Rayuan saya untuk menunaikan fardu haji diterima!
Bagaimana saya ingin gambarkan perasaan kegirangan? Adakah ia seriang dianugerahi ijazah PhD? Saya cuba pula bandingkan dengan penerimaan surat perlantikan profesor. Bagaimana pula ‘kegirangan’ menang golf dengan Adib, Anuar atau Badar? Atau rasa seronok berada di Vietnam, Surabaya, Batam, Medan, Paris, Istanbul, Jakarta, London atau Amsterdam. Apa pula bezanya dengan keriangan apabila kertas penyelidikan diterima untuk diterbitkan?
Ia tidak mungkin sama. Ia amat berlainan. Unik dan tersendiri. Jauh di sudut hati, rianya hanya Allah saja yang tahu. Barangkali, kalau sudah berpengalaman di sana, sudah pasti akan berganda lagi nikmat keseronokannya. Semoga Dia akan membenarkan kami sekeluarga – Roza, Adik Na dan Kak Mie – menemuiMu di bumi Mekah dan pulang dalam keredhaanNya. Lambaian Kaabah terlalu mahal untuk ditolak. Saya benar-benar berharap ia akan menjadi kenyataan.
Mungkin tidak terlalu awal untuk saya memohon maaf daripada sebarang kesilapan – sengaja atau tidak sengaja, melalui kata-kata atau perbuatan ataupun kerana hati jahat yang menyebut-nyebut – supaya saya pergi dalam keadaan ‘tenang’ dan ‘bersih’.
‘Ya Allah – Perkenankanlah hasrat hambamu ini. Aku benar-benar ingin menemuiMu di sana. Permudahkan perjalananku. Permudahkanlah segala-galanya. Sempurnakanlah hajiku dan bila pulang nanti aku mohon menjadi insan yang lebih baik dan lebih beriman agar senang untukku mengadapMu buat selama-lamanya’
Asalamualaikum
Prof, saya bersyukur pada Allah bila membaca entry terkini ini.
Alhamdulilah, Allah dah jemput Prof. Nampaknya Prof pergi ke Mekah dulu. InsyaAllah Shireen pun akan menyusul kemudian, dalam masa terdekat.
My friends and family members have beautiful experience in Mekah. Banyak pengalaman yang telah tercatat.
Shireen doakan urusan Prof dan Roza akan mudah dan mendapat keredaan Allah, InsyaAllah.
TAHNIAH KERANA DI IZINKAN OLEHNYA. KENA FAHAM BETUL2 TATACARA MELAKUKKAN HAJI. KEMUDIAN MOGA DI BERIKAN HAJI YANG MABRUR. TANDA HAJI MABRUR SELEPAS PULANG LEBIH MENDEKATI PADANYA DAN TIDAK MELAKUKAN PERKARA YANG DILARANG JUGA MENJAUHI PERKARA MAKRUH DAN PERBANYAK AMALAN SUNAT.
Abe..
Tahniah buat A.mil, Kak Roza, n Lina… Moga Allah mempermudahkan perjalanan sebagai tetamu Allah…
Gembira mendengar khabar yang memang dinanti-nantikan ini.
Buat Abe Mil, Kak Roza, Kak Mie dan Na……sentiasalah menghadiri kursus haji dan moga dipermudahkan segala urusan. Semuanya gembira mendapat berita ini termasuklah Kak Za. Tersenyum dan diucapnya ALHAMDULILLAH.
Harapan agar mendapat keredhaanNya dan sempurnalah salah satu rukun Islam yang lima ini.
Prof. dan keluarga,
AlhamdulilLah kerana terdaftar sebagai Jemaah ke Tanah Suci. Isya Allah semua keluarga Prof. dapat menyempurnakan ibadat Haji dalam keadaan aafiat.
Benar kata Prof. kegembiraan ke Tanah Suci tidak pernah sama dengan kegembiraan yang lain. Saya telah mengalaminya dan kerinduan ke sana tak pernah luntur.
“LabbaikalLahummalabbaik…”
Saudara Darma,
Terima kasih.
