hampir 30 minit. Dua pemuda yang mengikuti isteri belajar sudah sedia menunggu kami di stesyen.

Sejurus sampai, kami terus ke Universiti Hospital melawat baby Mawaddah yang baru berusia 57 hari. Mawaddah, puteri Mahyuddin dan Asmin – saya mengenali mereka dan keluarga melalui blog dan buku Travelog Haji – menghadapi sindrom yang dialami oleh 1 dalam 50000 bayi yang dilahirkan.

Minda saya tidak dapat mencerna dengan baik dengan sindrom tersebut. Baby comel tersebut ditempatkan di wad rawatan rapi dengan pengawasan penuh pihak hospital. Mengikut jadual, Mawaddah akan menjalani pembedahan pertama pada hari ini.

Saya berdoa agar Allah merahmati, memudah dan memberi yang terbaik kepada Mawaddah dan keluarga.

Hari ini, saya akan bercakap di Universiti Leicester kepada komuniti Malaysia, pelajar dan keluarga. Program dijangka bermula jam 10.00 dan dijangka tamat di sekitar 12.00 tengahari. Kemudian, kami akan terus beredar ke Heathrow untuk pulang ke Malaysia.

Beg hanya bertambah satu!

Guru

January 24th, 2010
Stuart dan Roza

Stuart dan Roza

Stuart dan Heather meluangkan masa untuk berjumpa dengan kami sekeluarga. Stuart sendiri yang memasak makan tengahari.

Tepat 1.00 tengahari kami tiba. Beliau di dapur bersama Heather. Selepas mempersilakan kami masuk, kami terus ke ruang dapur yang berhadapan pula dengan laman belakang rumahnya. Begitu banyak pohon-pohon dan bunga-bungaan yang ditanam menarik minat Roza.

Stuart dan Roza mempunyai minat yang sama. Hiasan dalaman dan taman. 10 tahun dahulu, Stuart sendiri yang menunjukkan kepada Roza bagaimana membina borders, mengecat rumah dan perkakas-perkakas yang digunakan.

Hari ini, beliau menerang kepada Roza pohon-pohon dan bunga-bunga yang berada di tamannya. Kebanyakannya jenama yang berasal daripada negara China.

“Stuart, kenapa tinggalkan Bangor?”

Perpindahan beliau ke Universiti Sussex tidak saya duga. Apatah lagi beliaulah yang menaikkan Jabatan Accounting & Finance Universiti sehingga mencapai jabatan terbaik di seluruh UK mengikut lapuran RAE.

Kami tidak mempunyai banyak masa untuk bersembang panjang. Sepatutnya, makan tengahari berakhir pada pukul 3-4 petang, namun train ke Leicester akan bergerak pada jam 3.07 petang.

Itulah Stuart, beliau melayani saya dan keluarga sepenuh hati. Saya berdoa – satu hari nanti – semoga beliau mendapat taufik dan hidayahNya!

Aziz dan Yatie

Mereka yang Baik Hati

Mereka yang Baik Hati

Mereka berdua merupakan pasangan sekufu. Sentiasa ceria.

Yatie dan Aziz melayani kami sebagai seorang tetamu dan sahabat. Yatie sentiasa sibuk di dapur. Saya katakan kepada mereka, “saya biasa-biasa sahaja. Jika berjalan, saya boleh makan roti dan telur yang ada di High Street. Jangan susah-susah”.

Opps… beliau sangat berbakat. Apa yang dihidangnya ternyata istimewa. Sedap. Amat sedap! Terima kasih Yatie.

Aziz pula menjadi pemandu kami. “Tuan Haji, sebut sahaja ke mana ingin pergi, saya akan bawa…..”. Saya teringat, hampir dua tahun saya menjadi pemandu pelancong ketika belajar di sini. Rakan-rakan yang datang melawat kami akan saya bawa kesemua tempat menarik di North Wales.

Roza pula akan menyediakan makan minum mereka.

Saya sediakan dua pakej. Pertama, pakej untuk mereka yang singgah dan pergi. Kedua, pakej mereka yang bermalam di rumah.

Hari ini, Tuhan temukan kami dengan Aziz dan Yatie. Kami hanya singgah beberapa jam di Bangor, budi baik mereka akan saya kenang sepanjang masa.

Ia singkat tapi signifikan!

Laluan Kenangan

January 23rd, 2010
Snow yang Tinggal?

