Sesudah wukuf di Arafah dan mabit (bermalam) di Muzdalifah – kami bertolak ke Mina bagi melakukan ibadat melontar. Walaupun ia mempunyai pelbagai pilihan dan opsyen, saya telah memilih untuk melontar pada setiap hari, iaitu pada 10,11,12 dan 13hb Zulhijjah. Saya membuat pilihan ini setelah bersembahyang hajat, berdoa dan memohon kepadaNya agar diberikan ilham supaya dapat melakukan ibadat melontar dengan cara yang terbaik.
Terbaik untuk kami sekeluarga!
Mengikut jadual, kami akan melontar Jamaratul-Aqabah secara berkumpulan pada sebelah malam, 10 Zulhijjah. Pada masa tersebut dikatakan keadaannya agak selamat, tidak sesak dan tidak mendapat gangguan daripada mereka yang kurang bersopan-santun.
Berkali-kali saya membelek dan membaca buku panduan haji. Katanya: Waktu yang paling afdhal untuk melontar pada 10 Zulhijjah adalah pada waktu doha’. Sebelum waktu subuh – sekali lagi – saya bersembahyang hajat dan taubat supaya memberi kekuatan akal dan fizikal. Hati saya sudah mula membuat pilihan: Aku mahu yang terbaik tetapi dalam masa yang sama berada di dalam kegelisahan dan ketakutan.
10 Zulhijjah, 7.30 pagi – kami bermesyuarat ringkas dan saya mengemukakan satu pertanyaan kepada Roza, Kak Mie dan Adik Na: “Tabung Haji akan bawa kita pada waktu malam tetapi waktu yang paling afdhal ialah waktu doha. Waktu Doha dikatakan tidak selamat, bahaya dan orang akan bersesak-sesak dengan mereka yang ganas-ganas. Bagaimana?”
Kak Mie: Saya ikut Mil
Adik Na: Na ikut Abe Mil
Roza: Kalau boleh kita pergi waktu afdhal
Kata saya: Hati saya nak waktu doha’. Jadi pukul 9.30 pagi berkumpul di sini.
Tentu sekali saya berbohong jika mengatakan yang saya berasa tenang, aman dan yakin dengan keputusan yang telah saya lakukan. Perasaan ketakutan, teramat takut dengan keselamatan – 3 wanita – yang menjadi tanggungjawab saya. Lalu ketika berkumpul di luar khemah saya membaca doa ini:
“Ya Allah kau ampunilah kami, berikanlah keberkatanMu, berikanlah taufik-hidayahMu dan berikanlah kerahmatanMu. Ya Allah, kami ingin melakukan ibadat melontar pada pagi ini. Dikatakan pada waktu ini adalah waktu yang paling afdhal tetapi keadaannya sesak dan keselamatan tidak terjamin. Ya Allah kami ingin pergi juga pada waktu ini, kami datang ke sini semata-mata keranaMu Ya Allah. Namun, kami takut Ya Allah. Bersama aku adalah isteriku, adik perempuanku, kakakku, mereka adalah kaum yang lemah, aku tak upaya menjaga keselamatan mereka, aku serah mereka kepadaMu Ya Allah, kau peliharalah keselamatan kami. Hanya engkaulah tempat kami berserah. Berikanlah laluan dan lorongan. Tidak ada yang lebih berkuasa selain daripada Kau. Tidak ada Ya Allah. Ampuni kami Ya Allah. Ampuni kami Ya Allah”
Saya benar-benar ketakutan. Air mata saya mengalir selebat-lebatnya. Ia tidak terkawal. Ia satu doa yang paling kusyuk yang pernah dilafazkan kepada Pencipta saya. Mata Roza, Kak Mie dan Adik Na kemerah-merahan, merasai betapa kami akan melalui satu perjuangan yang cukup besar. Selesai berdoa, Roza memegang tangan kiri saya dan Adik Na memegang tangan kiri Kak Mie. Pesan saya: Ikut saja ke mana abe pergi!