Sebenarnya nama Darma ini pernah ‘terlintas’ – entah – saya fikir masa saya remaja dulu. Saya minat puisi, penulisan atau dalam bahasa yang lebih mudah, kesasteraan, kesenian atau kebudayaan. Jalan hidup saya tidak mendekatkan saya ke arah kegiatan tersebut. Belajar di MRSM, menjadi guru dalam bidang Perakaunan dan tentu sekali penulisannya pula condong kepada bidang tersebut. Bagaimanapun saya percaya, minat tersebut banyak membantu saya dalam pentadbiran, penulisan bidang dan hubungan kemanusiaan.
Saya gembira kerana dapat berkenalan dengan sasterawan yang mempunyai nama dalam bidangnya.
Salam perkenalan dari saya.
Bukan semua yang berduit dapat dijemput ke Rumah-Nya, bukan semua yang berpangkat dapat gelaran “Haji/Hajjah”. Kad Jemputan ini tersangat istimewa hanya dari Dia.
Ada sedikit catatan pengalaman saya di Makkah, harap dapat dimanfaatkan sebelum berangkat. Alhamdullillah, kad jemputan sudah diterima.
Puan Halela,
Terima kasih.
Bagaimana boleh berada di hujung kepulauan Jepun. Saya seronok menatap catatan pengalaman puan.
Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada puan sekeluarga.
Prof Kamil,
Saya singgah di sini melalui blog Pak Darma.
Tahniah kerana berjaya mendaftar untuk Haji. Moga berjaya dapat haji mabrur. Begitulah perasaan saya setelah selesai mengerjakan umrah dua bulan lepas.
Membaca kisah hidup Prof, seakan sama seperti saya. Saya tidak pernah bermimpi ambil bidang perakaunan. Konon mahu jadi loyar. Bersekolah di sekolah sains tulin dan menjadi akauntan. Mujur kini sudah buat kerja pengurusan
Mungkin itu sebabnya, saya tidak berminat menulis tentang dunia perakaunan atau dunia kerja di blog saya. Saya hanya tulis mengenai hobi dan minat.
Salam perkenalan dari saya.
Jiwarasa,
Terima kasih. Ramai kawan saya hari ni.
Semoga berjumpa lagi.
Asalamualaikum…
Alhamdulillah, hajat Prof. untuk menunaikan Fardhu Haji telah termakbul…
Bersyukur kepadaNya…
Selepas ini mungkin Prof. sibuk menghadiri kursus haji… Didoakan agar segala urusan haji Prof. dan keluarga dipermudahkan. Moga mendapat Haji Yang Mabrur… InsyaAllah…
*p/s Prof., tolong doakan sekali kesejahteraan saya di bumi Australia
ini agar diberkati dan dirahmati olehNya serta berjaya
memperoleh segulung ijazah dengan jayanya…
Salam Hormat,
Fuad,
Melbourne…
assalamualaikum….
trime kasih buat KAK ZAH….
kesempatan yang ada ini, ina nak lahirkan ucapan dari lubuk hati,ikhlas kepada KAK ZAH….tak terhitung pengorbanan yang diberikan selama ina di Kudat…jauh dari keluarga…yang merupakan pengganti adik bradik na di s’jung….
kenapa na masukkan dalam respon Naik Haji….
kak zah lah yang sentiasa menemani na sepanjang na menghadiri kursus haji di Kompleks Tabung Haji, KK….moga tuhan akan bagi laluan tuk kak zah ke sana jua Insya Allah….
abe…
SYUKUR sangat sebab sudi mempelawa na untuk turut sama mengerjakan haji…. satu nikmat yang tak leh dilafazkan dengan kata-kata tuk digambarkan betapa gembira hati ini, lantaran hajat hati yang begitu tinggi tuk jadi tetamunya….insya allah dikabulkan…
kak roza…
tiap kali dalam doa na….ya allah Engkau perkenankan hajatku, abang dan KAKAK-KAKAKku untuk mengerjakan haji dan menjadi tetamuMU pada tahun ini dikabulkan,permudahkan urusan kami, dan mudah-mudahan ujian yang yang Kau datangkan meningkatkan darjat kami di sisiMU dan mengkifarahkan dosa-dosa kami yang lalu….kak roza bukan setakat kakak ipar…malahan na dah anggap KAKAK
dalam erti kata yang sebenar….
