Pertama

Esok buku Travelog haji akan dilancarkan.

Buku ini telah dibeli oleh Dato’ Zaini Mohd Arief sebanyak 700 naskah. Saya pula beli 300 naskah untuk simpanan, hadiah dan menjualnya kembali. Sebagai penulis, saya rasa berhak untuk mendapat diskaun yang lebih baik. Dan itulah yang telah saya perolehi melalui pembelian yang disekalikan dengan Dato’ Zaini.

Pembeli pertama yang membeli secara pos adalah Puan Ummi, juga penulis PTS. Sebelumnya, Puan Norizan daripada UiTM membeli sebanyak 20 naskah yang dikembalikan kepada saya untuk dihadiahkan kepada mana-mana pihak yang difikirkan sesuai.

Setelah memikir semasak-masaknya, saya akan hadiahkan kepada Darul-Ehsan Medical Center untuk diletakkan di bilik-bilik pesakit. Saya akan tambah jumlahnya agar setiap bilik akan mempunyai buku tersebut. Tentu sekali PTS beruntung – mungkin – kerana bukunya berada di sebuah hospital swasta penting di kawasan Shah Alam.

Pukul 9.00 pagi, Dua bloggers datang ke pejabat. Wakil saudara Bakri membeli tiga naskah dan pB senaskah [betul pB?]. Tiga jam kemudian dia menulis kepada saya:

“Salam prof. Alhamdulillah pb dah baca sampai page 80. Hati sebak. Mata berkaca. Perlu ditahan sebab di pejabat. Ayatnya mudah dan simple. Jelas hingga pb pun dapat gambaran walau tidak pernah ke sana. Ada kesilapan ejaan pada Bab 3. Pb suka font yang digunakan. Besar. Alhamdulillah. Tahniah prof”

Tentu sekali saya bersyukur kepadaNya kerana harapan saya agar buku ini dapat mengisahkan kebesaran, kehebatan dan keesaan Allah – sedikit-sebanyak – menyentuh hati pB.

Saya berterima kasih kepada semua yang telah membeli buku ini semenjak ia diterbitkan pada hari jumaat yang lalu. Hampir 120 naskah telah terjual daripada 300 naskah yang berada di dalam tangan saya.

Saya mohon keampunanNya.

19 Responses to “Pertama”

  1. Restless says:

    Tahniah, Prof MKI! A well-deserved success… FYI, tambang naik haji naik lagi – mingkin itu satu topik yang menarik untuk dikupas?

  2. Intan says:

    Assalamualaikum

    Tahniah di atas pelancaran Buku Travelog haji hasil penulisan Prof. Maaf tidak dapat hadir ke majlis pelancaran tersebut. Bukan tak sudi…memandangkan kerja2 di pejabat yang berlambak dan sudah pastinya Prof tahu…mana boleh kosongkan pejabat. Dah 4 org staf Canseleri gi…cukuplah sebagai wakil.

    Utk makluman Prof, saya rajin melayari dan blog Prof dan melayari juga cewek2 yg turut tersenarai dlm blog Prof.

    Apa2 pun tahniah sekali lagi. Semoga pelancaran buku berjalan dgn lancar dan hasil penulisan Prof menjadi panduan dan bahan rujukan yang tidak jemu dibaca.

    SELAMAT HARI RAYA…MAA ZAHIR BATIN.

  3. damantim says:

    Assalamualaikum,,,

    Prof,

    Tahniah atas kelahiran karya ini.
    Tak sabar rasanya untuk mula membaca.
    Saya dah buat tempahan, tak tau bila sampai kat saya.
    Mudah-mudahan secepat mungkin.
    Mabruk !!!!

    SELAMAT HARI RAYA…MAA ZAHIR BATIN.