Snow yang Tinggal?

Bangor berlatarbelakangkan Snowdonia, kawasan pergunungan yang sangat cantik. Saki baki salji yang melanda UK masih terdapat di kawasan ini.

Sejurus sampai, Aziz terus membawa kami ke Bathesda, kawasan yang masih mempunyai tompokan putih bagi memberi kesukaan kepada Sofea dan Amirul. Gambar-gambar lama Kakak Sara dan Abang Ngah bermain salju – 10 tahun yang lampau – menjadikan mereka bersemangat memegang ais kepal dan membalingkannya sesama mereka.

Opsss…. mereka tidak tahu bagaimana salji yang sebenarnya.

Nama Terpanjang di dunia

Nama terpanjang di dunia

Nama terpanjang di dunia

Jambatan Menai

Jambatan Menai

Jambatan Menai

Petang nanti, kami akan bertolak ke Leicester bagi menyampaikan syarahan dalam program “Wacana Intelek bersama Prof Dr Muhd Kamil Ibrahim”.

Kemudian, terus berlepas pulang ke KLIA.

Bangor

January 23rd, 2010

Dr Aziz Jaafar

Dr Aziz Jaafar

Saya disambut oleh Dr Aziz Jaafar, pensyarah University of Wales, Bangor.

Kisah beliau sangat menarik. Sejurus saya menamatkan pengajian PhD, Aziz dan isteri mengunjungi saya.

Ringkaskan cerita, beliau pula yang melanjutkan pelajaran di universiti yang sama. Malah supervisor beliau adalah Stuart, supervisor yang sama dengan saya.

Kemudian, isteri beliau – Yati – melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Permohonan beliau untuk tinggal kekal di sini bagi menemani isteri ditolak oleh UiTM.

Saya tahu beliau sangat berdukacita. Mereka berada di persimpangan, pulang ke Malaysia atau terus kekal di Bangor.

Mereka mengambil keputusan yang kedua. Aziz meletakkan jawatannya di UiTM dengan membayar kembali bon pengajian, Yati meneruskan pengajian di sini dan anak tunggalnya membesar dalam cuaca yang berbeza.

Dalam kehidupan, manusia perlu membuat keputusan. Begitu banyak keputusan yang perlu dilakukan yang tidak semestinya terbaik menurut pandangan sendiri terutamanya pada ketika dan saat membuat keputusan tersebut.

Rezeki dan nikmat Allah berada di mana-mana.

Kini – dalam diam-diam – hampir 10 tahun mereka berada di bumi Wales. Aziz telah diterima sebagai pensyarah tetap universiti. Yati telah lama menamatkan pengajian di peringkat sarjana dan hanya menunggu masa dan ketika untuk mempertahankan tesis PhD.

Melihat kembali catatan perjalanan kehidupan beliau dan keluaraga, konsep Allah lebih mengetahui yang terbaik buat hambanya sentiasa benar.

Kami doakan Aziz dan keluarga di rahmati Allah sentiasa. Mudah-mudahan Yatie berjaya mempertahankan tesisnya dengan cemerlang.

Ia satu ingatan

January 22nd, 2010
Glasgow 2010

Glasgow 2010

Sudah dua malam saya bangun di sekitar 2.00 pagi waktu tempatan. Ia rutin jumlah jam yang saya sepatutnya tidur. Bezanya, pagi ini saya bersiap untuk meninggalkan Glasgow menuju Bangor.

Train dijangka bertolak jam 5.50 pagi. Belum pun masuk waktu subuh. Ia satu perjalanan yang mengasyikkan buat Amirul. Pulang ke tempat di mana beliau dilahirkan.

Kami bersyukur kerana bertemu dengan begitu ramai manusia yang baik-baik. Raut wajah, tutur-kata dan bahasa badan menceritakan perasaan mereka terhadap kami sekeluarga. Ia menghiburkan hati dan perasaan dalam saya. Benar, manusia dicipta berbeza-beza dan berjauhan untuk kita saling kenal-mengenali.

“Prof, isteri saya sangat meminati prof. Sudah lama beliau ingin berjumpa dengan prof di Malaysia, akhirnya ketentuan Allah dapat berjumpa di sini,” salah seorang AJK Konferens. Beliau, suami-isteri yang menyambut saya di airport. Dua hari menjadi pemandu saya dan keluarga.