Kami terus melangkah dengan saya membaca “SubhanaAllah” tanpa henti berselang-seli dengan “Rabbil-Yasiir, Walatu-asiir”, “Ya Allah, permudahkan kami, berikan laluan, berikan laluan Ya Allah”. Airmata sentiasa mengalir. Benar, saya benar-benar takut dan berserah kepadaNya. Gema bunyi tapak kaki dan suara ribuan manusia yang melalui terowong Muassim benar-benar memberi perasaan ketakutan yang amat sangat.
Ya Allah, SubhanaAllah, Maha suci Allah, Maha Pengasih Allah – saya tidak berbohong – sepanjang perjalanan kami sejauh 2.9KM, Allah sentiasa memberi ruang di antara 3 hingga 4 kaki dengan mereka yang berada di hadapan kami. Kami bergerak ibarat lipas kudong. Sekejap ke kiri, sekejap kekanan. Yang pasti hati dan mulut kami berzikir tanpa putus.
Lebih kurang 1km daripada Jamarahtul-Aqabah, kami dapat menyaksikan jutaan manusia yang berpusu-pusu melalui beberapa haluan yang berbeza ingin menuju ke tempat yang satu. Aneh, di hadapan kami sentiasa ada ruang untuk kami bergerak, berasa selesa dan selamat. Tiba-tiba saya dan Roza sudah berada di hadapan Jamarahtul Aqabah – di hadapan sekali – untuk mula melontar secara bertenang, tertib dan bersopan-santun. Saya menjeling ke kiri, Kak Mie dan Adik Na ada bersebelahan.
Selepas melontar dan membaca “Doa Lepas Melontar”, terserlah kelegaan, kesyukuran, kenikmatan dan kebahagian yang Allah menyayangi kami. Airmata kami masih mengalir, walaupun dalam keadaan yang cukup perlahan. Saya ungkapkan perkataan ini kepada isteri, Roza:
“Yang, Allah benar-benar menjadikan kita sebagai tetamu yang paling istimewa. Doa kita dimakbulkanNya. Sejak kita sampai di Mekah hingga ke hari ini, Dia sentiasa bersama kita. Dia banyak bagi pengajaran kepada saya. Allah telah menunjukkan kebesaranNya. Saya banyak dapat petunjuk. Kalau saya balik ke Malaysia, saya masih lagi tak takut kepadaNya, masih buat dejel, saya tak tahulah saya ni jenis manusia apa, saya adalah sejahat-jahat manusia”
Ketika pulang ke Khemah, fikiran saya merenung jauh – Maha Suci Allah – Aku serahkan segala-galanya kepadaMu. Besok, kami akan melontar di ketiga-tiga jamrah ketika waktu yang paling afdhal – selepas gelincir matahari – seawal-awalnya!
Benar, pengalaman saya di Jamarahtul-Aqabah mengubah ‘contents’ seorang manusia!
salam,
bergenang air mata saya. Itulah kita, manusia lemah jika meletakkan penuh pengharapan pada Allah dengan penuh rsa lemah dan hina diri, InsyaAllah, Dia akan makbulkan.
Sesungguhnya doa itu adalah senjata mukmin. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w.
Syikin,
Kita juga patut berterima kasih kepada kerajaan Saudi yang telah memudah jemaah haji untuk melakukan ibadat melontar. Sistem sehala, dua tingkat dan kawalan lebih kurang 15000 tentera benar-benar memudahkan.
Bagaimanapun, pertambahan jemaah haji yang berganda menyebabkan kesesakan masih berlaku. Seorang teman bercerita: Dr, saya pergi malam tadi, orangnya cukup ramai, tapi OKlah dan terima kasih atas tips yang Dr berikan. Ia memang membantu.
Apakah tips tersebut?. Akan saya ceritakan di dalam buku, lengkap dengan diagramnya sekali untuk memudahkan rakan-rakan melontar.
Pemerhatian memberikan sedikit ilmu yang boleh dikongsi bersama!
Prof, tersirap darah saya, meremang bulu roma baca pengalaman ini. Memang Allah itu sangat lembut dengan kita. Dia sangat mendengar dan dekat dengan kita.
Insya Allah, saya akan sambung tag tu.