kak mie,
kalau abe pasangannya kak roza….tentulah na ngan kak mie….mudah-mudahan allah bantu dan permudahkan segala urusan sepanjang menyempurnakan rukun islam ke 5 ini…Insya Allah….
dan ruangan abe ni tak dinafikan sememangnya begitu signifikan dalam kehidupan….
mudah-mudahan pandangan allah, berupa sedekah yang dinilai…
tentu sekali….pada yang ESA…
nikmat ISLAM DAN IMAN….
tak kan mampu dinilai dengan seluruh isi alam,
moga hajat hamba-hambaMU (ABE,KAK ROZA,KAK MIE DAN NA), diterima…
mendapat haji yang MABRUR…
AMIN…
Prof,
semoga prof and family selamat pergi…selamat kembali…dan sentiasa dalam limpat rahmatNya. nanti sampai sana prof lambai-lambai panggil nama saya, supaya nanti saya pun dapat menjejakkan kaki di sana….insyallah. (err….saya pun tatau petua ni menjadi ke tidak, tapi selalu mak saya cakap kalau dia jumpa dengan kawan-kawan yg nak naik haji….jadi saya pun apply aje la…..).
A’kum…… Tahniah dan syukur kerana Prof berpeluang tunaikan haji, semoga memperolehi haji yang mabrur di sisi Allah swt, selamat pergi dan pulang.Banyak pengalaman yg telah saya lalui dan menyeronokkan di sanan, Insya Allah kalau berpeluang lagi kami ingin juga ke sana…… Amin. Doa2kanlah kami kat sini.
prof,
pertama tama sekali bersyukur ke hadrat illahi bakal dapat melengkapkan rukun islam ke lima, tidak semua yang dapat mengerjakan ibadat haji kerana belum dipilih oleh illahi. Semoga mendapat haji yang mabrur.
Aslm. Prof,
Saya telah membeli buku Travelog Haji pada hari raya aidiladha baru2 ini.
Saya hanya mengambil masa lebih krg 3 jam sahaja utk membacanye kerana saya tidak sabar utk mengetahui isi kandungan buku Prof.
Alhamdulillah, ternyata terlalu byk yg saya perolehi drp buku tersebut. Prof telah menyampaikannya dengan cara yg baik dan berkesan. Saya ucapkan berbanyak terima kasih. Kerana keinsafan ttg kejahilan diri ini, terasa pipi dibasahi dengan air mata ketika membaca buku tersebut.
Doakan saya menerima kad undangan sebagai tetamu Allah.
Assalamualaikum….Prof..
Saya baru saja membeli buku Travelog Haji-Mengubah Sempadan Iman. Memang menarik, kali pertama saya membaca mengenai kewujudan buku ini ialah di Berita Harian. Sejak dari itu saya terus mencari buku ini di semua kedai buku di KL dan Seremban.
Alhamdulillah, saya juga sudah menerima kad undangan dariNya untuk mengerjakan haji pada tahun 2005. Saya sangat bersyukur padaNya kerana dapat menerima kad undangan pada usia 26 tahun. Saya juga tak sangka dapat menerima kad undangan seawal usia ini, tapi sememangnya kalau boleh saya war2kan pada seluruh umat Islam di seluruh Malaysia dan dunia supaya pergi mengerjakan haji pada usia muda dimana badan kita masih sihat dan kuat kerana kenikmatan beribadah itu akan lebih dirasai. Walaupun sedemikian itu semua adalah ketentuan Allah.
Segala apa yang prof ceritakan didalam buku itu memang sangat saya setujui dan ada pengalaman yang memang sama dengan pengalaman yang saya alami semasa mengerjakan haji bersama dengan kedua ibu bapa saya pada awal tahun 2006.
Saya juga pernah terfikir untuk menulis pengalaman mengerjakan haji kerana sememangnya ada kawan2 saya yang bertanyakan pada saya bagaimana perasaan mengerjakan haji, tapi saya hanya boleh menjawab memang seronok dan tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata. Sememangnya benar, orang yang pernah mengalaminya saja akan tahu bagaimana perasaan mengerjakan haji buat pertama kali.