“Ya Allah, berilah kejayaan kepada mereka berdua. Berikalah perasaan kasih-sayang, cinta-mencintai agar mereka kekal abadi sehingga bertemu Firdaus”

Kedua-duanya kelihatan bersifat kesalingan dalam menempuh perjuangan di sini!

Semalam, dewan kuliah dipenuhi dengan penduduk Malaysia Glasgow dan sekitar yang mendengar kuliah yang disampaikan oleh saya. Saya lebih teruja kerana syarahan tersebut disiarkan secara live melalui internet. Saya katakan kepada Eda – rakan sefakulti di UiTM dan Pengarah program – tentang perasaan dalaman saya,

“Eda, ketentuan Allah begini rupanya…. sesuatu yang tidak pernah saya sangka. Dijemput sebegini jauh….”

Hari pertama, saya bercakap tentang PhD. Di antaranya perbincangan dengan beberapa individu-individu yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan tesis penyelidikan. Mudah-mudahan ia memberi manfaat!

Terima kasih buat semua, sehingga bertemu lagi.

Bed and Breakfast

January 22nd, 2010

Dahulu, ketika menuntut di sini, saya selalu berjalan-jalan seluruh UK.

Kami sering tidur di Bed and Breakfast [B&B]. Konsep yang sangat sinonim dengan masyarakat British. Kadar sewaannya adalah mengikut kepala. Dulu, 10-15 pound/head dikira agak munasabah. Ia percutian bajet.

Bila breakfast, kami akan disediakan dengan dua keping roti yang dibakar dengan jem dan buter. Jus oren dan kopi atau teh. Selalunya ia bersekali dengan dua biji telur.

Sekarang, tempat yang kami singgah – sudah dua malam – bukanlah B&B tetapi sebuah Travelodge. Ia mempunyai banyak bilik. Hampir 100 bilik! Sewanya 19 pound/head. Kami berempat, jadi agaknya bayaran di sekitar 80 pound, itupun jika Sofea diambil kira.

Saya tidak tahu jumlah sebenar kerana ia dibiayai oleh pihak penganjur.

Apa yang ingin saya ceritakan ialah kisah breakfast. Ia sangat mudah, kemas dan bersih. Setiap pagi, makanan akan dihantar ke bilik mengikut kehendak pelanggan. Makanannya, cereal dan susu, muffin, jus oren dan coffee.

Ia dimasukkan ke dalam plastik yang dibungkus dengan kemas. Plastik yang sama akan digunakan untuk membuang sisa makanan.

Dalam cuaca yang amat sejuk, ia menjadi makanan yang menyelerakan!

Cuaca

January 21st, 2010
Asap keluar dari mulut Sofea

Asap keluar dari mulut Sofea

Cuaca adalah isu besar di sini.

Cuaca adalah topik salam perkenalan buat warga British. Ia masih belum berubah. Dan cuaca di sini masih terlalu sejuk buat orang yang semakin berusia berbanding 15 tahun yang lampau. Dulu-dulu, ketika belajar di sini, – Universiti Dundee – suhu di bawah 10 darjah celcius, saya masih boleh memakai T-Shirt tanpa sebarang masalah.

Amirul dan Sofea tidak bermasalah. Cuaca yang amat sejuk dijadikan mainan. Hembusan berasap yang keluar daripada mulut dijadikan kesukaan.

Dalam apa keadaan sekalipun, itulah kebesaran Allah. Saya nyatakan kepada salah seorang anak muda yang sedang belajar di peringkat sarjana,

“Lihat bagaimana Allah memberi kemudahanan kepada orang Glasgow, Maghribnya habis awal. Pukul lima sudah malam. Subuh, 6.30 pagi dan tamat 8.00 pagi. Ia lebih mudah untuk bersolat malam di sini. Lebih mudah untuk mencari 1/3 malam yang tersisa”.

Lalu ucapan utama saya bermula dengan kisah cuaca. Dalam diam-diam ia menceritakan kebesaran Allah. Nilai sejuk atau panas adalah nilai yang sangat relatif. Ia tidak bersifat mutlak. 5 celcius tidak semestinya lebih sejuk daripada 10 celcius.

Begitu juga dengan kisah kehidupan. Satu bencana buat yang lain, ia satu nikmat buat yang memahami. Jadi, kalau niat kita mahu menyusahkan orang dengan fitnah dan tohmahan, ia boleh menjadi satu kebaikan buat yang menerimanya.