Oh ya prof, saya nak booking buku pengalaman haji prof ya…
Tuan Haji,
Membaca kisah-kisah tuan membawa pengajaran yang tak terbaca dalam buku-buku haji.
Saya doakan tuan kesejahteraan dan kemuliaan yang berpanjangan.
Prof,
Saya harap Prof terus menulis pengalaman prof menunaikan fardhu haji.
TQ
Brohaji, Azrin:
TQ atas dorongan. Saya berasa sukacita jika tulisan-tulisan ini boleh dijadikan panduan dan tauladan.
Kamil
Mmg best dengar citer org balik haji. Diharap dapat diteruskan……………
Mat,
Terima kasih kerana melawat/membaca blog ni. Minta tolong sikit – apa nama our forum? – Komputer baru di pejabat, habis semua bookmark. Ingatan dah kurang, miss that link so much!
Dear Doc,
http://forums.delphiforums.com/kb76/start
yang dilontar bukan hanya batu tetapi ialah sifat iblis dalam diri kita…..fahamilah
Tuan Abu Qassim,
Ibadat melontar merangkumi persoalan yang lebih besar untuk mereka yang mahu belajar. Keseluruhan ‘ritual’ bukan hanya semata-mata batu, tempat melontar dan menjalankan satu ibadat yang khusus. Ia melibatkan persoalan tauhid.
Saya bersyukur kerana telah melalui peristiwa ini.
TQ kerana singgah di sini.
prof,
saya rasa tersuntuh dengan doa yang prof baca, akan saya bacakan cerite ini kepada ayah dan ibu saya sebagai panduan untuk mereka tunaikan tahun ini. Insyallah.
tuan haji,
ana masih belum jumpa buku ‘travelog haji’.Syt. Muda Osman kat Jerteh tak nampak lagi.Tapi, ana tahu buku itu istimewa.
Semoga satu hari terdekat saya dapat bersua buku istimewa itu,Ana kena doa paling tulus dgn Yang Ilahi agar memudahkan pencarian ini.
Wassalam.
[...] Saya menulis tentang melontar di Jamrahtul Aqabah di sini. [...]
cerita pertama mengenai pengalaman haji prof yang baru saja saya tau. Prof ada menceritakan bahawa menunaikan haji telah banyak mengubah prof (ketika itu di pusat Islam, malam 1 Muharram). Tetapi prof tidak menceritakan pengalaman apa yang mengubah prof… saya sentiasa tertanya-tanya… sehingga pagi ini 2.27am baru lah saya tahu satu dari beribu pengalaman tersebut…
Psti banyak lagi kan prof??
Jika kita selalu memudahkan urusan orang lain,Allah juga akan memudahkan urusan kita.Bagi yang pernah ke Baitullah,perasaan takjub dan gembira tak dapat digambarkan dan tiada tempat yang indah selain di situ.Saya amat bersyukur kerana Allah swt menerima saya yang hina ini sebagai tetamunya dan diberikan layanan yang teramat indah semasa saya dan suami di sana.Insyallah,saya ingin ke Baitullah
jika panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Assalamualaikum
Dr.
TQ for the book..bagi saya cukup interesting kerana setiap hari saya belajar. Tengok Dr di MHI saya cari buku Dr sampai dapat….Alhamdullilah buku Dr cukup istimewa…..
Terus berkarya kerana masa itu UMUR
1st time buku ni kuar….sy t’nmpk travelogue haji ni kat pustaka mukmin jalan tuanku abdul rahman.saye pegang.sy tgk muke depan.sah buku ni same cam buku panduan haji lain yang penah saye bace.
3 minggu lpas tu….saye dapat hadiah buku ni dr seorg kawan…sy try bace….masyaallah.buku ni lain dari yg lain…buku ni mengingatkan saya balek semasa saya di mekah…betol2 mengkagumkan…smapi skrg…sy berulang-ulang membacenye
kepada dr…trime kaseh kerane mengubah persepsi sy..hope.dr dpat barakah atas buku ini.
Assalamualaikum Prof
Pertama kali saya membaca tentang buku ‘Travelog Haji” di Berita Minggu Singapura mengenai seseorang pemuda yang berinspirasi untuk ke kota suci Mekah melalui road trip setelah membaca buku Prof…..