Sememangnya sangat indah dan seronok.
Syabas saya ucapkan pada prof kerana dapat melahirkan perasaan itu dalam buku ini. Saya memang teruja hendak membaca buku ini kerana tak banyak buku berkenaan haji ini ditulis oleh orang biasa. Maksud saya bukan seorang ustaz atau yang mempunyai kelulusan dalam bidang agama.
Bagi diri saya sendiri sememangnya ibadah Haji ini telah mengubah sempadan iman saya , Alhamdulillah……..
Saya baru sahaja balik dari menunaikan fardhu haji pada tahun 2007
dan memang seronok dan tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata prof.
Saya sendiri membawa buku karya prof dalam beg TH bekalkan dan sebagai sumber rujukan saya disamping menolak emak mertua saya yang berkerusi roda , Prof saya rasa bersyukur dapat membantu jemaah haji yang lain sama seperti yang prof ceritakan ,saya sendiri menitiskan airmata bila tangan saya digenggam erat oleh warga Turki yang uzur yang saya bantu semasa tawaf , saya membantu beliau tawaf sehingga selesai dan kemudian saya melihat laluan saya untuk tawaf terbuka luas prof, Subhanallah, begitu juga saya bekalkan dalam beg kecil TH saya dengan strepsil dan Ya Allah saya sungguh bersyukur Maha Suci Allah,
Sesungguhnya Prof , saya mengalami dugaan dan semua itu memberikan saya lebih bertakwa dan beriman kepada Allah , Allah Maha Besar , tiada tempat didunia ini yanyag begitu indah kecuali di Mekah dan bekalan yang paling bermakna ialah kesabaran . Ya Allah ketentuanmu adalah segala-galanya.
Prof, saya kurang pandai menulis seperti Prof. tapi saya ingin menyampaikan berita dan perasaan gembira saya selepas dapat menunaikan fardhu haji baru-baru ini.
Salam
Assalamualaikum wbr, Prof yang dihormati,
Saya baru sahaja menamatkan bacaan Travelog Haji hasil tulisan Prof. Sepanjang pembacaan tersebut, saya terkenang kembali pemergian saya ke tanah suci Mekah. Membaca tulisan Prof membawa semula kenangan saya sepanjang berada di sana. Bagaikan segalanya bermain-main di depan mata. Cuma mungkin Prof lebih bernasib baik daripada saya. Cuma ada 2 perkara yang saya kira saya kurang bersetuju dengan prof, satunya menyentuh tentang teknik penulisan dan satu lagi tentang isi tulisan tersebut.
Membaca karya prof mennguatkan keinginan saya supaya lebih ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam apa-apa jua perkara khususnya yang menyentuh tentang hubungan kita dengan Pencipta, Maha Suci Allah. Juga menguatkan keinginan saya untuk ke sana semula. Benar-benar saya rindu untuk ke sana.
Terima kasih kerana Prof telah membuka minda dan hati saya tentang hakikat kehidupan ini.
Salam Prof….
Memang penantian itu suatu penyeksaan.. Kami sedang menunggu jawapan rayuan ke Tanah Suci untuk tahun ini….Untuk menunggu keputusannya, rasanya begitu menyeksakan….Hanya doa yang dapat dipanjatkan agar ALLAH memberikan laluan kepada kami…Bayangkan, sekiranya mengikut kiraan asal, kami hanya boleh pergi pada tahun 2018!!!
Assalaamualaikum Prof,
Saya telah baca buku Travelog Haji Prof, betul2 menarik. Suami dan saya telah menunaikan fardhu haji tetapi pengalamannya ada yang sama dan ada yang berlainan. Berlainan kerana saya seorang wanita jadi payahlah nak sembahyang sama sauf dgn imam, tetapi Alhamdullillah, rahmat ketenangan jiwa yang diberiNya. Memang betul pengalaman ke Amerika, Japan dan lain2 tempat menarik, lebih menarik, bagi saya, pengalaman ke dua Tanah Suci tak dapat nak cerita, MasyaAllah indahnya tak terperi. Mudah2an dapat kesana lagi. InsyaAllah.