Ia tidak akan menyusahkan! Ia tidak menyebabkan beliau berkeloh-kesah.

Glasgow 2010

Glasgow 2010


I feel like I am back to my hometown.

“In 1993, I was in Dundee, Scotland. The weather was unpredictable. It was very cold but we survived. I never took that as a problem. It might probably because I was still young and full of spirit. I succeeded to overcome the obstacle.

In 1996, I came back again. It was in Bangor, North Wales then. The weather was better here. More stable although I felt it was colder than Dundee.

I could not wait to get back to Malaysia.

Why?

It was probably because I was getting older. Or maybe the enthusiasm to be overseas had decreased as compared to the year before.

What I meant to say is in reality the weather in Dundee is colder than Bangor but I felt the opposite. I want you to think of it.

The weather that was supposedly cold was OK but the warmer weather was felt cold by the same person.

At different times!

What I want to say is it looks like it is something trivial but it has a big impact on how we face our daily lives, based on the reality as compared to the comparative reality”.

Sukarnya….

January 20th, 2010

Saya sendiri tidak tahu kenapa blog ini sukar dicapai. www.muhdkamil.net disewa daripada Yahoo.com. Ia tidak percuma. Kapasitinya yang digunakan tidak pula terlalu besar. Tidak sampai pun 10 peratus.

Kini, saya berada di sebuah Travelodge, di tengah-tengah bandar Glasgow. Perjalanan hampir 20 jam, KLIA – London – Glasgow nyata tidaklah terlalu membebankan. Sofea dan Amirul sangat teruja. Mereka sibuk dengan apa yang ada di hadapan skrin.

Makanan untuk mereka tidak pernah putus. Makan-makan-makan. Amirul dengan pipinya yang tembam memberikannya rezeki yang lebih…. “eeee…. geram saya tengok dia ni, teringat anak saya di rumah,” sapa pramugari yang pernah berkahwin dengan selebriti terkenal.

Seorang pramugara bertanya, “Ini yang selalu masuk ASTRO tu ke…?” Beliau teruja.

Kami bertolak jam 10.30 pagi. Sampai di Glasgow di sekitar 9.10 malam pada hari yang sama. AJK Konferens menyambut kami dan terus dibawa ke rumah salah seorang yang memasak nasi dagang Glasgow.

Enak sekali.

Hari ini, saya akan menyampaikan ucap utama selama sejam. Doakan saya dipermudahkan!

Masyarakat

January 18th, 2010

Mereka yang salah dikatakan benar. Manakala yang benar dituduh terlebih-lebih. Orang jahat menjadi lebih berani terhadap mereka yang baik. Ia sangat sesuai dengan pandangan akhir zaman, semuanya bercelaru!

Daripada Aisyah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga anak seseorang menjadi punca kemarahan (bagi ibu bapanya) dan hujan akan menjadi panas (hujan akan berkurang dan cuaca akan menjadi panas) dan akan bertambah ramai orang yang tercela dan akan berkurangan orang yang baik dan anak-anak menjadi berani melawan orang-orang tua dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” [H.R Thabrani)

Namun satu yang pasti, kebenaran akhirnya terserlah. Cuma cepat atau lambat. Mungkin juga hanya terbukti di hari pengadilan.

Begitulah…. seorang yang berada di sekitar mencurah perasaan. Saya katakan, kalau kita orang bawahan dan diperlakukan sedemikian, maka ada pemimpin yang zalim. Berdoalah, doa orang yang dizalimi akan dimakbul Allah!

Pelajaran Malam

January 17th, 2010

Malam tadi saya bersama jemaah Masjid Kg Jawa mengikuti kuliah Maghrib. Kami belajar Tassawuf! Saya sebut dua intipati yang ingin dikongsi bersama,

1. Kalau kita tidak melakukan ibadat kerana takut riyak, maka itu juga adalah riyak. Lakukanlah ibadat tersebut dan mohon keampunan Allah. Lawan perasaan tersebut.

2. Jika kita tahu yang di kawasan kita dipenuhi dengan sanak-saudara, sahabat handai dan kaum kerabat yang menyebabkan kita tidak boleh berlaku adil, maka jangan terima tawaran sebagai ketua. Keluarlah daripada kawasan tersebut.

Saya berasa amat lega!