Minggu yg lalu ternampak buku Prof di perpustakaan negara.. tergerak hati untuk membacanye…subhanallah…buku Prof betul2 mengkagumkan dan saya dapat rasakan ia lahir dari hati yg ikhlas untuk berkongsi pengalaman Prof ketika di Tanah suci itu…Saya betul2 mengharap yang saya juga akan dapat menjadi tetamu istimewa Allah di Mekah nanti..insyallah…Saya akan cuba mendapatkan buku Prof untuk dijadikan panduan kelak..
Saya berdoa agar Prof skeluarga dirahmati Allah selalu…
[...] Namun hati saya tercuit bila membaca komen pembaca [daripada Singapura] di topik Jamrahtul Aqabah mengubah segalanya. Saya tersentuh bila beliau menyatakan ada seorang pemuda yang berinspirasi untuk menunaikan fardhu haji melalui jalan darat setelah membaca buku Travelog Haji. [...]
sy seronok membaca buku travelog haji prof sbg persediaan utk menunaikan haji..kami masih lg menunggu jwpn rayuan utk kesana thn ini..sy dan ayah akan ke sana bersama2..
Prof.
Terlalu sayu membaca Travelog Haji.Mencekam kedalam lubuk hati. Perasaan yang sama semasa berada di Masjidil Haram dan ketika berdoa di Multazam. Buku ini akan saya hadiahkan kepada Kakak ipar yang akan menunaikan Haji tahun ini, insyaallah.
Kemusykilan.
Saf lelaki dan perempuan berasingan. Dari cerita seolah-olah Prof. tidak terpisah dari isteri semasa di Masjidil Haram. Selalunya Jemaah Indonesia yang bersembahyang bersebelahan dengan isterinya.
Alhamdulillah. Sejak menonton rancangan ‘Iktibar dari Tanah Suci di TV Oasis’ tantang Prof, hati tiba-tiba teringin sangat memiliki buku yang dipaparkan. Bersyukur bila saya ke kedai buku Freedom di Parit Raja, buku itu ada di situ.Tanpa berfikir 2X saya terus beli dan membaca. Membaca tanpa henti.
Kekadang air mata mengalir tanpa dipaksa, tanpa diduga.. Teringat segala apa yang pernah saya lalui sepanjang menunaikan haji pada tahun lepas. Kerdilnya diri, terasa segala kekurangan, sayu, pilu berbaur menjadi satu. Betul seperti yang apa yang prof catatkan..sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa menentukan sesuatu selainNya. Tanpa saya sedari, saya selesai membaca buku itu dalam hanya dalam masa 2 jam setengah.
Raudhah, perjalanan ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, sangat mengesankan. Sesungguhnya segala kesusahpayahan yang dialami, ada kemanisan dan rahsia kebesaran Allah snt yang tidak pernah tergambar sebelum kita menjejaki bumi suciNya. Subhanallah.
Saya harap dapat menghadiahkan buku ini kepada lebih banyak orang untuk dibaca dan diteladani..Terima kasih prof, atas sumbangan berharga ini.
Tersentuh hati kecil ini,
Alhamdulillah. Sejak menonton rancangan ‘Iktibar dari Tanah Suci di TV Oasis’ tantang Prof, hati tiba-tiba teringin sangat memiliki buku yang dipaparkan. Bersyukur bila saya ke kedai buku Freedom di Parit Raja, buku itu ada di situ.Tanpa berfikir 2X saya terus beli dan membaca. Membaca tanpa henti.
Kekadang air mata mengalir tanpa dipaksa, tanpa diduga.. Teringat segala apa yang pernah saya lalui sepanjang menunaikan haji pada tahun lepas. Kerdilnya diri, terasa segala kekurangan, sayu, pilu berbaur menjadi satu. Betul seperti yang apa yang prof catatkan..sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa menentukan sesuatu selainNya. Tanpa saya sedari, saya selesai membaca buku itu dalam hanya dalam masa 2 jam setengah.
