
Akhirnya ia terbit sebagai sebuah buku.
Tawaran.
Buku ini telah dilancarkan pada 9 Oktober, 2007. Ia diberi percuma kepada mereka yang hadir. Bagaimanapun, jika tidak dapat hadir dan masih berminat untuk membaca buku ini, saya sedia memberi tawaran istimewa: belanja pos laju atau ekspress percuma [Malaysia] dan buku yang ditandatangani penulis.
Harganya RM26.00 [Ia boleh dimasukkan ke dalam akaun Maybank 562106211166].
Saya minta maaf kerana tidak dapat memberi diskaun kerana diskaunnya akan disalurkan kepada sekolah yang telah membesar dan memberi ilmu kepada penulis. Jika anda datang sendiri berjumpa dengan saya di pejabat, InsyaAllah kos penghantaran itu akan saya tolak daripada harga buku [kira macam ada diskaunlah tu...].
Sila e-mail kepada mkamil@salam.uitm.edu.my dengan menyertakan nama, alamat penghantaran dan makluman pembayaran.
Prof, saya pergi ambik(beli) hari Isnin ni boleh Prof? Prof ada pukul berapa kat office? Saya pergi ke office Prof…..
Salam sejahtera FZ,
Saya ada di sebelah pagi. InsyaAllah sampai waktu Zohor.
Prof, kalau ke UK, free postage jugak ke?
Dear Madulebah – Salam sejahtera.
Tentu sekali frre tetapi harga dia Pound Sterling 20. Kalau setuju, hari Isnin saya poskan!
Alaaa…. mana ada buku 20 pound dekat UK. Carboot sale adalah…
kalau aus berapa pulak?
btw, selamat hari raya utk cik mil sekeluarga,
maaf zahir n batin
Salam sejahtera Mat,
Eh… terlupa pula anak saudara Cik Mil ni…. Apa khabar? Bila balik? Selamat hari raya maaf zahir batin.
Salam,
Prof,
Saya cuba untuk hadir majlis pelancaran. Malangnya kesuntukan masa dan kerja tidak memungkinkan untuk saya hadir. Tahniah dan moga majlis berjalan lancar.
Saya pesan 3 buah buku ini..
prof, saya akan buat pindahan wang melalui maybank2u sebanyak rm26, dan harap prof dapat kirimkan buku tersebut yang siap bertandatangan prof melalui azma.
terima kasih prof.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.
Salam sejahtera JR dan Asmin,
Terima kasih saya ucapkan. Nanti saya uruskan!
assalamualaikum Prof,saya berminat dgn buku Prof.tp saya kat Jepon..free postage jugak ke..?yeay!!
Prof,
Tahniah!!
Saya nak cadangkan prof buat servis penghantaran termasuk dibungkus dengan cantik sebagai hadiah atau cenderahati daripada pembeli kepada seseorang.
TH ni dah sampai Sabah/Sarawak/Labuan?
Assalamualaikum..Prof,
Tahniah!.
Kak ada menonton spm hari ahad semasa Prof mempromosi buku tu. Kak dah cari kat sekitar Kuantan ni tapi buku tu belum sampai sini lagi. kak berminat sangat nak baca tu, boleh ke kak dapat buku tu melalui Prof ke. Sekiranya boleh nanti kak bank in kan bayarannya. Harap Prof tidak menghampakan akak ok. Terima kasih.
Salam Prof.
Saya sedang baca buku Prof ni. pinjam dari kawan. Dah cari kat kedai tapi tak jumpa. Sangatlah berminat nak beli satu. Macam mana ya, boleh tak Prof kirimkan. Alamat saya bagi bila ada response dari Prof.
Noriah Ismail
UIAM
Assalamualaikum Prof,
Saya baru sahaja selesai membaca THMSI… agak terlewat daripada orang lain. Baru jumpa di MPH di Melaka minggu lepas. Saya tahu tentang buku ini pn setelah menonton AstroOasis. Tahniah kerana menghasilkan sebuah penulisan yang sangat bermakna dan berkesan di hati… semoga ia dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.
Roshanilawatey Jusoh
Kuantan