  4. pB says:

    Salam Prof …

    pB bertuah sebab dpt bertemu dengan Prof semlm.
    Tapi sayang, kita tak boleh bertutur dengan lebih lama.
    Hi hi hi…kalau boleh pun, rasa pB tak tahu nak kata apa.
    Semalam tu pun , hati dah berdebar sakan ……

    Alhamdulillah , pB dah selesai membaca buku itu.

    Kandungannya begitu …..
    menyusuk kalbu ….

    beberapa kali , pB terpaksa tahan air mata dari mengalir.

    Syabas dan tahniah Prof.

    So , pada sesiapa yang belum memiliki buku ini, cepat cepat ler order dengan Prof …..

  5. pB says:

    psst …tiba tiba rasa glamour ,

    bila nama pB disebut dalam n3 Prof ….

  6. me says:

    salam…
    tahiah buat Dr. saya baru habis baca “mengubah sempadan iman”.entah kenapa saya leh sebak bila baca buku ni.saya harap buku Dr.dapat mengubah sempadan iman saya. Terima kasih kerana melahirkan buku ini.

  7. Umi says:

    Salaam Prof,
    Kiriman buku Prof melalui pos laju telah selamat saya terima tengah hari tadi. Alhamdulillah. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Prof atas masa, tenaga & wang yang Prof sumbangkan untuk membolehkan orang di luar Lembah Klang seperti saya turut sama merasai (virtually) pelancaran hasil karya Prof ini. Dan terima kasih kerana sudi mencoret sepatah dua kata pada buku saya :)
    Tahniah kepada Prof atas kelahiran buku ini. Semoga majlis pelancarannya telah berjalan dengan lancar.

    Errmm…Prof, ada sedikit ralatla pada entri Prof ni….
    Sebenarnya, saya bukan penulis PTS (belum lagi kot…heh). Saya hadiri bengkel KJ Method tu untuk menimba ilmu dan mencedok pengalaman seorang ahli bahasa seperti Pn. Ainon. Bidang saya ialah penterjemahan sebenarnya.

    Wassalaam.

  8. Salam semua,

    Saya benar-benar letih selepas pelancaran. Tapi suka. Hampir 280 tetamu yang hadir. Nanti saya menulis semula ketika reda perasaan dan hati.

  9. Ashran bin Haji Idris says:

    Tahniah Prof.

    Tadi saya hadir dan mengikuti upacara pelancaran buku tersebut.
    Ucapan Prof menarik dan menunjukkan ketulusan Prof menunaikan ibadat haji.

    Semoga prof mendapat ganjaran dariNya atas usaha murni prof menulis buku ini.

    Syabas!

  10. sab2 says:

    Prof,
    assalamu’alaikum.

    sesungguhnya ‘deklamasi’ Jamratul ‘Aqabah Mengubah Segalanya sebagai kemuncak perlancaran pagi benar-benar menusuk kalbu – lantas terbayang jelas pengalaman sendiri 16 tahun lalu… puas menahan sebak dan air mata kesyukuran

    selamat berbuka puasa, daripada kami!

  11. Faruha says:

    Salam Prof.

    Alhamdulilllah semua berjalan lancar dan tahniah buat Prof.
    Semoga niat Prof. utk berkongsi pengalaman berharga di tanah suci diberkatiNya.
    Saya sudah tak sabar utk mendapatkan buku tersebut.

  12. Rina says:

    Assalamualaikum,

    Prof cam mana nak dapatkan buku ni.
    Saya di UK?
    Please advise. Tq

  13. FZ says:

    Tahniah Prof.. Majlis pelancaran berjalan dengan lancar. Terkilan sebenarnya tak dapat hadir sama di majlis tu, Prof boleh lah upload upacara majlis tu, boleh kami yg tak hadir mengikutinya. Belum habis baca lagi, moga2 ia turut dapat “mengubah sempadan iman” saya…

  14. Assalamualaikum.
    Tahniah Prof, majlis pelancaran sangat menarik. Berbaloi saya datang dari Melaka. Terima kasih untuk buku yang dihadiahkan.

