Panas? Tidak – Selesa!

Sudah ramai yang melaporkan diri bekerja setelah pulang daripada menunaikan fardhu haji.

Saya tertarik dengan dua keadaan. Seorang bercerita tentang cuaca yang panas di Mekah sehinggakan diadakan solat hajat memohon diturunkan hujan.

Lalu saya fikir ia suasana yang pastinya menyeluruh. Bila berjumpa dengan jemaah yang lain, terus saya berkata: Tentu panas di Mekah!

Jawapannya tidak begitu: Tidak. Cuacanya agak selesa berbanding dengan panas di Malaysia.

Subhanallah.

9 Responses to “Panas? Tidak – Selesa!”

  1. SifuPTS says:

    Prof,

    Pengalaman di Mekah memang macam-macam…. Selagi kita belum pergi, memang kita tidak faham pelbagai cerita yang kita dengar. Sudah pergi barulah kita faham dan insaf….

  2. alqasam says:

    Salam Prof.

    SubhanAllah. Memang macam-macam cuaca dari Allah. Semuanya memenuhi keperluan makhluk2 Allah tertentu, Alakullihal. Alhamdulillah

  3. Iskandar says:

    Salam Prof,

    Kawan saya baru pulang dari sana.Saya tanya dia, THMSI membantu atau tidak dalam menunaikan ibadah. Dia kata, Ya.Setibanya di sana, dia kata tidak ‘terkejut’ sangat.

    Menurutnya,cuaca di sana sejuk!

  4. suhaimi hassan says:

    Saya baru pulang dari sana, saya mengalami cuaca yang biasa sahaja macam kat Malaysia. Panas sederhana sahaja sama begitu juga kat Madinah, Arafah, Mina serta Jeddah.

    Pernah mereka (petugas) Tabung Haji mengatakan cuaca akan sejuk tapi biasa sahaja sama nyaman sekali. Cuma saya ingin berkongsi pengalaman iaitu terkandas di cuaca panas di Muzalifah. Ia memerlukan banyak kesabaran kepada saya.

    Ada jemaah yang hanya kerana secawan teh  kesabaran terus hilang. Hanya kerana lama menunggu bas pagar habis dirobohkan.

    Masya Allah, fardhu haji memerlukan kesabaran yang tinggi. Hanya jemaah lain melangkah kepala kita semasa duduk di masjid kita hilang kesabaran dan hendak bertumbuk. Masya Allah.

    Imam di surau An Nur tempat saya tinggal meninggalkan pesanan yang meletakkan kesabaran di tempat yang tinggi sekali.

  5. khairi says:

    Salam Prof.

    Saya memulakan hari ini dengan penuh keceriaan dan bersemangat. Salah satu sebabnya ialah kerana komen saya mendapat maklum balas daripada Prof. Insyaallah Prof. , saya pasti semua kawan2 yang membaca TH mendapat manfaat darinya. Kakak Ipar saya memberi komen, “harga RM26.00 adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan ilmu yang diperoleh daripadanya”. Ada lagi komen2 bernas yang lain, tungguuuu……..

  6. misi says:

    salam,
    pertama kali pergi keluar negara dengan cuaca dan suhu yang berbeza membuatkan kita sayang dan cinta pada Negara kita Malaysia. bersyukurlah . ALHAMDULILLAH…
    mengenai cerita pak Haji dan mak Haji ……itu adalah pengalaman
    masing masing. Kali pertama di Mekah ban Madinah kita tidak dapat meramal cusca di sana kerana cuaca disana boleh berubah sekelip mata, tiba tiba saja jadi sejuk atau panas terik atau banjir. ALLAH ingin mengingatkan kita bahawa DIA MAHA BERKUASA menentukan segala-gala. DIA yang mentadbir seluruh alam dan hanya pada ALLAH kita sembah dan minta pertolongan. Ahamdulillah………

  7. rossni says:

    salam Prof,
    Lama tak mencelah,harap Prof bahagia di tempat kerja yang berdekatan dengan kg,memang pengalaman menunaikan haji berbeza antara satu jemaah dengan jemaah yang lain.tp yang pastinya masa Prof dan saya menunaikan haji 1427 di Mudzalifah cuacanya teramat sejuk,tp saya entah macammana tertidur,sehingga suami gerakkan.sampai di Malaysia suami bercerita dia punya tak tahan sejuk sampai ingin balik ke Malaysia..memang menunaikan fardhu haji memerlukan kesabaran yang tinggi

  8. yatie says:

    seronok mendengar pengalaman2 orang pergi Mekah semuanya berbeza-beza. Pengalaman saya tak lah sehebat mereka yang mengerjakan Haji. Tahun 2000 mengerjakan umrah berpeluang memulakan puasa di Madinah. Yang seronoknya saya jadi pemerhati setia. Memerhati segala gerak laku wanita2 Arab. Dan paling saya tunggu2 ialah apabila mereka buka purdah waktu dalam masjid. Kenapa? sebabnya Cantik sangat wajah mereka, putih bersih, hidung mancung dan bermata bundar.

    Pengalaman kedua, pertama kali bertarawih. Saya tidak sedar rupa-rupanya saya berada dalam kawasan ibu2 yg membawa anak2 kecil. si ibu boleh saja berhenti solat dan mengambil anak kecil yg merangkak depan kita dan kemudia sambung kembali solatnya. bukans sekali tapi dua,tiga kali. Agak menggelikan hati sebaik imam selesai bacaan dan makmum mengaminkan lalu disahut pula oleh tangisan anak-anak kecil ini tadi.

    Buka puasa pun seronok, ada yg membawa bakul sederhana besarnya seperti mahu pergi berkelah. Dalamnya terdapat bekalan makanan berupa roti dan juga air rempah. Berkumpul dalam bulatan kecil dan sama2 menikmati hidangan yg ala kadar sahaja. Tidak seperti di Malaysia meriah dengan pelbagai hidangan.

    Bandar Mekah disirami cahaya bagai waktu siang. Kedai-kedai menjual pelbagai barangan penuh dengan orang membeli belah atau istilah lain tawaf kedai. Selesai solat tarawih keadaan lagi happening.

    Yang tak seronok? Malas lar nak citer. Apapun mesti nak pergi lagi.

  9. Dr Zuhaina Zakaria says:

    Salam Prof,

    Saya baru saja pulang dari mengerjakan haji pada 18 Jan dan baru tahu yang Prof telah bertukar ke UiTM Johor. Tahniah Prof dan selamat bertugas di sana.

    Saya telah membawa buku Prof ke sana dan kesemua teman sebilik (5 orang) dan salah seorang suami mereka telah membaca buku Prof. Masing-masing mendapat pengajaran dari buku tersebut. Sekurang-kurangnya kami saling memahami jika ada yang mahu berehat seperti dalam bab “Aku ingin tidur” atau bersederhana seperti dalam bab “Shopping”.

    Terima kasih Prof kerana telah menulis sebuah buku yang memberi semangat kepada saya dalam menjalani rutin ibadah di sana. Aktiviti Prof di sana telah menjadi benchmark bagi kami suami isteri dan kami telah mencuba teori Hajar Aswad, alhamdulillah..berjaya.

    Salam untuk Roza

    Nota MKI: Setiap kali ada yang menyatakan mereka mendapat manfaat daripada buku tersebut saya pasti menjadi sebak dan terharu. Tidak ramai yang tahu betapa ‘takutnya’ saya menulis buku tersebut. Semoga Allah memudahkan hidup kita.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.