Salam saya buat keluarga Prof.
tuhexdw yeaxhmfk thqgumr vhidacmor jivfghwte jmvgb vrnhpuw
nzsl pgtozwv stlqane
mkivqbc vtmwj ghtprdm
fzxuseg rvfmka oipzy aeudsr
cuxol
bdgwnqe uina tboakq
pensrw amtczj mqzcdu ixcg
Asalamualaikum,
Saya cuma mengetahui ttg buku melalui Astro – Iktibar Tanah Suci kalu x silap. Alhamdulilah kali ke5 saya pergi cari buku ni , baru semalam dapat 27/12/08. And I manage to finish it semalam juga.
Cukup bermakna , sarat dgn ilmu dgn bahasa yg santai….
Saya menangis teresak2 bermuhasabah diri betapa kurangnya ilmu saya, kurangnya cinta saya padaNya, kurangnya Tawakal saya padaNya.
Insyallah berkat buku tuan hj ni moga Hijrah saya tahun ini dan kali ni ialah untuk menjadi HambaNya yang istimewa mcm tuan Hj.
Betapa bertuahnya Tuan Hj terpilih untuk medapat petunjuk dari Nya dan terus menjadi yang terbaik.
Tuan haji ada segalanya – dunia dan akhirat. alhamdulilah…
Mungkin sebelum ni saya terlalu sibuk dgn urusan dunia terlupa Allah yang memberi segalanya.
Saya amat berharap Tuan Hj dapat mendoakan saya dan keluarga sentiasa mendapat pentunjuk dari Nya dan menjadi hamba yang istimewa mcm Tuan Hj.
Assalamualaikum….
saya seronok membaca buku2 tuan dan dapat merasai apa yang tuan rasai kerana baru saja pulang (23/12/2008) menunaikan haji baru-baru ni.
Saya rindu dan ingin kembali mengulangi lagi masa-masa tersebut.
Semasa disana sememangnya saya bermohon kepadaNya agar saya diketemukan dgn sesuatu atau seseorang yang boleh memberangsangkan minda saya untuk cuba menulis. Terlalu banyak yang ingin saya luahkan tapi tidak tahu bagaimana ingin saya mulakan.
Semoga tuan dapat membantu.
Salam buat prof and Roza,
Masih menangis ketika membaca buku2 prof walau pun dah beberapa kali membaca. Tahun ini mencuba untuk mendapatkan jemputan ke Tanah Suci moga mendapat jemputan dan menjadi tetamu istimewa seperti Tn Haji.
Dakwah yang terbaik pernah saya baca – Travelog Haji – tahniah.
Assalamualaikum Prof dn Keluarga
Kali kedua saya membaca Traverlog Prof. dan saya masih menangis kerana terharu diatas rahmat Allah dan kebesarannya yg meanugerahkan hidayah dan inshaallah mengakhirkan kehidupan Prof dan keluarga dgn husnul khatimah . Maafkan saya kerana saya tidak pandai menulis. Saya cuma ingin meluahkan rasa hati akan keseronokan serta nikmat ibadah di tanah suci. Prof,saya juga merasai apa yang Prof rasakan di sana. Saya dan suami pergi menunaikan Haji melalui LUTH (Muasassah)pada tahun yg sama dgn Proff iaitu 2006 dan semasa di Mekah kami tinggal di hotel Savila Barakat . Kami faham dan merasai perasaan yang sama seperti Prof rasai ketika disana cuma bezanya kami, ialah selepas bermalam di Muzalifah, pada pagi esoknya, kami suami isteri berpakat balik ke Mekah dgn berjalan kaki dan kembali masok ke Mina selepas Asar, untuk ibadat melontar selepas Isyak (untuk jemaah Malaysia) dan tinggal di Mina hingga selepas separoh malam. Disinilah pengalaman yg paling berharga buat kami kerana dari Mudzalifah kami berjalan kaki bersama sama ribuan jemaah haji dan melintasi khemah khemah jemaah dari negara negara lain.menuju ke Mekah yg lebih kurang dlm 10 km . Saya rasa terlalu amat bershukur pada Allah kerana memberikan saya kesihatan dan tenaga yang sebegitu. Walaupun suami saya seorang pegawai tentera, saya sendiri tidak tahu dari mana tenaga saya (perempuan)datang Apa yang saya lakukan hanyalah berdoa tanpa henti agar Allah