Saya bersama ribuan Melayu berkumpul di Johor Bharu kerana membincangkan tentang Melayu. Ramai yang saya cam dan kenali muncul di sini. Puan Ainon dan suami juga turut serta. Prof. Emeriatus Abdullah Hassan akan membentang satu kertas kerja tentang Kedaulatan Agama, Kebudayaan dan Pendidikan Melayu.
Prof. Madya Dr Mohamad Agus menjadi pembentang pertama. Beliau berhujah tentang kedaulatan Politik Melayu. OK tetapi masih ada isu tersirat yang tidak disampaikan oleh beliau. Kata beliau: kita “ditakut-takutkan” untuk menyatakan isi hati, termasuklah saya sendiri.
Namun saya suka mencatat kata-kata beliau kepada saya sebelum dipanggil ke pentas: Apa yang perlu aku cakap? Cakaplah dengan hati, jawab saya spontan. Dan dia membalas: benar, hati tidak pandai berbohong. Mulut cukup pandai menipu.
Barangkali dia melawak: Aku dah buang air kecil empat kali!
Saya tersenyum.
SALAM,
PERJUANGAN MELAYU…….
KEPADA PEJUANG,
BERJUANGLAH UNTUK OANG MELAYU…..
DENGAN PENUH RASA KEMELAYUAN
DENGAN PENUH KEIKHLASAN.
UNTUK MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH
KERANA …
KITA SEMUA SEDANG MEMBINA JALAN KE AKHIRAT
BIARLAH MELAYU MEGAH DIDUNIA
MEGAH DI AKHIRAT
SEMUGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK
DAN KEKUATAN KEPADA PEJUANG MELAYU
bukan kerna RM…………
saya ni darah melayu + cina, so nak berjuang utk bangsa apa? Dalam Islam Allah jadikan berbagai2 bangsa utk saling kenal mengenal…so berjuanglah utk Islam..as a way of life.. sepenuhnya bukan ikut mana yg kita suka saja..tak suka tinggalkan. Kalau amalkan Islam sepenuhnya maka selamatlah semua bangsa..apa komen prof?
Melayu atau bangsa apa sekalipun adalah suatu kontrak sosial yang terbentuk pada dasarnya untuk penyatuan sistem sosial. Fikirkanlah, mungkin permulaan kejadian manusia itu perlu diimbau kembali……
Saya Jawa, tetapi ikut berjuang untuk kepentingan Melayu. Sayang sekali saya tidak berpeluang bercakap!
saya pun Melayu..
Walaupun saya berbangsa Malaysia namun hak2 Melayu yang tertulis dalam perlembagaan Malaysia, semua pihak harus hormati. Bukankah itu, kerukunan yang kita amalkan selama ini?
Kenapa Melayu?….kenapa tidak Islam?….tolong jangan beri alasan bahawa Melayu itu Islam kerana Islam itu bukan Melayu!