  15. Nurazzah8 says:

    Prof, terimakasih di atas hadiah buku tersebut. IA akan cuba membacanya sehingga selesai. saya dah tulis n3 mengenai majlis pelancaran tadi di blog saya.

  16. zlaa says:

    Salam Prof,

    Harap Prof dapat simpan untuk saya satu nashkah (saya beli). Kebetulan kawan sama UiTM akan balik collect data bulan depan. Nanti saya minta dikirimkan melaluinya. Haraplah boleh kerana saya mengangankan bila balik akan terus menunaikan haji. Muga buku Prof menjadi sumber inspirasi saya.

  17. Hjh Noraini says:

    Tahniah Prof atas respon yang menggalakkan terhadap buku Travelog haji ni. Saya dah baca habis. Kalau saya dapat baca artikel2 value relevance macam saya baca buku Prof tu, hampir siap dah kot pengajian saya….

    Sebelum terlupa terdapat dua kesilapan ejaan dalam buku ini. Namun tidak mendatangkan kecacatan kepada jalan cerita. Cuma sebagai insan yang sentiasa mencari kesempurnaan, harap Prof dapat betulkan pada edisi yang akan datang.

    Apabila membaca setiap bab dalam buku, saya terkenang kembali waktu saya menjadi tetamu Allah….susah, senang, nikmat, dugaan semasa mengerjakan haji dan ziarah di Madinah….semuanya timbul kembali seperti baru semalam saya kembali ke tanah air.

    Prof pergi secara muasasah walaupun berkemampuan untuk pergi secara pakej. Pada pengalaman dan pengamatan saya semasa disana, tiada siapa pun akan bertanya samaada kita datang secara pakej atau muasasah sebelum melangkah kepala atau bahu kita untuk menuju ke saf di hadapan semasa bersolat di masjid ataupun sebelum mengasak kita ke tepi untuk membuat laluan bagi mereka dan ahli2 kumpulan mereka semasa sai, tawaf dan melontar. Jadi saya cadangkan kepada mereka yang bercadang untuk menunaikan haji atau mengerjakan umrah, pergilah ikut cara pilihan anda atau kemampuan anda. Yang penting niat biar ikhlas dan sentiasalah berdoa mohon rahmat dan perlindungan Allah seperti yang dilakukan oleh Prof. Elok juga kalau anda membeli buku travelog haji ni kerana banyak doa dan saranan yang boleh dimanafaatkan.

    Seperti juga Prof, saya pasti mereka yang telah berpeluang menjadi tetamu Allah pasti bercita-cita untuk kembali kesana samada untuk menunaikan haji ataupun mengerjakan umrah. Semoga Allah memberi kita rezeki dan peluang untuk menyempurnakan cita-cita kita. Amin.

  18. Salam sejahtera. Rina – saya dah jawab ke? E-mail saya dan akan saya hantar.

  19. Noridz says:

    Assalamualaikum Prof & netters,
    Alhamdulilah terhasil juga sebuah buku yg bukan sekadar cerita malah memberi panduan kepada tetamu Allah. Saya pernah mempunyai hasrat yg sama untuk membukukan pengalaman tapi tak kesampaian dan Alhamdulilah Prof mengambil initatif ini, satu usaha yg perlu disokong. Maaf lambat beri feedback sebab sibuk dengan tugas.

    Ada empat aspek penting yg diketengahkan oleh Prof di dalam buku tersebut ie; i. Keikhlasan untuk membantu, ii. Kesungguhan untuk beramal di tempat yg paling mulia, iii. kesabaran & merendah diri dan iv. Post-Hajj yg sukar untuk kita istiqamah. Kalau Prof boleh ujudkan club ‘post-hajj’ mungkin dapat merealisasikan hasrat kita utk istiqamah dlm amalan Hajj kita. Juga saya pasti post-hajj golfing lebih bernilai dari sebelumnya..

    Salam.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.