memberi saya kesihatan dan tenaga untuk dapat menyelesaikan ibadat melontar ini. Jangan biarkan hati kita kosong. Sentiasalah berzikir dan istifar banyak banyak.Alhamdullilah, Kami sampai ke Mekah dalam tempoh masa 4 jam dengan selamat dan yang buat saya lagi terharu ialah semasa dlm perjalanan, apabila saya bersama suami berhenti sebentar untuk berehat,datanglah hamba allah-hamba allah menghulurkan minuman dan makanan secara percuma. Saya menitiskan air mata terharu melihat akan kemurahan umat islam di sini yg dengan sukarelanya membantu kami (tunjuk arah ke Mekah) dan amat pemurah. Sesungguhnya umat islam itu bersaudara. Kami berulang alik sehinggalah sempurna dan selesai ibadat melontar kami .Selain di Arafah dan Muzalifah, sembahyang fardhu kami adalah di Masjidil haram. Sesungguhnya kami sayang untuk tinggalkan masjidil haram . Kami amat bershukur dan berterima kasih pada Allah kerana telah memberi kami segala kemudahan dan kesihatan yang baik hingga kami mampu melakukan ibadat haji ini dengan sempurna tanpa apa apa masalah. Pengalaman berulang alik ke Mina ini dari Mekah dan duduk bersama sama jemaah jemaah negara lain beralaskan kertas dan tikar plastik dan berkongsi makanan merupakan satu pengalaman yang sungguh tidak dapat kami lupakan seumur hidup kami apatah lagi beribadat di Masjidil Haram, dan berdoa di Multazam.
Prof, ini hanya sedikit pengalaman dari pengalaman saya yang lain yang saya nak kongsikan dgn Prof. Saya tidak pandai menyusun ayat. Maafkan saya Prof, Allah u Akbar ! ! ! Semoga Allah memberkati kita semua.
Assalamualaikum, prof dan keluarga,
Prof, saya mula mengenali prof dari rancangan Iktibar dari tanah suci yang disiarkan berulang kali oleh channel oasis. walau berulang kali di siarkan, maka setiap kali saya tidak dapat menahan airmata setiap kali menontonnya. saya sendiri tidak pasti untuk apakah airmata itu sehingga suami saya sering mengusap kepala saya agar bertenang.
Baru baru ni, sebelum saya mengikut jabatan suami melancong ke Biejing China, saya dan anak saya Husna yang sedang bercuti study leave dr.UITM Segamat Johor sempat ke Tabung Haji jalan Tun Razak untuk membeli Tudung di gerai jualan di tingkat bawah dan terjumba buku Travelog haji Prof. Saya tanpa berlengah membeli dengan harga RM 20. Husna menegur, katanya di UITM segamat harganya lebih murah. Saya menyatakan janganlah berkira sangat bila nak beli buku begini dan menyatakan ummi akan bawa buku ni dalam beg hand luggage dan cuba membacanya on the way ke Beijing. Hunna menganguk saja.
Benar Prof, perjalanan ke Beijing mengambil masa selama 6 jam. saya tidak boleh tidur langsung dan mengambil peluang membaca buku Prof, Prof saya sempat membaca 35 bab dan saya tidak dapat menahan air mata sepanjang membaca segala pengalaman, rintihan. nasihat dan maklumat yang prof catatkan. Fortunately penumpang lain semua tidur nyenyak termasuk suami saya. kalau tidak sudah tentu mereka hairan kenapa airmata mencurah-curah dipipi disepanjang perjalanan itu.
Prof apa yang prof alami, begitulah yang saya dan suami alami tatkala menunaikan haji pada tahun Dec 2005 cuma yang bezanya ,suami dan saya telah lama mengambil keputusan belajat Tajwid, mengaji dan menjadi ahli surau sejak 20 tahun yang lalu. Oleh itu sebelum menunaikan, kami mengambil keputusan untuk khatam al quran dan belajar tafsir serta cuba menghayati nama-nama Allah sebelum berangkat.