Raudhah, perjalanan ke Arafah, Muzdalifah dan Mina, sangat mengesankan. Sesungguhnya segala kesusahpayahan yang dialami, ada kemanisan dan rahsia kebesaran Allah snt yang tidak pernah tergambar sebelum kita menjejaki bumi suciNya. Subhanallah.
Saya harap dapat menghadiahkan buku ini kepada lebih banyak orang untuk dibaca dan diteladani..Terima kasih prof, atas sumbangan berharga ini.
Assalamualaikum Prof,
Saya di recommend buku Prof oleh kenalan mesjid suami saya (waktu mengikuti khusus haji baru saya berkenalan dengan isteri beliau) untuk menunaikan haji pada tahun yang sama. In fact Prof, kami pergi sama tahun (17 Dec 2006 – 29 Jan 2007). Saya ni kira wanita jahil juga, tapi saya selalu berdoa supaya dapat suami yang boleh membawa saya ke jalan allah dan pada perkahwinan yg ke 2 Allah telah menunaikan doa saya. Oleh sebab kejahilan saya spt lalai sembahyang etc…etc. suami ingat saya tak berminat atau niat nak ke tanah suci. ( Dalam hati saya Allah saja yang tahu). Pada tahun 2005 dia pergi khusus seorang tapi saya rajin hantar dia ke mesjid. Dlm hati tertanya juga kenapa dia tak ajak saya. Pada hujung 2005 dia kena mild stroke (Separuh kanan),waktu dia di bilik kecemasan di Universiti Hospital, adik saya dtg melawat dia (sebab saya di luar bilik dah menangis). Bila adik keluar bilik dia kata suami awak akan sembuh, sebab suami kata pd adik sekiranya dia sembuh dia akan bawa saya menunaikan haji. Bila saya jengok dia beberapa jam kemudian dia kata “saya bagi awak 1 tahun untuk belajar apa yang awak tak tahu”. Mlm tu saya sms sepupu saya yg berada di tanah suci menunaikan haji 2005 supaya berdoa untuk kesihatan suami saya. Alhamdullilah, dlm 2 week dia berjalan semula tapi bertongkat. February 2006 dia bawa saya berdaftar ditabung haji. Kami pergi dgn package atas nasihat kawan2 memandangkan suami saya bertongkat. Apa kaitannya dgn buku Prof?
1. Saya menangis bila baca kisah kejahilan Prof sehingga Prof jadi seorang yang begitu soleh. Saya lalui dan merasai nya. (Ada yang kata mana boleh pergi Mekah.) Tapi kita pergi atas Jemputan Allah swt.
2. Kita ibarat mailaikat….
Masa di Mekah, Mudzalifah, Mina & Madinah saya “menjaga” seorang mak cik berusia 68 tahun yang buta huruf dari Jerantut dgn tabah hingga lain2 jemaah berkata yang mereka tak akan sanggup buat apa yang saya lakukan. (hingga kini saya dipanggil anak mekah)
Di Arafah seorang wanita 70an (portuguese converted) ..pada mereka masa ditanah suci kita lah “guardian angel.” (Jasa saya dikena hingga kini oleh ahli keluarga beliau.)
3. Doa kita…Subhanallah…COD..
saya terpisah dgn suami masa nak melontar pada hari ketiga bila keluar dari khemah takut juga melihat berjuta2 manusia yg tidak dikenali..saya tak panik..saya berdoa supaya dpt melontar bersama suami..alhamdulillah..masa dekat dgn tempat melontar saya nampak bendera package saya dan kami dapat melontar bersama.
Buku Prof….saya gunakan sebagai panduan pada kawan yang suami mereka masih belum terbuka hati nak bersama isteri ke tanah suci…my advise kalau nak pergi biarlah bersama2. Right Prof?
Saya salute Prof., kerana telah melakukan ibadah dengan bersungguh2, jika di izin Allah saya dan suami ke tanah suci kali ke 2, kami akan lakukan seperti Prof. telah lakukan apa yang kami tak lakukan pada kali pertama, but of course we have done our best the first time. Allah telah memudahkan semua ibadah kami sewaktu kami disana. Amin Rabill alamin.
Kami masih lagi mebaca buku TH berulang kali hingga kini.