Prof walaupun kami menyimpan wang secara sedikit2 melalui Tabung haji secara potong gaji, kami tidak pernah mengambil indah tentang ibadah haji sehinggalah saya ditegur oleh Penyelia petang saya pada suatu hari di kaunter pejabat. Cikgu, Cikgu dah pergi haji ke belum ? tegurnya. Cikgu tak ada duit ke? Cikgu dah daftar ke belum nak pergi haji.? Penyelia Petang ni sesungguhnya telah diberi hidayah oleh Allah untuk menyedarkan saya tentang penting nya ibadah ini sekira ada kemampuan. Waktu itu prof saya cuma ada simpanan 8000rm dan anak-nak semua ada yang ambil STP, SPM dan PMR. Bila balik selepas berjemaah solat maghrib, saya menangis teresak-esak menceritakan tentang partanyaan penyelia petang tersebut kepada suami. Tanpa di duga suami berkata ” Sekira awak dah tak tertahan nak beribadah di depan Kaabah kita gunakan wang yang ada pergi umrah dulu” saya sungguh terperanjat dengan pandangan suami dan terus menghubungi adik beradik yng ingin menunaikan umrah dan alangkah ajaibnya ada 3 adik beradik saya yang terbuka hati untuk menunaikan umrah pada tahun itu 2004. Maka saya, suami dan 3 adik baradik saya berangkat menunaikan umrah pada Jun 2004 dan saya tidak dapat menyatakan perasaan semasa berada disana menunaikan ibadah umrah di mekah dan madinah. Setiap kali airmata keinsafan dan kesyukuran berlinang di disetiap sudut peribadatan. dan disepanjang perjalanan dari mekah ke madinah saya teringatkan perjuangan nabi tercinta nabi Muhammad saw berhijrah dengan menaiki unta di bukit bukau dan dipadang pasir dan disepanjang itu juga saya menangis teresak2 sehingga ditenangkan oleh suami. saya nampak perkara yang sama dirasai olh suami tetapi suami tersangat tenang orang nya. Mulutnya nya tak henti-henti berzikir. Itulah kelebihan suami saya.
Prof, sebelum beangkat menunaikan umrah suami dan saya sempat mendaftar Haji dan mengikut giliran kami akan dapat menunaikan haji pada tahun 2010. Oleh kerana wang sudah di gunakan untuk menunaikan umrah baki Tabung haji saya ada rm 3000 dan suami rm 9000. Pada pengiraan saya. saya sempat mengumpul wang semula untuk haji 2010.. Tapi Prof tiada siapa dapat menduga pada tahun berikutnya saya dan suami dan salah seorang adik saya yang turut menunaikan umrah pada tahun 2004 itu dapat tawaran menunaikah haji pada tahun 2005. Prof inilah kehendak Allah tetapi saya tidak mampu untuk mengumpul wang bagi mencukupi perbelanjaan haji. Tak mungkin Prof. mana mungkin saya dapat berbuat demikian dalam masa yang singkat untuk mengumpul wang.
Tetapi oleh kerana Allah yang maha besar menyatakan “Kun Fa Ya Kun’ Saya mengekang nafsu untuk berbelanja dan mengumpul seberapa banyak wang gaji saya dan pada tahun itu satya berhari Raya secara berjimat cermat maka dengan izin Allah rupanya saya diberi kekuatan mengumpul dan mencukupkan wang haji pada tahun itu sebanyak rm9000. Setiap kalisaya berkursus saya menangis teresak esak kerana inilaH DIKATAKAN PANGILLAN iLLAHI UNTUK SAYA dan suami menunaikan seruannya Prof.. banyak pengalaman yanh prof alami ada persamaan nya dengan pengalaman kami tetapi saya ikhlas menyatakan disini prof memang dijadikan tetamu istemewa Nya. Buku Prof sudah saya baca habis Dari bab 39 sehingga selesai dibaca semasa perjalanan pulang semalam 5 mei 09. dan saya akan jadikan cenderahati pada kawan2 dari memberi mereka benda2 lain. Prof, Allah hu Akbar. Saya adalah Guru Besar prof.dan pengalaman ini menjadikan kita kerdil disisi Allah. saya akan sambung lagi Prof bila ada masa terluang. wassalam . Harab Prof Respon.